Kapal dah masuk....

Ketika cuti Krismas, teman dari Singapura datang ziarah. Kira kapal dah masuk lah... kerana ada buah tangan rempah khas dari Singapura seperti ini :



Segala macam rempah segara dari Adabi. Tak lupa juga kaya kuning kegemaran saya yang tak boleh didapati di sini. Dah cari dah tapi memang tak ada. Ada juga sambal kacang ikan bilis satu balang. Tapi yang paling saya teruja adalah kerana mendapati rempah di bawah ni....



Rempah Dessa! Mengikut putaran jam : rempah Mee Bandung, Rendang, Bonesteak (Tulang) dan Mee Hongkong.

Inilah rempah kegemaran saya. Teramatlah suka sehingga saya pernah tempah nak dekat 30-40 peket dari Singapura untuk disimpan dalam freezer. Ingat nak jadi supplier di U.K. tapi import restrictions untuk bahan makanan susah sikit. Lagipun rempah yang tak pakai bahan pengawet ni tak boleh tahan dipos jarak jauh kalau tak pakai khidmat 24jam DHL atau Fedex. Setiap peket memang cukup makan antara 4-6 orang, mengikut tahap selera lah.

Hari ini, saya masak Mee HongKong atau lebih dikenali dgn nama Mee Canton di Msia. Senang betul. Jerang air dalam kuali, masukkan rempah. Bila mendidih, masuk kan makanan laut seperti bebola ikan, sotong dan udang. Masak hingga mendidih. Masukkan mee kuning atau kway teow. Bila hampir masak, masukkan sayuran. Bancuh tepung jagung yang disediakan dengan air sejuk. Masukkan dan kacau. Sekejap dah pekat dan dah siap!



Tinggal tabur bawang goreng dan cili jeruk jika ada. Apa lagi? Bedal lah. Rempah Mee Hongkong ni, saya juga pernah gunakan sebagai rempah asas goreng sayur ataupun chap chye. Tak payah pakai satu peket; cukup sedikit sahaja. Dalam catitan akan datang, saya akan cuba rempah2 yang lain.

Kalau ada pembaca nak tempah, sila hubungi Dessa Products di telefon talian Singapura (65) 93833 947 atau 9388 4717, talian Msia 012 7172 947 atau e-mel siddaz17@hotmail.com. Pada mereka yang tak tinggal di Spura atau Msia, sila bikin muka kesian kalau ada sahabat-handai nak datang.

Nota : Ni posting tak ditaja oleh pihak Dessa ye? Saya memang betul suka sangatlah kat rempah ni.

Pasar Camden

Pada sesiapa yang sudi dan mahu baca, sila lah pergi ke tulisan saya tentang Pasar Camden. Maaf dalam Bahasa Inggeris. Mungkin kena minta Kak Teh atau Awang Goneng untuk menterjemahkan ye?

Makanan zaman kanak-kanak

Lihat apa saya jumpa kat laman web!


Gambar dari www.fairy.mahdzan.com


Coklat Ding Dang dan Tora Nostalgik sungguh. Manalah kanak-kanak tak tertarik? Ada illustrasi Popeye dan kucing Doraemon kat kotak. Ada coklat. Ada permainan. Dan mungkin terngiang-ngiang di telinga suara Mat Sentul dalam iklan kat TV suruh beli.

Suka betul saya ada orang berminat nak tulis pasal Ding Dang. Saya ke laman Cik Fairy. Wah! Bukan saja Ding Dang! Ada banyak lagi catitan tentang makanan-makanan zaman muda saya seperti Kiki Bubble Gum, coklat Kandos dan gula-gula White Rabbit. Ada juga Ramly Burger. Eee.. sejuk-sejuk macam ni, kalau bedal Ramly Burger special satu memang sedap.

Duit jajan dulu tak banyak tapi nasib baik ada juga makanan jajan yang murah-murah seperti Kaka (20 sen) atau Chikadees? Kalau ada duit lebih sikit, boleh upgrade beli Twisties atau Cheezels. Aduhai! Agaknya berapa gram MSG, garam dan pewarna dah kita telan ni? Kalu nak coklat, beli jenama Kandos ataupun Van Houten. Kalau tak cukup budget, ada juga coklat wafer berbalut kertas metallik merah.

Kalau dah balik sekolah, paling sedap beli air batu dalam plastik. Alahai, tak kan tak ingat air batu? Betul-betul entreprising pakcik makcik bikin air batu. Longsong plastik panjang di-isi dengan air pelbagai rasa, diikat dgn getah dan terus dibekukan. Saya paling gemar kalau ada airbatu assam pasal ada asam asin kat hujung. Bayangkan lah kalau tengah terik tengahari, terus hirup air batu. Nyaman!

Ulangtahun Cek Mek

Sekarang saya sedang terdampar kepenatan. Hari ini kami merai ulangtahun cek mek molek yang ke 5. Nak jemput tamu ke rumah, rumah terlalu kecil. Jadi terpaksalah kami tempah Restoran Mawar. Kami gembira betul! Ramai tamu datang; juga kawan tamu!

Nasib baik kat Mawar, kalau kat rumah tentu dah roboh.

Kami tempah makan beberapa macam je tapi memang dah rezeki budak tu, dapat makanan macam-macam seperti ini...


satay ayam dan lembu...



Rendang Daging



Mee goreng



Popiah Basah



dan diperkenalkan...... Sardine Roll Kak Teh!

Meriah sungguh! Cek Mek tu pun gembira sangat dapat jumpa kawan2 lama ~ apatah lagi dapat hadiah. Tapi yang kepoh nak buka hadiah tak lain tak bukan mak dan bapak dia juga.

Pakcik Drebar Teksi

"Awak ni dah kahwin ke belum?" tanya drebar teksi tu.

"Ooohh belum. Dah ada tunang ke?"

"Oohh dah ada calon..."

"Pakcik bukan apa. Kekadang tengok banyak perempuan dah berumur pun belum kahwin. Ada tu dah 30 tahun! Belajar tinggi-tinggi sampai universiti, gaji bagus, kata dia tak nak kahwin. "

"Pakcik bukan apa. Pakcik kesian.... tengok mereka belum kahwin"

"Betul.. betul mereka tak mintak Pakcik punya kesian"

"Tapi apa pasal nak belajar tinggi-tinggi? kerja kuat-kuat?"

"Perempuan kalau nak kahwin, sediakan body saja."

.... dah part ni, nasib baik duduk kat belakang. kalau kat depan, mesti pakcik dah kena tip penampar.

Kilang Bina Beruang (Build-a-Bear Factory)

Tujuan kami ke Covent Garden pada hujung minggu adalah untuk membeli hadiah istimewa. Cik mek kecik tu sekejap lagi akan menyambut harijadi ke 5 jadi kami ke Build-a-Bear Factory di Covent Garden. Konsep membuat teman teddy bear sendiri memang menarik!



Mula-mula pilih kulit ~ tak kira lah yang mana. Macam-macam ada! Beruang, kucing, zirafah, penguin, Hello Kitty. Cuma harganya lain-lain.




Kalau mahu, boleh pilih bunyi-bunyian. Contohnya boleh didengar dengan memicit butang. Kalau suka, ambil alat bunyian itu dari laci di atas. Kalau nak bubuh suara sendiri ataupun mesej istimewa pun boleh.




Lepas tu, para pekerja kedai dengan suka rela mengisi kulit tersebut dengan kapuk. Tu dalam mesin besar tu ternampak kapuk dipukul-pukul. Alat bunyian dimasukkan di sebelah tangan. Nampak beruang memegang heart? Kanak-kanak disyorkan untuk memilih hati (heart) dan hati tersebut dimasukkan dalam beruang sebagai tanda sayang.



Sementara beruang dijahit rapi, kanak-kanak boleh mendaftar kawan baru mereka di komputer dan membuat "surat lahir" untuk teddy bear.




Selepas beruang sudah dijahit rapi, ia boleh dibawa ke mesin angin dimana kanak-kanak boleh memberus teddy bear sampai lawa. Lepas tu, apa lagi? boleh lah pilih pelbagai macam baju, seluar, skirt, jeket, beg, kasut untuk memperhias beruang tersebut. Masa inilah otak bebudak tu akan short circuit.



Tengok saja pilihan yang sedia ada - boleh rambang mata....




Tak lupa kasut pelbagai jenis dan warna... Pilih mana yang berkenan. Bermacam-macam seragam ada. Cuma harga lain-lain.



Kemudian, sila ke dressing room lengkap dengan cermin untuk menghias beruang anda sementara mak bapak pening kepala bayar di cashier.



Ini lah beruang yang dibuat oleh cik mek molek tu.

Covent Garden

Sempena musim shopping Krismas ni, sepanjang jalan dari Marble Arch hingga ke Tottenham Cout Road teldah ditutup unutk kendaraan. Isyh! seronok juga berjalan kat tengah jalan ni. Kami tak berniat untuk shopping ~ hanya berlalu di Tottenham Court Road untuk sampai ke Covent Garden.



Suasana di Tottenham Court Road yang ditutup. Ramai orang pelik-pelik...



Sempat pulak ambil gambar pembuat mee ni... kedai baru. Memang depan muka kedai terdapat pakcik ini sedang menibar mee. Buat daya penarik pelanggan!




Akhirnya tiba juga ke Covent Garden yang penuh dengan pelancung. Pada yang minat pada Opera and Ballet, inilah pintu menghala ke Royal Opera House, panggung opera yang termahsyur. Saya pernah masuk dua kali saja ~ sekali untuk persembahan ballet Romeo and Juliet dan sekali lagi untik konsert heavy metal Motohead.



Carousel di tepi R.OH. jangan pandang takda mata... laju juga benda ni.



Sempena Krisma, banyak Santa's Grotto tumbuh bak cendewan. Ramai budak akan beratur untuk berjumpa dengan Santa. Maaf, mak bapak kena bayar ye? Tapi boleh tangkap gambar dan kalau bayar lebih sikit, boleh dapat hadiah. Santa's Grotto yang paling handal adalah di Harrods. Aduhmak! Berjela-jela anak-anak beratur. Kaut untung betul Mohd AlFayed tu...



Tak lupa juga pokok Krismas. Cuma yang ni agak tenat sikit...



Di sekitaran Covent Garden juga banyak panggung2 musical seperti ni



Sebuah gerai bunga di jalan dari Covent Garden menuju Soho. Cantik betul bunga!







Tapi ada juga gerai yang menual tong sampah pelbagai saiz seperti ini..