Kilang Bina Beruang (Build-a-Bear Factory)

Tujuan kami ke Covent Garden pada hujung minggu adalah untuk membeli hadiah istimewa. Cik mek kecik tu sekejap lagi akan menyambut harijadi ke 5 jadi kami ke Build-a-Bear Factory di Covent Garden. Konsep membuat teman teddy bear sendiri memang menarik!



Mula-mula pilih kulit ~ tak kira lah yang mana. Macam-macam ada! Beruang, kucing, zirafah, penguin, Hello Kitty. Cuma harganya lain-lain.




Kalau mahu, boleh pilih bunyi-bunyian. Contohnya boleh didengar dengan memicit butang. Kalau suka, ambil alat bunyian itu dari laci di atas. Kalau nak bubuh suara sendiri ataupun mesej istimewa pun boleh.




Lepas tu, para pekerja kedai dengan suka rela mengisi kulit tersebut dengan kapuk. Tu dalam mesin besar tu ternampak kapuk dipukul-pukul. Alat bunyian dimasukkan di sebelah tangan. Nampak beruang memegang heart? Kanak-kanak disyorkan untuk memilih hati (heart) dan hati tersebut dimasukkan dalam beruang sebagai tanda sayang.



Sementara beruang dijahit rapi, kanak-kanak boleh mendaftar kawan baru mereka di komputer dan membuat "surat lahir" untuk teddy bear.




Selepas beruang sudah dijahit rapi, ia boleh dibawa ke mesin angin dimana kanak-kanak boleh memberus teddy bear sampai lawa. Lepas tu, apa lagi? boleh lah pilih pelbagai macam baju, seluar, skirt, jeket, beg, kasut untuk memperhias beruang tersebut. Masa inilah otak bebudak tu akan short circuit.



Tengok saja pilihan yang sedia ada - boleh rambang mata....




Tak lupa kasut pelbagai jenis dan warna... Pilih mana yang berkenan. Bermacam-macam seragam ada. Cuma harga lain-lain.



Kemudian, sila ke dressing room lengkap dengan cermin untuk menghias beruang anda sementara mak bapak pening kepala bayar di cashier.



Ini lah beruang yang dibuat oleh cik mek molek tu.

1 comment:

yuRa said...

wah! betul spesel. kenapa tak ambil gambar baby beruang tu betul2? tak nampak dari sudut hadapan. :p

selamat hari lahir, 'mummy alia'! hehe