Nostalgia 18 tahun.

Aik, diam tak diam, saya dah kena tagged dengan OJ. Kirakan ni satu catitan Blast from the Past lah.

1. Pergi ke laman Pop Culture Madness. Pilih tahun harijadi ke 18.
2. Bila dah rasa nostalgik banyak2 dan rasa "tuanya aku!" sikit-sikit, sila lah buat catitan

Hmmmm.... kat laman Pop Culture tu carta Billboard. Tak tahu sama ada sama tak dengan carta lagu omputih Singapura. Tak banyak sangat rasa nostalgik bila lihat carta tahun 1990 jadi terpaksa rujuk tahun-tahun sebelum.

Rhythmnation (Janet Jackson)
.... dan lain-lain lagu Janet Jackson i.e. Escapade, Control, That's the Way Love Goes. Oh masa tu Janet Jackson lebih hangat dari J-Lo! Musik video kencang-kencang. Apa lagi? kita pun penat lah nak tiru cara tari Janet Jackson tu. Sampai nak pecah video player tu kena rewind- play-pause-rewind. Trivia : Dalam video That's the way love goes, J-Lo jadi penari latar! Tak sangka skrg J-Lo lagi fofular dari Janet Jackson

Must have been Love/ King of Wishful Thinking
... ah ni soundtrack dari filem "Pretty Woman". Sanggup kawan-kawan cabut kelas nak tengok wayang ni. Tapi tak ajak saya. Saya dulu budak baik sikit. Tak kisah lah nyah... ada tayangan perdana percuma video cetak rompak pun kat lecture theatre waktu lepas periksa. Siapa lah yang tak pernah tengok cerita ni? Tak sangka kupu-kupu malam boleh dapat tangkap balak kaya dan lawa macam Richard Gere tu. Yang paling saya suka bila Julia Roberts pakai baju gaun merah bernyala. Sungguh anggun.

Lambada
.... lagi soundtrack dari wayang Lambada. Maaf tak pernah tengok cerita ni. Tak pernah juga joget Lambada ye? Yang saya tahu ni kan zaman Dirty Dancing dan Lambada. Ooo Dirty Dancing tu lagu-lagunya lagi best. Patrick Swayze pun best jugak. hehehe.

Blame it on the Rain (Milli Vanilli)
Inilah masa Milli Vanilli tengah hangat. Bukan main fofular lagi; sampai boleh menang Grammy. Tetapi banyak desas-desus yang mengatakan budak dua orang ni hanya lipsynch sahaja. Masa konsert apabila musik mati terus mereka lari keluar pentas. Betul desas-desus tersebut - sampai Grammy pun kena tarik balik. Yang saya teringat sangat lagu ni pasal sewaktu kerja di Metro Paragon, berulang-ulang lagu ni dimainkan. Dari pagi mula shift sampai malam. Macam nak hantukkan kepala kat meja je.

Straight Up Now Tell Me (Paula Abdul)
Oh.. pada mereka yang hanya kenal Paula Abdul pasal Pop Idol tu, masa 1990s lah cik Paula tu hangat. Asal dari pereka tari pasukan cheerleader LA Lakers, Paula terus menjadi pereka tari musik video Control (Janet Jackson) dan terus jadi artis pop. Kirakan si Janet Jackson tu fofular pun pasal rekaan tari cik Paula lah ni.

Ok, ni dah lima lagu ni. Jadi nak cari mangsa pulak ~ sapa lagi kalau bukan Panji Semerang, Hitam Manis Pandang tak Jemu, Mulan, Kak Teh dan Ely. Hehehe mari main kejar-kejar.