Ramadan dan Temuduga tak disangka

Pejam celik Ramadan datang kembali. Setahun dahulu tak sangka Ramadan kali ini saya akan sibuk melawan penat dan sakit selepas menerima puteri kedua. Rezeki!

Memanglah boring teramat kerana tak dapat berpuasa. Lagi lagi terfikir masa nak bayar balik tu mesti liat lagi mencoba. Tapi bagai dikata oleh teman "Redha beb redha..."

Dalam kesibukan menerima anak tu, program yang dibuat oleh Cik Mazlena termuncul pulak di kaca tv. Kami adalah di antara mereka yang ditemuduga di London. Lah.. betul tak glamour lah saya. Tak ada ahli make-up atau costume designer. Yang ada cuma peluh dan bau sedang masak laksa di dapur.

Yang ditunggu dah tiba...

Sehari selepas Hari Merdeka Malaysia, Karnival Malaysia telah berlansung di Brickendonbury. Huh! jauh gak tempat tu. Kena naik kereta ke sana. Seronok lah dapat berjumpa ramai rakan-rakan Malaysia sambil berpicnic.

Memang baik gerai menjual juadah dari nasi lemak ke aiskrim potong tapi maklumlah.. Melayu! mesti kena bawa juga tikar untuk dibentang bersama periuk belanga berisi mi, nasi goreng dan macam-macam lagi.

Yang saya suka amat ada gak gerai jual durian! Isi durian D24 yang sudah di vacuum-packed dalam kotak dan dibeku. Harga £3.50 tu kira tutup mata je lah. Saya beli dua kotak dan bila sampai rumah, terus bedal. Dah tak beku lagi lah - malah sejuk je macam baru keluar peti sejuk. Sedap!

Puas sungguh makan durian sampai menjilat jari tu.... Menurut ramalan patik, sebab makan durian tu lah, terus waterbag saya pecah malam tu jugak dan saya terberanak... hehehehe

Zombi Kampung Pisang



Semenjak kebelakangan ni, suami kemaruk muat turun pelbagai wayang gambar dan siri dari Veoh Mula-mula muat turun cerita kartun aje, lepas tu terserempak siri drama Korea yang memang sangat fofular dgn kalangan masyarakat Melayu. (maaf ye? saya belum tersangkut dgn cerita Korea!)

Lepas tu, terjumpa pulak macam-macam cerita Melayu termasuk lah wayang gambar Zombi Kampung Pisang ni. Baru je ditayangkan di pawagam pada 19 April 2007 dan diarah oleh Mamat Khalid.

Nampak trailer seperti di atas memang seram sikit. Eeeee.. bila babak malam2 di kampung dgn kabus, memang ada ternaik sikit bulu roma. Saya kan jenis penakut. Tapi jangan bimbang. Ini cerita kelakar seram. Ada banyak dialog lucu dan juga adegan cliche seperti rantai basikal rosak dan wayar telefon terputus apabila hero nak dapatkan pertolongan di tengah malam.

Ceritanya berkisah kematian-kematian aneh di suatu kampung. Ntah kenapa tetiba satu-persatu para penduduk kampung terus kejang dan mati. Pulak tu mayat terus hilang! Rupanya mayat2 tersebut bangun jadi zombi lah. Ala-ala hantu di filem Pendekar Bujang Lapok yang nak makan sate.

Permulaannya memang kelakar tapi jalan cerita tak begitu kuat di tengah-tengah. Adakala rasa bosan dan terpaksa forward sedikit. Nasib baik tengok kat komputer, kalau tengok siaran di TV, tak kuasa sikit.

Api! Api!

Pagi kelmarin terbau macam ada benda terbakar di luar pintu rumah. Bila buka pintu nak gi kerja.. alamak! apa ni berasap di kawasan tangga? Saya terus panik dan suami (ex-NS fireman dah) bergegas keluar untuk selidik. Alamak! Ada kebakaran ke?

Lahhhh... rupanya jiran baru pindah di basement sedang sembahyang! Di depan pintunya, siap tersedia dengan ayam golek bbq, nenas sebijik dan joss stick bernyala. Patutlah kuat asap and bau terbakar naik ke kawasan tangga. Seorang gadis Oriental (mungkin Thai atau China) sedang berdiri di pintu dan meminta maaf.

Dalam hati betul-betul nak tergelak! tak sangka boleh jumpa sembahyang mcm ni kat London. Kalau kat Singapore tu memanglah selalu.

Saya ceritakan pada KT dan AG. Berdekah-dekah ketawa. Tak tahan betul lah. AG ada ceritakan psl bagaimana ada seorang apek ni betul-betul benci kerana makanan sembahannya selalu kena baham dengan kucing. Kerana boring punya pasal, dia tukar ayam golek tu jadi ayam plastik. Huahahahahaah... agaknya sekarang mereka dah tak bakar duit kertas lagi kot? terus bakar kad kredit kertas?

Kawasan tangga di rumah berlapik permaidani. Jadi habislah hari-hari kemudian bau joss stick menusuk hidung. Yang peliknya, rumah bawah tu pulak banyak pengunjung lelaki. Dan minggu sebelumnya, ada mata-mata gelap tinggalkan kad untuk mengatakan flat tersebut bawah siasatan. Hmmmmm.....
.

Perihal Freecycle

Uhuk! Uhuk!
Terbatuk and terbesin kerana banyak sangat debu kat blog ni. Dah lama benar tak kemaskini kerana terlalu sibuk sangat. Bukanlah sibuk kerja... rupanya sibuk bergayung di laman web yang lain dan kerja-kerja tak berfaedah yang sewaktu dengannya.

Saya dah terpaut di laman Freecycle. Murni jugak segala ahli-ahli kat laman ni. Kalau ada benda perkakas yang tak diperlukan, letak saja nota kat forum ni. Sesiapa yang nak, klik kat email and buat lah muka kesian.

Eee jangan ingat tak ada orang nak perkakas bekas orang tau! Kalau benda2 yang bagus mcm sofa Ikea ke, meja makan, washing machine, TV 24-32 inci, baju dan mainan budak2, mesti ada orang sambut. Sampai beratus-ratus email muncul kat Inbox. Kalau lambat, gerenti dah kena sapu. Kalau masih ada, buatlah temu janji.

Bagus lah tu... tak lah buang-buang benda yang masih elok. Yang empunya pun senang. Tak payah susah-susah sewa van punggah benda pergi tempat sampah; terutama benda2 yang besar gedebab mcm sofa.

Malaysia Week 2007

Dari 6 hingga 10 haribulan Jun, London begitu meriah dengan temasya Minggu Malaysia. Bermacam-macam aktiviti berlangsung, dari menu makanan khas di restoran2 Malaysia sehingga ke tayangan filem2 Malaysia. Kelab Pecinta Filem Malaysia juga dilancarkan oleh tak lain dan tak bukan, Tan Sri Jins Shamsudin. Dapatlah peminat filem Melayu menonton filem-filem terbaru seperti Waris Jari Hantu dan Cicakman.

Pada hari-hari berikut, Covent Garden yang memang terkenal dengan laungan opera dan tarian ballet lebih riuh dengan lagu tarian melayu dan laungan penjaja satay.



Para penari cilik menunggu giliran untuk naik ke pentas. Bukan saja tarian-tarian melayu yang menghias pentas, ada juga persembahan lagu-lagu malaysia menggunakan alat tradisional seperti gambus dan er-hu. Rekaan fesyen modern dan tradisional menggunakan corak dan kain Malaysia juga dipentaskan, sekaligus mencerminkan keayuan gadis-gadis Malaysia pelbagai kaum. Tak tertinggal arakan pengantin untuk menampilkan kebudayaan Malaysia.



Pelbagai demonstrasi kraftangan ditunjukkan. Termasuk penenun kain Pua yang begitu teliti. Juga alat tenun songket. Sayang tak dapat tangkap penenun songket tu. Hanya alatnya saja yang ternampak.



Para penganyam asyik membuat anyaman. Cantik-cantik betul benda-benda yang dianyam. Dari pasu bungga hingga ke tempat tidur bayi.



Yang paling popular adalah demonstrasi lukisan batik. Wahh..betul "terror" lah abang pelukis ni. Cantik betul lukisan dan gabungan warna yang diguna. Hanya dengan bayaran £5, dia akan melukis corak bebunga yang boleh diwarna dan dibawa balik oleh para pembeli. Ramai orang beratur ni. Sampai nak patah tangan dia agaknya.



Banyak benda-benda kraftangan dan lain-lain produk Malaysia dijual. Dari kain batik lepas, ke baju melayu sehingga ke kusyen dan beg tangan.



Tak lupa juga makanan2 dari Malaysia seperti Milo, rempah Brahim, mee Maggi dan sewaktu dengannya.



Tak lengkap lah pesta Malaysia tanpa gerai menjual makanan. Walaupun tak se-gah macam pasar ramadan, adalah juga gerai menjual satay, roti canai, nasi/mee goreng, rendang dan teh/kopi tarik. Dapatlah mat salleh rasa sedapnya makan dan minuman Malaysia.



Yang inilah gerai yang paling saya geram! Berbagai buah-buahan tempatan Malaysia seperti rambutan, manggis, mangga manis, belimbing dan ciku. Yang tak boleh nampak di kad nama tersebut adalah perkataan "For display purposes only". Ceh... potong stim betul lah. Sadis betul! Lagi sikit nak bikin muka kesian sampai cakap "Saya tengah mengandung ni... dah lama tak rasa ciku/manggis/mangga.." hehehehehee

Roti Boyan Orang London Malas

Dah lama sangat tak makan roti boyan ni. Ikut bertahun jugak. Masih balik Singapura sewaktu Ramadan, begitu gembira nampak roti boyan begitu gah dijual di Bazaar Geylang. Sebenarnya saya lama tak masak kerana malas dan tak faham nak uli bahan untuk kulit tepung tu. Tengah belek-belek resepi, terlintas pulak ide untuk menggunakan roti canai segera. Inilah roti boyan orang London malas.....




Bahan-Bahan
Isi ayam diperap dgn lada putih & garam sedikit.
2 Kentang sederhana besar
1 bawang merah dihiris dadu kecil
daun sup dan bawang sedikit kalau suka
4 biji telur
kulit roti prata segara
garam dan lada putih


Cara membuat
Isi ayam digoreng dengan minyak sedikit dan ketepikan. Kentang dikupas kulit, dipotong dadu dan di rebus sampai masak. Tos dan lenyek kentang yang dah dimasak. Masukkan ayam, daun sup, daun bawang, bawang merah, pecahkan telur dan lenyek lagi. Tambah garam and lada putih secukup rasa.

Ambil kulit roti prata segera yang dah di nyah beku. Letak isi ditengah. Lapik lagi satu kulit di atas and kelim tepi seperti epok-epok. Goreng dgn minyak sedikit hingga kekuning-kuningan.



Sedap dicicah dgn sambal ikan bilis. Kalau tak ada tu, sila lah bikin sambal cili segera ni.

Sambal segara serbaguna
Cili merah hidup 5 batang, dikisar. Campur tomato sos dan sos cili bawang putih. Tambah gula secukup rasa dan sedikit air panas untuk mencairkan sambal. Sambal ni sedap juga kalau makan dgn roti john dan yong tau foo.