Filem Bollywood

Catitan ni khas untuk Kak Teh.....



Saya terserempak klip di atas ni di youtube. Memang filem-filem Hindustani dari Bollywood mendapat tempat di hati orang Melayu, tak kira di Singapura ataupun Malaysia. Manakan tidak? Hero-heronya hensem-hensem, heroin cun lagi bergetah dan lagu-lagunya mendayu-dayu.

Bukan main melodramatik lagi cerita-ceritanya. Sampai kadang-kadang tak sangka begitu buruk nasib si hero atau heroin tu. Mesti juga ada adegan kekasih mula bercinta, salah faham dan putus harapan, kekasih dipaksa kahwin lain, cinta tiga segi, mak mertua yang begitu bengis menganiaya menantu perempuan, ahli politik yang corrupt, orang jahat dan seperti filem2 bahasa lain, polis hanya akan datang selepas penjahat dah habis dilanyak oleh hero. Semuanya ini diselang-seli dengan lagu dan tarian berwarna-warni.

Saya tak lah begitu minat dengan filem Hindustan ni. Bukan benci tapi tak larat…. Satu kali tengok tiga jam! Dari Zuhur sampai ke Asar pun belum tentu habis. Adegan-adegan nyanyi-menyanyi bukan saja banyak tukar baju, tapi tukar lokasi sekaligus. Dari India, sampai ke London ataupun Switzerland ~ lengkap dengan salji putih melepak. Tapi hero heroin maintain.. tak pakai baju tebal ataupun mengigil kesejukkan.

Nak tahu sapa hero atau penjahat senang saja. Tengok sapa ada misai melenting ataupun siapa yang terlihat garang atau cengih. Dari lirik mata dah tahu siapa baik siapa jahat. Kalau bergaduh bertumbuk, amboi.... dari atas gunung sampai ke lembah terus tergolek ke laut. Berentap habis-habisan!

Mungkin juga pada waktu kecil, saya selalu dipaksa menonton filem-filem begini. Nak tahu kenapa? Tak lain dan tak bukan kerana saya dipaksa mentranslasi subtitle English kepada melayu supaya atok dan nenek faham apa yang berlaku. Hehehehe…. Alahai, dah tak faham bahasa pun tak terlepas nak tengok filem Hindustan. Lagi satu kawan saya tu, bila tengok filem Hindustan bukan main tinggi volume tv dipasang. Eh! Tinggi macam mana pun volume tu kalau tak faham, tak faham jugak.

Seperti lagu di atas ni dari filem Kahbie Kahbie… dulu tak faham apa maksudnya tapi sekarang terdapat pulak terjemahannya di internet. Romantis sungguh! Dan alamak..hensemmya Shashi Kapoor tu…

Sometimes the thought crosses my mind
that you've been made just for me
Before this, you were dwelling somewhere in the stars;
you were summoned to earth just for me...

Sometimes the thought crosses my mind
that this body and these eyes are kept in trust for me...
that the dark shadows of your hair are for my sake alone

that these lips and these arms are charged to my care...

Sometimes the thought crosses my mind
just as the shehnaii sounds on the roads..
that it is my wedding night, and I am lifting your veil...
You're shrinking for shame, blushing in my arms...

Sometimes the thought crosses my mind
that you'll love me like this our whole lives through,
that you'll always lift a loving gaze to me like this.
I know you're a stranger, but even so,
sometimes the thought crosses my mind,


Filem dan lagu Bollywood sungguh popular sehingga banyak lagu Bollywood telah pun diubah lirik menjadi lagu Melayu. Saya ingat lagu Kahbie Kahbie ni memang telah ditukar menjadi lagu melayu tapi tak ingat pulak judul atau penyanyinya ~ cuma teringat satu baris "Kau bagai dewi dari kayangan menjelma..." (Ah Kak Teh! tolong beritahu lagu apa ni...)

Walaupun segagah manapun industri Bollywood, mereka masih juga berubah-suai mengikut rentak masa. Kalau dulu koreografi tarian berunsur tradisional, sekarang lebih banyak gerak hip-hop. Juga nada-nada lagu berlainan. Filem-filem Hindustan sekarang bukan saja dibuat di Bollywood. Contohnya cerita Bollywood/Hollywood yang diterbitkan di Canada 2002. Ceritanya OK saja, tak melodramatic bagai filem Bollywood yang asal; walaupun banyak pakai lagu popular Bollywood seperti di bawah…




Saya rasa filem yang paling sukses dalam mengaduk genre Hollywood dan Bollywood adalah filem kelakar “The Guru”. Filem ini juga dibintangi oleh pelakun wanita terkenal Heather Graham dan Marisa Tomei. Transasi tarian dan lagu tradisional kepada lagu Grease kelakar jugak…



Cuma kalau sekarang nak terjemahkan cerita The Guru pada atok dan nenek mungkin susah sikit. Macam mana nak terangkan pada Tok dan Nek yang watak Heather Graham tu adalah pelakon ponografi dan kedua ahli bomba dalam cerita ni merupakan pasangan homoseksual?

Syawal tahun ini.



Pada malam raya, kami sekeluarga berbuka di Mawar. Tak tertahan sebak di dada apabila mendengar takbir raya ketika sedang menjamu iftar untuk kali terakhir tahun ini. Insya Allah dapat bertemu Ramadan pada tahun-tahun yang depan.

Raya tahun ni amat meriah. Si kecik terasa seronok dapat memakai baju kurung bersama kawan-kawan yang lain. Raya pertama tak putus-putus mengunjung rumah teman. Rumah terbuka jangan cakaplah ~ banyak! Sampai tak sempat dan tak muat perut untuk pergi semua.

Tapi kita tak lupa keluarga dan sahabat-handai di Singapura. Entah berapa kad telefon dah habis berbual dengan mereka di Singapura. Nasib baik Apek kat kedai jual phonecard tu kasi diskaun.

Kami rindu juga suasana Ramadan dan Raya di Singapura. Terkenang hiruk-pikuk Bazaar Geylang dengan laungan penjaja "Satu 10 dolar! satu 10 dolar!", "Bunga kembang malam, bunga kembang malam" berserta dengan bau enak daging dendeng dibakar. Lampu lap-lip bergermelapan. Senang nak tahu rumah Melayu masa Raya ni ~ dari jauh dah lip lap lip lap.

Pagi raya penuh sayu mendengar takbir Raya. Rumah penuh dengan sanak-saudara menjamu hidangan lauk dan kuih raya. Tak kurang juga yang tertidur kekenyangan depan televisyen mengadap siaran varieti hari raya. Tapi yang saya seronok sangat apabila melihat mana-mana keluarga Melayu pergi berkunjung, lengkap dengan berpakaian baju kurung warna-warni.

Memang raya amat meriah. Jadi apabila kita sedang sibuk bersiap beraya di Geylang seperti ini....



kita tak lupa untuk menghantar pemergian Ramadan dan mengalu kedatangan Syawal dengan takbir sebegini...



P/S : maaf.. depan dia terpotong sikit....

Selamat Hari Raya Aidifitri



Kepada teman yang jauh di mata dekat di hati, selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Sibuk menyambut Syawal















Semalam kami kelam-kabut pergi ke Wing Yip. Ye lah, nak raya ni memang lah kena masak sedikit. Walaupun dah dijemput ke rumah teman, tak sah kalau dapur tak berasap raya-raya ni.








Beginilah hidup di rantau. Rendang pun kira semi-instant tapi nak bikin sedap sikit tu, letak sikit kunyit, serai dan lengkuas. Tak ada kawah masak rendang - hanya masak dalam periuk terus masuk oven.



Rempah tumis seperti kayu manis, buah keras dan cengkih pun tak dilupa.


Ayam masak merah dalam kuali.


Mana nak dapat janur kat U.K. ni? Terpaksa pakai ketupat plastik Adabi ni. Nak bikin sambal tu tak pakai cili kering. Bukan takde cuma mahal. £4.94 utk satu peket sederhana. Baik pakai harissa yang tak tumpah bagai cili boh

Raya masa kecik

Hari ini rakan saya panik – dia takut tak sempat nak siap menjahit baju raya. Siap tu boleh siap lah. Kalau nak pakai baju kurung tak ada kain dan lengan tu, memang dah siap. Dia lagi panik teringat nak anyam ketupat. Ahhh, kalau takat ini, memang best raya kat U.K – tak payah susah payah ingat nak anyam ketupat ke, jahit langsir ke, jahit baju ke. Tapi memanglah sambutan tak semeriah di Singapura atau Malaysia.

Pejam celik, dah hari-hari terakhir kita berpuasa. Teringat saya suasana puasa dan raya masa kecik dahulu. Saya tak ada kampung jadi tak pernah lah merasa riuh-rendah suasana kampung beraya dengan lampu colok dan meriam buluh berdentum-dentum. Yang saya tahu adalah beraya di rumah pangsa di Whampoa.

Dulu estet HDB tak ada quota Melayu-Cina-India seperti sekarang. Kebetulan ramai penghuni berbangsa Melayu di tingkat-tingkat atas blok tersebut. Lebih kurang 20 – 30 keluarga. Dah macam kampong betul. Kaki lima tempat makcik-makcik bersembang sambil bertanam bunga, juga tempat kita berlari and mengayuh basikal. Waktu malam, kita tebarkan tikar gulung untuk sembahyang terawih. Waktu berbuka seronok kerana banyak tukar-menukar lauk-pauk. Tak payah gi pasar Ramadan – dah satu meja penuh dgn pelbagai juadah.

Masa kecik-kecik manalah tahu bila hujung pangkal Ramadan. Indikasi pertama nak raya tu bila Atok belek katalog cat. Ahhh.. ni nak raya lah ni. Pulak tu nenek dah bising suruh kemas almari luar dalam. Segala macam loyang dan peralatan memasak kuih pun dah diturunkan dari gerobok atas dan makcik belek buku resepi kuih. Alahai, macam2 kuih lah kena bikin. Kuih layang-layang digoreng ranggup dan ditabur gula, kuih makmur diketip rapi, kuih tart nenas diletak bintang ditengah. Lepas tu bikin kek marble, kek kukus dan kek lapis – ni banyak spelling sikit terutama kek lapis.

Lepas tu datang apek bawak dalam 6 crate air botol F&N! Ingat tak crate kayu kuning dgn botol pelbagai perisa diatur rapi? Sarsi, Ice-Cream Soda, Strawberry, Orange… dulu tak ada tin, botol je. Tutup botol pun besi, kena pakai bottle opener; bukan main pulas dgn tangan je.

Ah ni janur dah datang bermakna ketupat akan dianyam. Satu raya tu saya dan adik saya berkejar-kejar dan mengacau orang dapur dgn janur tu. Sampai kena ikat kaki dan tangan dgn janur pasal tak boleh duduk diam. Daun pisang kena layukan buat lontong. Kawah tersedia untuk masak lontong. Apek datang lagi bawak gas botol besar.

Sehari sebelum raya, upacara masak-memasak dimulakan dari pagi lagi. Rendang, serunding, ayam masak merah, daging masak kurma dan yang paling leceh, sambal goreng semua dimasak. Kali terakhir buka tu makan lauk raya lah. Dah siap masak dan kemas dapur, barulah pasang langsir, cushion sofa, permaidani dan cadar istimewa hari raya.

Pada Hari Raya pertama2, awal-awal lagi kawan dah tunggu kat pintu ajak collection....eh ziarah hari raya. Jadi mula lah kita pusing keliling. Masuk rumah, makan kuih, minum air bergas. Balik ke rumah dengan poket dan perut yang kembung. Ni baru jiran sekeliling – belum lagi ziarah sanak-saudara yang terdekat. Cehh.. lumayan jugak! Tapi satu saja yang memang boring. Duit raya yang dikumpul tu selalunya kena quarantined dgn nenek untuk recycling. Ingat orang sekarang je pandai recycling ke?

Mencari Yong Tau Foo di Chinatown

Selepas membaca catitan Kak Teh tentang Soho, teringin pulak saya pergi ke sana. Lagipun tengah buntu - tak tahu apa kah patut disediakan untuk santapan berbuka. Mmm..kalau pengena Yong Tau Foo pun macam best.



Inilah gerbang menuju ke Chinatown. Alahai ramainya orang - dari yang nak membeli-belah seperti saya hingga ke para pelancung. Memang daerah ini amat fofular dengan pelancung kerana ianya berdekatan dengan Piccadilly Circus, Theatreland (untuk mereka yang gemar ke pertunjukan pentas seperti Les Miserables, Chicago, Cabaret) dan Leicester Square dimana banyak diadakan perdana filem antarabangsa. Kalau nak tengok bintang-bintang Hollywood jalan kat permaidani merah, di sinilah tempatnya.

Dan tak kurang juga yang tertarik untuk pergi ke tempat-tempat sebegini....





Bagai yang dikata Kak Teh, kalau waktu pagi tu taklah nampak teruk sangat. Tak pun ada orang memanggil-manggil menjual "barang". Soho pada waktu malam lebih bergemerlapan dengan lampu-lampu neon dan para pengunjung yang sedang berseronok.

Tapi tujuan saya kali ini adalah kedai-kedai runcit di Chinatown. Setakat serai dan kunyit hidup tu, tak susah nak cari. Apatah lagi London sedang berasmaradana dengan cara masakan Thai.



Inilah kedai kegemaran saya di antara banyak yang terdapat di Chinatown. Mungkin kerana ia banyak mengimpot makanan dari Malaysia, Singapura dan Thailand. Jadi senang betul nak dapat Linggam & Maggi Cili Sos, Kicap cap Kipas Udang atau Kicap ABC, Maggi, rempah Prima Deli, cili Nasi Ayam, rempah Adabi dan juga Sup Bunjut. Kedai lain banyak impot dari China. Kalau musim buah, terdapat manggis, rambutan dan mata kucing yang di impot dari Thailand.



Tak kurang juga kedai-kedai sebegini menjual kek dan bun. Di sini jual char kuay yang enak kalau dibuat rojak atau disumbat paste sotong. Char kuay tu satu 80p. Tak payah lah bandingkan harga di Msia atau Spore. Tak larat hisab. Tu masih boleh beli lagi. Satu yang saya belum berani beli di kedai ini adalah tauwei (beancurd). Kerana harganya £2.60 untuk satu mangkuk kecil.....

Keluar dari London



Hari ini terpaksa saya ke Five Lakes disebabkan tugas. Alahai...kat mana Five Lakes ni? Dah tujuh tahun di London tak pernah terdengar nama tempat ni. Keretapi bertolak dari Liverpool Street Station dan dalam sejam selepas itu, saya terdampar di stesyen Kelvedon



Alahai ni dah tempat jin bertendang. Stesyen sunyi sepi. Nasib baik tiba waktu siang, kalau waktu malam, seram....

Menurut peta, kalau nak ke Five Lakes, kena naik teksi. Tiba di perhentian teksi, tak ada teksi. Tunggu nak dekat 20 minit pun tak muncul-muncul. Macam mana ni? Hai..terpaksa pergi ke ticket hall, minta pertolongan dari stationmaster. Sampai di ticket hall, notis ini pulak terpampang....



Pintu tertutup rapi dan digari. Beginilah di U.K. Bukan semua stesyen ada quota pekerja yang cukup. Banyak stesyen tersadai di waktu malam dan sekaligus menjadi tempat jenayah seperti merompak dan sewaktu dengannya.

Nasib baik saya membawa nota berkenaan Five Lakes Resort. Terus saya hubungi receptionist dan meminta perkhidmatan teksi. Receptionistnya ramah dan terus menyambung panggilan ke kompeni teksi yang berdekatan.

Setelah mengigil kesejukkan selama 15 minit, barulah muncul teksi. Dalam perjalanan ke Five Lakes, kami rancak berbual. Oh memang kat sini kena pakai kereta, kata cik drebar tu. Bas berjalan hanya tiga kali sehari (alahai....kampung betul lah tempat ni). Cik drebar tu sempat menunjukkan beberapa tempat khas seperti muzium jem. Bukan traffic jem tapi jem yang sedap dimakan dengan roti. Hmm.. apa agaknya yang dipamerkan ye? Rupanya muzium ini adalah Tiptree Jam Museum yang berdekatan dgn kilang jem jenama Tiptree.

Akhirnya sampai juga saya ke Five Lakes. Dan nasib baik bilik dan katil tersedia se-empuk begini....

Dan permandangan luar tingkap sedamai begini...