Syawal tahun ini.



Pada malam raya, kami sekeluarga berbuka di Mawar. Tak tertahan sebak di dada apabila mendengar takbir raya ketika sedang menjamu iftar untuk kali terakhir tahun ini. Insya Allah dapat bertemu Ramadan pada tahun-tahun yang depan.

Raya tahun ni amat meriah. Si kecik terasa seronok dapat memakai baju kurung bersama kawan-kawan yang lain. Raya pertama tak putus-putus mengunjung rumah teman. Rumah terbuka jangan cakaplah ~ banyak! Sampai tak sempat dan tak muat perut untuk pergi semua.

Tapi kita tak lupa keluarga dan sahabat-handai di Singapura. Entah berapa kad telefon dah habis berbual dengan mereka di Singapura. Nasib baik Apek kat kedai jual phonecard tu kasi diskaun.

Kami rindu juga suasana Ramadan dan Raya di Singapura. Terkenang hiruk-pikuk Bazaar Geylang dengan laungan penjaja "Satu 10 dolar! satu 10 dolar!", "Bunga kembang malam, bunga kembang malam" berserta dengan bau enak daging dendeng dibakar. Lampu lap-lip bergermelapan. Senang nak tahu rumah Melayu masa Raya ni ~ dari jauh dah lip lap lip lap.

Pagi raya penuh sayu mendengar takbir Raya. Rumah penuh dengan sanak-saudara menjamu hidangan lauk dan kuih raya. Tak kurang juga yang tertidur kekenyangan depan televisyen mengadap siaran varieti hari raya. Tapi yang saya seronok sangat apabila melihat mana-mana keluarga Melayu pergi berkunjung, lengkap dengan berpakaian baju kurung warna-warni.

Memang raya amat meriah. Jadi apabila kita sedang sibuk bersiap beraya di Geylang seperti ini....



kita tak lupa untuk menghantar pemergian Ramadan dan mengalu kedatangan Syawal dengan takbir sebegini...



P/S : maaf.. depan dia terpotong sikit....

2 comments:

yuRa said...

semasa berkunjung ke rumah kakak saya, abang saya sempat kira berapa banyak rumah orang melayu di blok sebelah. dari lampu kelap-kelip yang terpasang lah! haha

Nani said...

Rasa2nya meriah jugak beraya di London eh? Asyik ada Open House je... Tak payahlah awak masak kat rumah..

Sedap si Mawi baca takbir...