Malaysia Week 2007

Dari 6 hingga 10 haribulan Jun, London begitu meriah dengan temasya Minggu Malaysia. Bermacam-macam aktiviti berlangsung, dari menu makanan khas di restoran2 Malaysia sehingga ke tayangan filem2 Malaysia. Kelab Pecinta Filem Malaysia juga dilancarkan oleh tak lain dan tak bukan, Tan Sri Jins Shamsudin. Dapatlah peminat filem Melayu menonton filem-filem terbaru seperti Waris Jari Hantu dan Cicakman.

Pada hari-hari berikut, Covent Garden yang memang terkenal dengan laungan opera dan tarian ballet lebih riuh dengan lagu tarian melayu dan laungan penjaja satay.



Para penari cilik menunggu giliran untuk naik ke pentas. Bukan saja tarian-tarian melayu yang menghias pentas, ada juga persembahan lagu-lagu malaysia menggunakan alat tradisional seperti gambus dan er-hu. Rekaan fesyen modern dan tradisional menggunakan corak dan kain Malaysia juga dipentaskan, sekaligus mencerminkan keayuan gadis-gadis Malaysia pelbagai kaum. Tak tertinggal arakan pengantin untuk menampilkan kebudayaan Malaysia.



Pelbagai demonstrasi kraftangan ditunjukkan. Termasuk penenun kain Pua yang begitu teliti. Juga alat tenun songket. Sayang tak dapat tangkap penenun songket tu. Hanya alatnya saja yang ternampak.



Para penganyam asyik membuat anyaman. Cantik-cantik betul benda-benda yang dianyam. Dari pasu bungga hingga ke tempat tidur bayi.



Yang paling popular adalah demonstrasi lukisan batik. Wahh..betul "terror" lah abang pelukis ni. Cantik betul lukisan dan gabungan warna yang diguna. Hanya dengan bayaran £5, dia akan melukis corak bebunga yang boleh diwarna dan dibawa balik oleh para pembeli. Ramai orang beratur ni. Sampai nak patah tangan dia agaknya.



Banyak benda-benda kraftangan dan lain-lain produk Malaysia dijual. Dari kain batik lepas, ke baju melayu sehingga ke kusyen dan beg tangan.



Tak lupa juga makanan2 dari Malaysia seperti Milo, rempah Brahim, mee Maggi dan sewaktu dengannya.



Tak lengkap lah pesta Malaysia tanpa gerai menjual makanan. Walaupun tak se-gah macam pasar ramadan, adalah juga gerai menjual satay, roti canai, nasi/mee goreng, rendang dan teh/kopi tarik. Dapatlah mat salleh rasa sedapnya makan dan minuman Malaysia.



Yang inilah gerai yang paling saya geram! Berbagai buah-buahan tempatan Malaysia seperti rambutan, manggis, mangga manis, belimbing dan ciku. Yang tak boleh nampak di kad nama tersebut adalah perkataan "For display purposes only". Ceh... potong stim betul lah. Sadis betul! Lagi sikit nak bikin muka kesian sampai cakap "Saya tengah mengandung ni... dah lama tak rasa ciku/manggis/mangga.." hehehehehee

Roti Boyan Orang London Malas

Dah lama sangat tak makan roti boyan ni. Ikut bertahun jugak. Masih balik Singapura sewaktu Ramadan, begitu gembira nampak roti boyan begitu gah dijual di Bazaar Geylang. Sebenarnya saya lama tak masak kerana malas dan tak faham nak uli bahan untuk kulit tepung tu. Tengah belek-belek resepi, terlintas pulak ide untuk menggunakan roti canai segera. Inilah roti boyan orang London malas.....




Bahan-Bahan
Isi ayam diperap dgn lada putih & garam sedikit.
2 Kentang sederhana besar
1 bawang merah dihiris dadu kecil
daun sup dan bawang sedikit kalau suka
4 biji telur
kulit roti prata segara
garam dan lada putih


Cara membuat
Isi ayam digoreng dengan minyak sedikit dan ketepikan. Kentang dikupas kulit, dipotong dadu dan di rebus sampai masak. Tos dan lenyek kentang yang dah dimasak. Masukkan ayam, daun sup, daun bawang, bawang merah, pecahkan telur dan lenyek lagi. Tambah garam and lada putih secukup rasa.

Ambil kulit roti prata segera yang dah di nyah beku. Letak isi ditengah. Lapik lagi satu kulit di atas and kelim tepi seperti epok-epok. Goreng dgn minyak sedikit hingga kekuning-kuningan.



Sedap dicicah dgn sambal ikan bilis. Kalau tak ada tu, sila lah bikin sambal cili segera ni.

Sambal segara serbaguna
Cili merah hidup 5 batang, dikisar. Campur tomato sos dan sos cili bawang putih. Tambah gula secukup rasa dan sedikit air panas untuk mencairkan sambal. Sambal ni sedap juga kalau makan dgn roti john dan yong tau foo.