Stand By Man Bai Good Bye

P Ramlee Lagi....

Ni klip bagus! bukan saja dapat lagu P Ramlee; dapat juga klip cerita P Ramlee yang amat bersesuaian...

Dan lagi bonus, saya dapat lihat muka Cik Yusnor Ef kembali. Idop Cik Yusnor!

Terkucil ku tahan Jebat

Hari ini, dengan tanpa dirancang, kami ketemu Kak Teh sekeluarga di restoran Mawar. Kebetulan KT dgn batman sayang mama sedang mengunjungi sekolah berdekatan. Ni dah bloggers berjumpa, apa lagi? Asyik pot pet pot pet pasal blog lah. Pulak tu pekena nasi, gulai daging, ayam percik dan bubuq pulut hitam dan sago gula melaka sebagai pemanis mulut.

Tengah berbual tu, tertukar topik kepada voiceover commission yang telah dilakukan oleh KT dan Awang Goneng. Memang banyak voiceover Melayu mereka buat. Dari pelbagai iklan hingga ke voiceover untuk pesawat. AG kata dia pernah membuat satu voiceover untuk Singapore Airlines tapi dia berharap-harap benar kita tak akan mendengar suara beliau. Aik! apa pasal? Segan ke? Rupanya voiceover tersebut adalah untuk apabila kapalterbang menjunam dalam kecemasan!

KT pulak berkata dia pernah buat voiceover untuk lif di Singapura. Saya pulak menyampuk "Eh, kat Spore, ada urine detector dalam lif. Kena bikin voiceover utk urine detection ke?" . Nak tersembur nasi fikirkan voiceover melayu pasal kencing dalam lif ni...

"Harap maklum, anda tidak dibenarkan kencing di sini. Denda $500".
"Harap tahan sehingga anda sampai ke rumah atau destinasi anda".
"Kalau tak tahan, tolong kepetkan kaki sambil bernyanyi"
"Jangan sekali-kali bersiul ataupun berbunyi syyyyhhhhh..."
"Saya ulangi, jangan bersiul ataupun berbunyi syyyhhhh..."
"Maaf, kami mendapati kesan kencing di lif. Sila tunggu hingga ahli bomba datang"

Kedai Sinseh Lama

Berikutan catitan saya tentang kedai sinseh di London tu, teringat saya kedai sinseh yang selalu saya pergi sewaktu kecil. Kedai tu terletak di blok bersebelahan. Yang saya ingat adalah satu kaunter kaca dengan bangku. Sinseh tua berambut putih akan duduk belakang kaunter itu, sambil mengipas. Di belakangnya, terletak satu gerobok besar dengan berpuluh-puluh laci kecil, penuh dengan tulisan Cina berbaris-baris. Segala keperluan ubat-ubatan semua kami dapati di situ; dari ubat tradisional sampai ke Panadol.

Kalau sekadar beli Panadol tu tak lah teruja sangat. Yang saya suka adalah apabila disuruh beli ubat Cina tradisional. Bagaikan magik, sinseh tu akan membuka berbagai-bagai laci kecil dan mengeluarkan bahan-bahan yang pelik-pelik. Ye lah, pelik bagi saya yang masih kecil tu. Semuanya ditimbang menggunakan dacing tangan kecil. Dan bahan-bahan tersebut dibungkus rapi dalam kertas warna merah jambu. Jumlah pembelian dikira menggunakan sepua (abacus). Berketak-ketak bunyi sepua tu.

Saya masih ingat apabila saya disuruh oleh makcik untuk membeli tuala wanita jenama Kotex, sinseh tu mukanya sama je... tak berubah. Cuma ada perkhidmatan pelanggan lebih sikit. Kotak itu akan dibalut rapi dengan suratkhabar sebelum dimasukkan dalam beg plastik. Alahai... manalah tahu kalau ada yang malu membeli tuala wanita tu.

Saya tak tahu apakah kedai sinseh tu masih ada lagi. Mungkin kalau ada, yang tersimpan dalam laci tersebut bukan bahan-bahan tradisional tetapi pelbagai ubat-ubatan moden. Dan besar kemungkinan, ketak-ketak sepua telah pun bertukar ke tit..tit..tit mesin daftar tunai.


Makan di Rumah Kak Teh


Ahad lepas kita serbu rumah Kak Teh. Kesian KT kena masak untuk kami yang kelaparan ni. Tengok hidangan yang sedia....



Nasi pilau dgn ayam masak merah dan daging kerutup, mee bandung, mee laksa Thai Sing dan segala kuih-muih.



Ni Ewok tengah makan mee. Lepas makan, dapat pulak pesan kopi istimewa dan menikmati aiskrim sedap. Jadi lebih kurang rasa kekenyangan macam ni...

Ibu Mertuaku

Siapa tak pernah tengok cerita Ibu Mertuaku? Cerita tragikomedi terunggul. Tak payah lah saya lakarkan cerita ni. Mungkin dah ramai dah hafal dialog dari filem ni :

"Alahhh Kassimmm...maafkan Mak Kassim, mak dah tua Kassim..."

"Abang Biiiidiiinnnnn....."

"Kassim Selamat? Siapa dia? Majistret, Lawyer?"

"Ah-li musik? Pantang nenek moyang aku ah-li musik!"

Eee..jahat betul watak ibu mertua tu, yang telah dilakunkan oleh Mak Dara. Siapa yang tak rasa macam nak sepak je? Siapa yang tak merasa sedih melihat Kassim Selamat terkapar-kapar berjalan dalam hujan waktu dia buta? Dan siapa yang tak gerun tengok Kassim Selamat mencapai garfu untuk mencucuk mata yang pulih?

Filem ini ada kenangan buat saya. Lokasi perfileman adalah di Singapura. Ingat tak rumah bawah kolong yang didiami oleh P Ramlee dan Sarimah sewaktu mereka tak berduit? Memang kediaman tersebut wujud. Rumah itu terletak di Newton Road menghala ke Orchard Road. Satu rumah kampung yang agak besar dan bawah kolong dibagi menjadi beberapa buah bilik.

Kebetulan bilik bawah kolong yang digunakan dalam filem ini bersebelahan dengan bilik yang didiami oleh nenek dan atok saya sebelah mak. Maklumlah orang susah. Sebelum mereka pindah, saya ada juga ziarah Memang kecil tempat tu dan tak boleh berdiri. Di luar betul suasana kampung dengan itik dan ayam.

Sayangnya, sekarang rumah tersebut dah jadi ofis - kalau tak salah saya, untuk satu jenama kopi atau kereta. Bagai studio Jalan Ampas, segala kesan dan tanda adanya suatu industri perfileman Melayu makin pupus ditelan zaman; terbiar dan layu. Yang hanya boleh diharapkan adalah filem-filem sebegini akan sentiasa mala segar di hati peminat.

Pemasak Hotdog Tak berlesen

Tengok apa saya jumpa di Selfridges...



Halal Jumbo Hotdogs! Isykhh.. dah lama teringin nak makan ni. Dulu banyak penjual hotdog haram di London. Bersepah! Bau bawang digoreng layu memang mengancam. Tapi rata-rata semua hotdog tu tak halal dan penjual semua tak berlesen. Tu lah yang saya katakan mereka ni penjual hotdog haram! Waahahahaha....

Saya pernah cuma menggunakan hotdog biasa tapi macam tak syok. Jadi gembira betullah dapat hotdog sebegini. Bertambah ceria apabila saya membaca senarai bahan2 tertera :





75% daging. Elok lah tu. Kalau jenama biasa selalunya 30-40% daging campuran, 10% lemak atau kulit ayam, lagi 30% -40% ayam mechanically retrieved (ie. segala mcm rangka ayam direbus dan dikisar), pelbagai bahan fillers dan E numbers berjela-jela.

Saya masak simple je. Rebus hotdog, goreng dgn barbecue sauce sekejap dan terus angkat untuk dikepit dgn roti. Bawang goreng layu tak dilupa dan terus dihias dgn mustard dan hotdog.