Terkucil ku tahan Jebat

Hari ini, dengan tanpa dirancang, kami ketemu Kak Teh sekeluarga di restoran Mawar. Kebetulan KT dgn batman sayang mama sedang mengunjungi sekolah berdekatan. Ni dah bloggers berjumpa, apa lagi? Asyik pot pet pot pet pasal blog lah. Pulak tu pekena nasi, gulai daging, ayam percik dan bubuq pulut hitam dan sago gula melaka sebagai pemanis mulut.

Tengah berbual tu, tertukar topik kepada voiceover commission yang telah dilakukan oleh KT dan Awang Goneng. Memang banyak voiceover Melayu mereka buat. Dari pelbagai iklan hingga ke voiceover untuk pesawat. AG kata dia pernah membuat satu voiceover untuk Singapore Airlines tapi dia berharap-harap benar kita tak akan mendengar suara beliau. Aik! apa pasal? Segan ke? Rupanya voiceover tersebut adalah untuk apabila kapalterbang menjunam dalam kecemasan!

KT pulak berkata dia pernah buat voiceover untuk lif di Singapura. Saya pulak menyampuk "Eh, kat Spore, ada urine detector dalam lif. Kena bikin voiceover utk urine detection ke?" . Nak tersembur nasi fikirkan voiceover melayu pasal kencing dalam lif ni...

"Harap maklum, anda tidak dibenarkan kencing di sini. Denda $500".
"Harap tahan sehingga anda sampai ke rumah atau destinasi anda".
"Kalau tak tahan, tolong kepetkan kaki sambil bernyanyi"
"Jangan sekali-kali bersiul ataupun berbunyi syyyyhhhhh..."
"Saya ulangi, jangan bersiul ataupun berbunyi syyyhhhh..."
"Maaf, kami mendapati kesan kencing di lif. Sila tunggu hingga ahli bomba datang"

3 comments:

Kak Teh said...

Anda berada di tingkat satu. Tolong simpankan kencing anda sehingga kita sampai ke tingkat 9 di mana ada tandas. Harap maklum.

Maaf, Lif tergendala di tingkat tujuh. Kalau anda masih lagi boleh tahan, nyanyilah sebuah lagu sambil mengepit kaki. Saya ulangi, nyanyilah sebuah lagu sambil mengepit kaki. Joget atau breakdance tidak disarankan dalam keadaan begini. Anda dilarang untuk menyanyi lagu-lagu yang ada 'syuuuu'. Saya ulangi -jangan ada lagu berbunyi 'syuuuuu...'

Kalau anda mengalami keadaan terdesak yang amat sangat, anda disarankan supaya jangan membayangkan bambaran air mengalir yang berderu-deru dari pancur mengalir masuk ke dalam sink hingda ke luar.
Atau jangan ingat tentang air terjun di pergunungan yang nyaman yang jatuh mengalir turun membasahi bumi.


Jangan lepaskan apa-apa di dalam lif ini sama ada dalam bentuk cecair atau gas. Anda disarankan jangan minum banyak atau makan makanan pedas sebelum mengguna lif ini.
Senarai larangan:
Jangan makan petai.
Jangan makan nangka atau heinz beans kerana berangin.

Sila bawa bag plastic sendiri kalau anda seorang yang tak boleh tahan.

Ingat sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan ini akan di kenakan denda. Kami ada alat pengesan untuk memadankan bau dengan 'asal usulnya'. Abang Besar sentiasa memerhatikan anda. Lawas, jangan tak lawas...err maaf, awas, jangan tak awas!

ps..kak teh tak buat untuk lif singapore daaaaa!

melayudilondon said...

kah kah kah! KT, ketawa semalam belum habis lagi.. ni dah ketawa baru!!

Kak Teh said...

"Anda juga disarankan jangan ketawa kuat-kuat. Setakat senyum simpul sambil menggeletar bibir kerana menahan kencing, tak mengapa.
Ketawa berdekah-dekah sambil melompat-lompat juga dilarang"

Hukumannya di tanah Abang Besar sangatlah berat. semua pesalah akan dikenakan denda memakai lampin lupus sebelum masuk lif.