6 perkara pelik pasal diri saya

Alamak... saya dah kena tagged! Bukan main lama lagi saya mengelak tapi cik Mulan dah dapat pun tagged saya. Dah nak dekat dua hari saya terfikir apakah yang pelik pasal diri saya ni. (agaknya ramai kengkawan dah teriak macam-macam). Maaf jika catitan kali ni bercampur-baur Inggeris-Melayu ye?

6 Weird Things about me (6 Perkara Pelik pasal diri Saya)

1. Pernah sekali kawan sekerja saya di Christie's tanya apabila saya bercakap, adakah saya berfikir dalam Bahasa Melayu dan translasi dialog saya ke Bahasa Inggeris? Pelik juga soalan ni tapi bila saya fikir betul2, dah sah dah..... Dah lama sangat makan kentang dengan sos tomato. Saya banyak berfikir dalam Bahasa Inggeris. Mimpi pun kekadang dalam Bahasa Inggeris. Patutlah lembab sangat nak tulis dalam BM kebelakangan ni. Pasal saya terpaksa translasi fikiran Inggeris saya kepada Bahasa Melayu. Nasib baik boleh pasang kamus Dewan online.

2. Kalau pakai cutlery (tak kisah sudu, garfu ataupun pisau), mesti kena set yang sama ataupun mesti sama berat. Kalau lain-lain, rasa sangat janggalnya. Yang peliknya kalau pakai chopsticks dengan sudu, ok pulak tu. Tak pun rasa janggal. Dan paling favourite, makan pakai tangan lah.

3. Kalau ada barang-barang rempah ke, sos ke, condiment ke yang ada tutup kertas ke plastik, saya tak boleh buka sampai habis. Mesti tinggal sedikit supaya boleh tutup balik. Walhal kekadang benda tu tak simpan dan terus dibuang.

4. Saya ni penakut besar! Tak suka tengok cerita seram atau cerita hantu. Cerita panas Pontianak Harum Sundal Malam pun tak pernah tengok. Cukup tengok bab dia jadi primadonna je. Time dia jadi hantu tu... isyyhhh tak boleh lah. Kirim salam je. Bukan cerita hantu je, cerita sedih pun tak boleh tengok. Cuma suka tengok cerita kelakar atau kartun. Kalau bab kartun tu, dah banyak dvd kat rumah.

5. Makanan apa je saya bedal. Cuma ada dua je yang haram saya tak makan. Baked beans dan aiskrim strawberi berkrim. Tu aiskrim strawberi tu ada cerita. Masa sekolah rendah, saya pernah makan aiskrim strawberi waktu rehat. Dah habis makan, apa lagi? Lari-lari bawah panas terik dan main pusing-pusing bak Wonder Woman. Masa masuk kelas lepas rehat, saya rasa pening-pening dan terus termuntah atas beg sekolah. Alamak... muntah tu warna pink macam aiskrim strawberi tu. Sampai hari ni, saya tak boleh makan aiskrim strawberi berkrim. Tapi strawberi sorbet tu dengan senang hati saya telan.

6. Saya tak suka pakai baju baru melainkan 100% cotton yang lembut. Rasa macam gatal sangat. Kekadang baju baru tu, kena cuci 2-3 kali baru saya pakai. Kasut pun macam tu juga. Tu yang malas sangat nak beli baru. Sampai teruk baju dan kasut berlubang baru saya tukar. Hmm... tak kaya-kaya juga aku ni. Hehehehe

Ni saya nak cari mangsa ni.... jadi saya tagged Panji Semerang, Hitam Manis pandang tak jemu, Orang Jauh, Orang Kent balik Msia, Kawan Lama dan Ewok Terserah nak bikin ke tak.

Mari Makan Dhosai

Dosai... Dhosai... Tosei... Dosa...

Mana satu yang betul saya tak tahu. Saya tahu tosei je. Dah lama tak makan ni. Makanan India memang banyak terdapat di London. Sedap-sedap pulak tu. Tetapi selalumya dari daerah Utara. Kalau nak makan naan dan keema memang senang cari. Yang susah cari adalah makanan India dari Selatan seperti uthuppam, idly, tosei, rasam. Nasib baik juga terserempak Chennai Dosa




Wah.. bila masuk je, memang nampak tulin lagi asli. Dari cara susunan kerusi meja, gambar kat dinding, kaunter tempat pesan makan, semua nampak macam tempat makan India di Singapura atau Malaysia. Ramai juga orang Tamil datang makan.

Bila kita teliti menu, senang sangat hati pasal harganya berpatutan. Dhosai masala hanya £1.99; tak lah £7.50 seperti di Selfridges. Berjela-jela menu. Dhosainya saja nak dekat beberapa jenis. Yang paling menarik ada dhosai saiz keluarga (family size dhosai). Apa lagi? Kita pesan satu dan rupanya macam ni...



Katanya 6 kaki panjang. Sepanjang dua meja. Tiga orang pelayan terpaksa bawa sekaligus.



Dah ambil gambar, apa lagi? Kita bedal lah. Dhosainya ranggup, macam makan kuih kapit sampai penat kunyah. Sambarnya dan kentang masalanya sedap. Ada juga sampingan lain.

Kita juga pesan idli dengan kuah kari kambing yang pekat dan berperisa. Nasi tomatonya lain dari yang lain kerana ada daum kari dan cili kering ditumis sekali. Cuma briyaninya saja yang tak sedap dan tak ada teh tarik. Jadi sesiapa nak makan dhosai 6 kaki, silalah pergi ke Chennai Dosa.

Besi ohhhh besi....

Ni saya terserempak catitan Orang Jauh pasal bahas terkini di Malaysia. Rupa-rupanya ada tokoh agama di Utusan yang menyarankan pemakaian cawat besi untuk mengelak kes-kes perogolan. Ah? Apa? Betul ke? *garuk kepala*

Laman di Utusan juga sediakan undian bagi membanci pandangan para pembaca terhadap cadangan ini. Lebih 44.4% mengundi hukuman lebih keras terhadap perogol tapi seramai 21.9% setuju dgn cadangan ini dan menyokong saranan supaya dikaji dengan lebih serius. Yang saya tergelak adalah salah satu pilihan yang boleh diundi adalah "Sedangkan peti besi boleh dibuka, inikan pula cawat besi..."

Alahai... bukan senang nak jadi wanita. Dah lah kena bertanggungjawab menjaga diri dan keluarga, beranak macam nyawa hujung pedang, didik anak, berkerja... ni kena pakai cawat besi lagi? Semena-mena untuk melindung diri dari nafsu serakah kaum lelaki.

Aiseymen! Tak kan tanggungjawab menahan nafsu ni bulat-bulat atas bahu wanita? Dan kalau lah memang dah "nak.." , bukan saja cawat besi, cawat konkrit pun belum tentu boleh menjadi penghalang.

Cuba kita fikirkan implikasi praktikal memakai cawat besi. Seperti dihujah cik OJ, siapa nak pegang kunci? Tak kan nak bawa dalam tas tangan. Dah tak logik lah kalau dah susah payah pakai cawat besi, lepas tu senang-senang kunci boleh didapati. Kalau nak suruh orang lain pegang kat rumah, apa jadi kalau nak terbuang air yang tidak boleh ditahan-tahan lagi?

Mungkin baik kalau duit nak pasang cawat besi tu kita gunakan untuk mengajar kaum wanita seni mempertahankan diri. Hmmm.. ataupun ide terbalik saya ni... Oleh kerana punca kes-kes perogolan adalah kerana nafsu kaum lelaki yang tak boleh dibedung, bagaimana jika kaum lelaki pulak yang pakai cawat besi? Bukan saja untuk mencegah mereka merogol tapi ada juga kes lelaki dirogol; jadi sekali jalan lah.

Cuti di Warmwell



Minggu lepas ada kelainan sikit. Kita pergi bercuti dua malam di Warmwell, berdekatan dengan Weymouth. Isyhh! Tak pernah jejak tempat ni dan kebetulan inilah pertama kali kita bercuti di holiday cabin di U.K. Sebiji macam tinggal kat chalet! Cuma ada banyak aktiviti-aktiviti menarik. Percutian sebegini memang fofular dengan kaum British; terutama di tempat-tempat seperti Centreparcs dan Butlins. Yang kita sewa adalah resort percutian Parkdean

Perjalanan dari London memakan dalam 3 jam. Balik dari kerja macam lipas kudung; terus masak apa yang perlu, bungkus kain baju dan lari ke kereta. Nak sampai sana sebelum 11 mlm tapi memanglah kalau tengah kelam-kabut, mesti ada yang tak kena. Tayar pancit dah... lagipun sesat sekejap. Nasib baik kat lebuhraya.

Bila sampai jalan menuju ke resort tu, alamak gelapnya! Ni kalau ada orang tahan kereta, gerenti kita pecut. Terbayang-bayang cerita seram. Malam tu memang tak boleh nampak apa-apa. Cuma esokan harinya baru dapat tangkap gambar cabin yang kita tinggal.



Cabin dia selesa juga ~ cukup tempat untuk 8 orang tidur. Perkakas dan peralatan dapur lengkap dengan peti sejuk besar, alat ketuhar, pinggan mangkuk, periuk. Tinggal bawa makanan untuk dimasak. Ada juga anjung. Eee.. kalau musim panas, dah tentu kita bikin BBQ!

Macam kampung betul! Cuma tak ada ayam berkokok waktu pagi je. Tapi kita ada pelawat lain...



Burung pheasant dan tupai!

Pelbagai aktiviti tersedia ada. Anak-anak dah gembira betul dapat pergi kolam renang. Apatah lagi kolam renang ada mesin ombak dan gelungsur tinggi. Lepas berenang terus mereka berlari ke Jungle Gym sementara yang besar sikit boleh pergi rollerblading. Sampai tak ingat nak makan tengah hari. Ada juga aktiviti lain seperti crazy golf dan gelungsur salji atas dry slope. Kalau nak aktiviti tenang sikit, boleh juga pergi memancing di antara tiga tasik kecil yang sedia ada.

Pada waktu malam, kami ke arcade, sementara menunggu pertunjukkan. Perabih duit betul tapi nasib baik harga tak lah semahal main arcade di London. Inilah pertunjukkan yang ditunggu-tunggu si kecik ni...





Lena sungguh anak-anak tidur malam tu. Maklumlah dah penat menari-nari dan terkinja-kinja

Esoknya kami pergi ke Snowflex, tempat gelungsur salji dry slope. Boleh belajar snowboard atau ski kalau mahu. Tinggi juga tempat tu.



Oleh kerana kesuntukkan masa, kami sewa boya Swiss Bobbing saja. Itu pun dah cukup seronok. Duduk atas boya dan terus gelungsur turun. Habis basah kuyup baju. Tak sangka dry slope tu basah juga kerana dicurah air untuk senang gelungsur.




Macam-macam gaya gelungsur!

Sayangnya, kami terpaksa pulang hari Ahad tu. Kalau ada lebih masa, sudah tentu boleh berziarah tempat-tempat seperti Durdle Door, Lulworth Cove dan Weymouth. Kami bertolak tengah hari jadi dapat juga melihat permandangan sekeliling macam ni ...



dan ini...

Terkenang Bubur Ayam di Geylang

Lama sudah tidak ke Geylang Serai...

Terngiang-ngiang lagu "Bas no. 13" oleh M Nasir. Dah masuk tiga tahun tak jejak Geylang. Tanya saja orang melayu Singapura. Mesti tahu macam mana nak pergi Geylang. Bukan saja ia menjadi pusat tumpuan waktu puasa dan raya, Pasar Geylang mampu menarik ramai orang sewaktu hujung minggu. Nenek saya dulu suka sangat beli belanja rumah di Geylang walaupun kami tinggal di Yishun.

Alahai, bosan sungguh nak ikut beli barang ni. Kalau kat rumah, boleh jugak tengok kartun. Apatah lagi, bila balik pasar mesti kena tolong kopek udang (tajam!) dan siang taugeh. Rasa macam kena siksa!

Nasib baik dapat upah bubur ayam istimewa. Sedap betul bubur ni. Bukan macam bubur ayam biasa. Bubur tu disiram dengan kuah soto, lengkap dengan ayam disiat dan sambal kicap cili. Tak ingat pulak kedai yang mana ~ cuma yang saya tahu gerai tu betul-betul dalam Pasar Geylang dan terletak kat tepi.

Jadi bila saya dapat rempah soto Dessa ni, saya cuba bikin :



Senang betul nak masak soto kalau rempah dah lengkap. Setakat rebus ayam dan siat. Lepas tu masak bubur. Dah siap, masukkan bubur dalam mangkuk, tambah kuah soto, ayam disiat, telur dadah dihiris, begedil, daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap cili. Lebih kurang macam ni lah...



Rasanya? Hmmm.. boleh lah terubat rindu sikit....

Lamanya tak blog....

Minta maaf kalau ada yang bosan. Dah lama betul tak kemaskini. Betul-betul malas dan penat lah..... saya baru tahu ni malas dan penat ada makna. Ada berita gembira. Bukan untuk saya sahaja, tapi untuk tiga rakan lain yang agak serentak juga jadual waktunya.

Hmmm.... selera betul-betul kelakar lah ~ sekejap nak makan asam pedas, sekejap nak makan steak, sekejap nak makan mee siam, sekejap nak makan tosai. Mana nak cari tosai murah kat London? Terpaksa pergi Selfridges Food Court; kena bayar £7.50 untuk satu tosai masala. Mak aii.. macam telan duit. Nasib baik sedap. Kalau tak sedap, mesti dah kena pelempang mama jual tosai tu.

Kalau takat nak makan cekodok (jemput-jemput) tu, senang lah.



Buka pek Cucur Adabi



Bancuh air, bawang, ikan bilis kalau nak sedap



Goreng dan bedal dengan sos cili Linggam. Sehingga menjilat kaki!