Terkenang Bubur Ayam di Geylang

Lama sudah tidak ke Geylang Serai...

Terngiang-ngiang lagu "Bas no. 13" oleh M Nasir. Dah masuk tiga tahun tak jejak Geylang. Tanya saja orang melayu Singapura. Mesti tahu macam mana nak pergi Geylang. Bukan saja ia menjadi pusat tumpuan waktu puasa dan raya, Pasar Geylang mampu menarik ramai orang sewaktu hujung minggu. Nenek saya dulu suka sangat beli belanja rumah di Geylang walaupun kami tinggal di Yishun.

Alahai, bosan sungguh nak ikut beli barang ni. Kalau kat rumah, boleh jugak tengok kartun. Apatah lagi, bila balik pasar mesti kena tolong kopek udang (tajam!) dan siang taugeh. Rasa macam kena siksa!

Nasib baik dapat upah bubur ayam istimewa. Sedap betul bubur ni. Bukan macam bubur ayam biasa. Bubur tu disiram dengan kuah soto, lengkap dengan ayam disiat dan sambal kicap cili. Tak ingat pulak kedai yang mana ~ cuma yang saya tahu gerai tu betul-betul dalam Pasar Geylang dan terletak kat tepi.

Jadi bila saya dapat rempah soto Dessa ni, saya cuba bikin :



Senang betul nak masak soto kalau rempah dah lengkap. Setakat rebus ayam dan siat. Lepas tu masak bubur. Dah siap, masukkan bubur dalam mangkuk, tambah kuah soto, ayam disiat, telur dadah dihiris, begedil, daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap cili. Lebih kurang macam ni lah...



Rasanya? Hmmm.. boleh lah terubat rindu sikit....

4 comments:

Mulan said...

mmmm yummyy.. sini pun tak dapat rempah soto tu!!! cili kicap tu buat sendiri ke atau kapal bawak masuk jugak? jeles ni...

melayudilondon said...

jangan jeles! tu sambal kicap senang nak bikin. kisar cili hijau 5 btg, bwg putih 2 ulas, tambah kicap manis. Kalau nak lebih "kick", tambah petis. woooo sedap!

Nani said...

Terkumpul air liur kat mulut awak tulis pasal bubur ayam ni tau...

Abih tu, awak tulis macam senang gitu nak buat....

Aiii ada telu dadar lagi...sungguh rajin... kalau kita masak, part garnishing ni, selalu tak berapa complete tapi awak kasi motivationlah...

melayudilondon said...

Hehehe telur dadar tu leftover goreng begedil. oooo kalau pakai rempah segera, memang senang. kalau nak buat dari mula tu... hmmm boleh pitam sikit.