Zombi Kampung Pisang



Semenjak kebelakangan ni, suami kemaruk muat turun pelbagai wayang gambar dan siri dari Veoh Mula-mula muat turun cerita kartun aje, lepas tu terserempak siri drama Korea yang memang sangat fofular dgn kalangan masyarakat Melayu. (maaf ye? saya belum tersangkut dgn cerita Korea!)

Lepas tu, terjumpa pulak macam-macam cerita Melayu termasuk lah wayang gambar Zombi Kampung Pisang ni. Baru je ditayangkan di pawagam pada 19 April 2007 dan diarah oleh Mamat Khalid.

Nampak trailer seperti di atas memang seram sikit. Eeeee.. bila babak malam2 di kampung dgn kabus, memang ada ternaik sikit bulu roma. Saya kan jenis penakut. Tapi jangan bimbang. Ini cerita kelakar seram. Ada banyak dialog lucu dan juga adegan cliche seperti rantai basikal rosak dan wayar telefon terputus apabila hero nak dapatkan pertolongan di tengah malam.

Ceritanya berkisah kematian-kematian aneh di suatu kampung. Ntah kenapa tetiba satu-persatu para penduduk kampung terus kejang dan mati. Pulak tu mayat terus hilang! Rupanya mayat2 tersebut bangun jadi zombi lah. Ala-ala hantu di filem Pendekar Bujang Lapok yang nak makan sate.

Permulaannya memang kelakar tapi jalan cerita tak begitu kuat di tengah-tengah. Adakala rasa bosan dan terpaksa forward sedikit. Nasib baik tengok kat komputer, kalau tengok siaran di TV, tak kuasa sikit.

Api! Api!

Pagi kelmarin terbau macam ada benda terbakar di luar pintu rumah. Bila buka pintu nak gi kerja.. alamak! apa ni berasap di kawasan tangga? Saya terus panik dan suami (ex-NS fireman dah) bergegas keluar untuk selidik. Alamak! Ada kebakaran ke?

Lahhhh... rupanya jiran baru pindah di basement sedang sembahyang! Di depan pintunya, siap tersedia dengan ayam golek bbq, nenas sebijik dan joss stick bernyala. Patutlah kuat asap and bau terbakar naik ke kawasan tangga. Seorang gadis Oriental (mungkin Thai atau China) sedang berdiri di pintu dan meminta maaf.

Dalam hati betul-betul nak tergelak! tak sangka boleh jumpa sembahyang mcm ni kat London. Kalau kat Singapore tu memanglah selalu.

Saya ceritakan pada KT dan AG. Berdekah-dekah ketawa. Tak tahan betul lah. AG ada ceritakan psl bagaimana ada seorang apek ni betul-betul benci kerana makanan sembahannya selalu kena baham dengan kucing. Kerana boring punya pasal, dia tukar ayam golek tu jadi ayam plastik. Huahahahahaah... agaknya sekarang mereka dah tak bakar duit kertas lagi kot? terus bakar kad kredit kertas?

Kawasan tangga di rumah berlapik permaidani. Jadi habislah hari-hari kemudian bau joss stick menusuk hidung. Yang peliknya, rumah bawah tu pulak banyak pengunjung lelaki. Dan minggu sebelumnya, ada mata-mata gelap tinggalkan kad untuk mengatakan flat tersebut bawah siasatan. Hmmmmm.....
.