Api! Api!

Pagi kelmarin terbau macam ada benda terbakar di luar pintu rumah. Bila buka pintu nak gi kerja.. alamak! apa ni berasap di kawasan tangga? Saya terus panik dan suami (ex-NS fireman dah) bergegas keluar untuk selidik. Alamak! Ada kebakaran ke?

Lahhhh... rupanya jiran baru pindah di basement sedang sembahyang! Di depan pintunya, siap tersedia dengan ayam golek bbq, nenas sebijik dan joss stick bernyala. Patutlah kuat asap and bau terbakar naik ke kawasan tangga. Seorang gadis Oriental (mungkin Thai atau China) sedang berdiri di pintu dan meminta maaf.

Dalam hati betul-betul nak tergelak! tak sangka boleh jumpa sembahyang mcm ni kat London. Kalau kat Singapore tu memanglah selalu.

Saya ceritakan pada KT dan AG. Berdekah-dekah ketawa. Tak tahan betul lah. AG ada ceritakan psl bagaimana ada seorang apek ni betul-betul benci kerana makanan sembahannya selalu kena baham dengan kucing. Kerana boring punya pasal, dia tukar ayam golek tu jadi ayam plastik. Huahahahahaah... agaknya sekarang mereka dah tak bakar duit kertas lagi kot? terus bakar kad kredit kertas?

Kawasan tangga di rumah berlapik permaidani. Jadi habislah hari-hari kemudian bau joss stick menusuk hidung. Yang peliknya, rumah bawah tu pulak banyak pengunjung lelaki. Dan minggu sebelumnya, ada mata-mata gelap tinggalkan kad untuk mengatakan flat tersebut bawah siasatan. Hmmmmm.....
.

3 comments:

Anonymous said...

Hi
Gembira terjumpa ruang saudari di ruang cyber ini. SAya sudah lama bermastautin disini dan jarang jumpa orang Melayu Singapura. Bila saya berbahasa Melayu selalu kena usik krn menggunakan bahasa persuratan. Tak sia-sia usaha guru sastera di maktab dulu.

Saya teringin berkenalan dgn puan. Saya boleh dihubungi di nbhosni@yahoo.com.

Mulan said...

haalloooo... hw r u? another month to go. ada jugak terbakar lidi sembahyang tu kat sana? aiyyaaaa...

melayudilondon said...

Hallo Mulan

Lagi 4-5 minggu je ni. sarat betul.

Hallo Anon

selamat datang! nanti saya email ye?