Berpuasa di London

Catitan ni khas untuk Amalia yang suka membaca pengalaman saya di rantau orang :

Setelah tujuh tahun berada di U.K., inilah tahun pertama jangka masa berpuasa kami sama seperti Singapura iaitu kami akan berbuka waktu hampir pukul 7 mlm. Pertama kali kami berpuasa di sini adalah pada musim sejuk - matahari tenggelam pukul 4 ptg jadi memang pendek jangka masa puasa tu. Pulak tu sejuk lagi. Tak payah perit menahan dahaga pada waktu tengahari panas seperti di Malaysia atau Singapura.

Walaupun jangka masa agak pendek, cabaran berpuasa di sini berlainan. Terutama sekali apabila kami pendatang baru - tak kenal sesiapa. Bukan saja terasa sayu berbuka tanpa keluarga, bukan main susah nak menerangkan pada teman-teman sekerja yang bukan Muslim. "You mean you don't eat anything? How about drinks?" Juga saya tak dapat bayangkan bagaimana agaknya bila kami akan berpuasa di waktu musim panas (summer) kerana matahari tenggelam selewat 10 malam dan imsak mungkin dalam pukul 2 pagi!

Setelah mengenali lebih ramai masyarakat Melayu di London, bulan Ramadan menjadi lebih seronok. Puasa hari pertama, ada buka percuma di restoran Mawar. Terawih kat surau Malaysia Hall pun ada moreh. Dan pada hujung minggu, ada juga teman2 bergilir-gilir masak untuk buka bersama. Dimana saya tinggal sekarang, sangatlah berdekatan dengan Edgware Road yang memangnya pusat untuk kaum Arab dan Lebanese. Jadi meriah betul suasana Ramadan.

Hari ini saya menerima sampul dari Islamic Aid meminta derma sempena Ramadan. Sekarang betul dah canggih -dah boleh menerima derma online dengan menggunakan kad kredit. Yang saya suka sangat bukan saja laman web ini boleh terima derma sedekah untuk kecemasan di Afghanistan, Bangladesh atau Lebanon. Ia juga menerima bayaran untuk Aqiqah (£90 utk anak lelaki dan £45 untuk anak perempuan), Korban (£45) dan juga zakat fitrah. Tak payah tolak tarik beras. Dan untuk yang tak sempat "bayar" balik puasa tahun lepas, laman ini juga menerima bayaran Fidyah. :-)

Selamat menyambut Ramadan

Kepada semua kengkawan yang membaca blog ini dan tamu yang terserempak, Selamat menjalankan Ibadah puasa! Kira hisab, kami kat U.K. ingat hari Minggu puasa - sampai dah buat janji nak bikin makan2 pre-puasa pada hari Sabtu. Tapi dah tengok anak bulan dan dapat sms dari ustaz (canggih tak?), kiranya 1 Ramadan jatuh pada Sabtu, 23 Sept.

Inilah juadah kami pada hari pertama berbuka. Roti kirai dgn kari ayam. Walaupun kari kurang garam sikit, tapi sambutan boleh tahan. Habis licin...






Inilah rupa Ramadan Countdown Calendar khas untuk anak-anak kecil. Ianya hampir serupa dengan Advent calendar Christmas yang popular di U.K. Cuma dah diubahsuai untuk Ramadan. Mungkin grafiks di depan boleh dibikin lebih menarik tapi tak apa lah. Asalkan ada....


Di belakang kotak ni, ada tarikh dari Ramadan day 1 sampai ke Ramadan day 29. Rupanya sikit macam tikam-tikam. Ada soalan agama yang mudah seperti "What do you say to end the fast" atau "Which Angel brought the word of God to the Prophet" hingga ke soalan seperti "Did you say your prayers today?" atau "Are we all equal in Islam?"


Dah jawab, boleh lah buka dapat coklat. Ni jari Alia ye? jadi coklat nampak besar sikit...
Lepas hari yang ke 29, ada kotak yang besar sikit "Eid Mubarak!"
Hmmm.. kalau ada entrepeneur sedang membaca blog ni, mungkin boleh import idea ini untuk keluarga di Singapura & Malaysia. Tak payah nak upah sehari $1 or RM1. Kalendar ini dikeluarkan oleh Kinnerton yang juga import ke Australia. Sebahagian dari hasil jualan kalendar ini didermakan kepada London Central Mosque Trust dan Islamic Cultural Centre. Mungkin dah terlambat untuk saya meng"import" utk kengkawan di Singapure. Mungkin tahun hadapan, kalau berjumpa Ramadan lagi ye? Insya Allah.

Berita dari Singapura

Sembang Siber...

kawan(dgn nada boring): darling!! ... kak S kahwin u tak bilang i pun? ?!

saya : hah? Kak S mana? Aku pun tak tahu.

kawan: Kak S___ lah .. siapa lagi ... betul ke you tak tau?

saya: hahahaha.. mana aku tahu? Dah lama tak get in touch

kawan: i thought you guys are in touch? aik? nope? what about bentayan? Bentayan didn't tell you?

saya: hahahahaha. tak…

kawan : I got the news today from SS. She said Bentayan should know and he should have told you!

saya(dengan nada blur): tak. tak email apa-apa pun. email pasal lain adalah

kawan: SS said bentayan should know because ....... pls end my sentence

saya: because of what? Because he's her "adik angkat”? because they were in U.K. together?

kawan: guess again lah ... please

saya: because he's her best man?
Tukang kendarat
tukang bikin air sirap?
tukang kipas?
tukang silat pengantin?

kawan: wakakkakakakakakak .. girl kau ni buat kelakar lah!! Isk!! It’s because she is married to him!

Maaf tak dapat sambung lagi transkripsi sembang siber ni kerana pada tahap ini, saya dah tergolek ketawa. Dah memang tak boleh masuk pertandingan lah. Semua tekaan tak betul. Yang paling dekat Tukang Silat Pengantin. Tak sangka yang jawaban yang betul adalah Pengantin!

Sepanjang hari in, saya senyum gembira. Kisah percintaan mereka berdua ni begitu romantis – bermakan dekad dan berhijrah antara dua benua. Dari sekolah menengah mereka berkenalan. Kak S adalah senior saya sewaktu sekolah dan Bentayan dari sekolah affiliate berdekatan.

Pada ketika itu, mereka hanya kawan biasa; menjadi adik dan kakak angkat. Kak S memang sayang pada Bentayan. Mereka pergi ke maktab rendah yang sama. Terkenang saya betapa pilu rasa Kak S apabila Bentayan hampir-hampir terpaksa berpindah ke maktab rendah yang lain. Berbisik syahdu pada diri sendiri “Adik, don’t leave! Please stay here”

Seperti filem “When Harry met Sally”, mereka mempunyai rakanita dan rakanwira yang lain. Tapi mereka tetap rapat. Kak S berpindah ke Malaysia untuk mengejar ijazah perubatan dan setelah beberapa tahun menjadi guru, Bentayan meneruskan pelajaran ke Loughborough U.K.. Kali akhir saya dapat tahu Kak S berada di U.K, juga untuk meneruskan pelajaran beliau

Memang kalau jodoh tak kemana.. Setelah selama 20 tahun berkenalan, menempuh segala ranjau dan duri, bertukar pasangan, berhijrah beribu batu, akhirnya mereka bersatu. Saya pernah berkata dengan Bentayan bahawa S adalah wanita yang paling setia padanya. Jadi sempena hari baik bulan baik ini, walaupun saya tak dapat berita langsung, jauh sekali terima kad undangan :) , saya dedikasikan catitan ini untuk Bentayan dan Kak S…..

Musim Buah

Bukan kat kampung saja yang ada musim buah. Bulan Ogos/September memang kemuncak musim buah di U.K. Cuma buah berlainan lah - tak ada durian, langsat atau rambutan.

Seperti tahun yang lepas, kami berduyun-duyun pergi petik buah di Garsons minggu lepas. Bukan budak-budak saja yang teruja, yang mak budak pun tak sabar nak pergi. Untuk orang bandar Singapura macam saya ni, hai...memang satu pengalaman yang unik. Di Singapura manalah nak nampak segala macam pokok buah hasil cucuk tanam. Tanam serai belakang rumah pun tak ada.

Perjalanan dari London mengambil masa kurang dari satu jam. Satu kelebihan Garsons dari Pick-Your-Own (PYO) farm yang lain adalah kerana ia banyak kemudahan seperti restoran, kedai menjual segala pokok bunga dan buah, perkakas dan hiasan kebun. Kedai runcit menjual hasil tanaman ladang juga ada.



Ladang dimana kita petik buah dan sayuran tu besar juga - terpaksa memandu kereta sekeliling. Kalau tak, lenguhlah nak berjalan. Perhentian pertama adalah tempat memetik sayuran seperti broccoli, cauliflower, cabbage merah, french beans, sugar snaps dan peas. Huh! tak pernah budak-budak lihat rupa pokok peas! Mereka ingat peas datang dalam plastic kat freezer saja. Baru tahu kena kopek dari sarung.



Bukan main seronok lagi mereka mengaut kentang dari tanah. Kotor kena lumpur pun tak perasan. Hah, ingat french fries tu dari McDonalds ke? Mesti ada orang kena kutiplah.





Kebetulan bunga dahlia juga ada dijual. Tak payah suruh lagi - dah terpetik dua tiga kuntum. Ada juga sunflower tapi sayang tak sempat.





Dari sayuran kita beralih ke buah-buahan. Melopong budak-budak melihat pokok epal dan pokok plum penuh sarat dengan buah. Plum pulak tu manis-manis. Ranum sangat dan boleh terus dimakan.

Tapi yang paling saya gemari adalah memetik jagung. Fuh! manis betul jagung tu. Tak payah masak pun dah sedap. Pokok jagung tu tinggi juga. Memang kalau diri kat tengah-tengah, serupa dengan adegan filem The Signs dan sewaktu dengannya. Kalau seorang-seorang, memang seram. Nasib baik ada budak-budak bikin kecoh. Aduhai! seronok betul petik jagung. Bukan main "garing" lagi bunyi jagung dipetik.




Dah berjam lamanya memetik tanaman ni, memang penat. Nasib baik ada ladang pumpkin ni yang boleh dibuat tempat duduk Cik Z and bebudak seketika. Kalaulah pekerja ladang tahu, mesti kena marah. hehehe. sekejap je... nak hilang penat. Akhir sekali, dapatlah bebudak ni memetik strawberi, buah kegemaran mereka. Tapi masuk bakul satu, masuk mulut satu. Manalah tauke ladang nak kaya..........

Tunggu punya tunggu....

Beberapa hari dahulu, satu pek dari Fedex tiba di rumah. Bukan main gembira saya! Yang ditunggu telah tiba


Dah termasuk tahap bertahun saya mencari hikmat menjual VCD/DVD melayu yang sedia menghantar ke U.K. Alahai, payahnya! Akhirnya dapat bertemu dengan Cinemashops.com. Boleh tahan hikmatnya walaupun websitenya tak begitu canggih. Dari segi range dan stock, memang luas. Jadi dapatlah saya dan teman-teman disini menonton filem melayu tanpa menunggu belah ikhsan orang di Singapura/Malaysia.

Atas cadangan kawan, saya juga menempah dua filem Melayu baru - GGPP (Gila Gila Pengantin Popular) dan Baik Punya Cilok. GGPP boleh tahan juga. Satu filem yang berdasarkan fenomena realiti t.v. Sampai nak pilih calon suami disaat-saat akhir nak nikah pun kena undian sms! Saya memang gemar dengan arahan Aziz M Osman dan seperti Alfred Hitchcock, dia juga membuat cameo dalam filem ini.

Hee! rasa macam tak sabar nak menonton filem-filem P Ramlee ni. Di sini memanglah istimewa sikit pasal di saluran tv, tak ada banyak ulangtayang filem begini. Ramai jugak kawan di sini mengeluh rindu dengan filem P Ramlee. Tak pulak tahu mengapa. Mungkin kerana rasa nostalgia. Bagi saya, saya selalu teringat kalau waktu kecil, menonton filem-filam begini di saluran RTM selepas Isyak, siap dengan bantal dan tilam terbentang. tak lupa keropok dalam tupperware. Kadangkala ada karipap tiga segi panas.

Kali ini tak ada keropok ikanlah, mungkin setakat Walker's Cheese and Onion crisps. Tapi kalaulah terjadi projek ikan air tawar saya untuk melangsungkan tayangan perdana filem2 P Ramlee di rumah, mungkin ada peluang nak makan ramai2 dengan rakan di sini. Kita tunggukan lah nanti.


Postcript:

Semasa menangkap gambar tadi, sempat saya ambil gambar koleksi DVD saya. Ni baru satu rak. Ada lagi satu. Ceh! makin banyak khazanah aku simpan sejak menetap disini.

Srikandi Cintaku - Bloodshed

Alahai... tak boleh terkata gembiranya dapat melihat video ini dalam youtube!

Memang lagu ini membawa seribu kenangan. Seperti lirik lagu ini, memang terserlah sekurun ingatan. Siapakah yang dapat melupakan kenangan cinta pertama walaupun telah disemadikan berkurun lamanya?

Selain dari melakar seribu kenangan, saya amat berminat dengan lirik lagu tulisan M Nasir. Bak kata pepatah generasi sekarang "power gedebak!" atau kata orang Msia "power giler..."

Yang kelakarnya, saya pernah menulis karangan bersandarkan lirik lagu ini sewaktu peperiksaan A level. Patutlah dapat B3! walaupun saya rasa karangan itu agak bagus - cuma bertema cinta saja. Apabila saya mengulangi kertas tersebut dan menulis composisi yang serious sikit, barulah dapat A1.....

Selamat Pengantin Baru!

Semenjak pengumuman tarikh perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K, bukan pengantin saja yang tunggu hari tersebut dengan berdebar-debar. Para media, peminat dan mak pak kepoh serata dunia termasuk di London ni pun macam tak sabar nak melihat betapa gahnya pernikahan dan persandingan pengantin popular ni.

Memang ada yang jemu betul dengan pelbagai liputan di sidang akhbar tentang perkahwinan Siti dan Datuk K - dari jumlah mas kahwin sampai ke kain yang dipakai untuk baju pengantin. Tiada butir yang terlalu kecil untuk dibuat khabar.

Terimakasih kepada Youtube, saya pun dapat menyaksikan pernikahan dan jamuan persandingan Cik Siti yang begitu gilang-gemilang. Mungkin lebih gemilang dari perkahwinan Yusry and Erra yang telah diabadikan dalam bentuk VCD. Ni belum termasuk majlis di Kuala Lipis, Pahang. Mungkin lagi gah terutama sekali ramai peminat Siti akan hadir.

Hebat! Memang hebat! Dari pengantin ke hiasan sampai ke nama-nama khas pelamin, menu dan hantaran sempena judul lagu-lagu Siti. Cukup hebat! Tapi yang amat menarik sekali adalah bagaimana semua persiapan dari pilihan tempat sampai ke baju pengantin bermanik 888 mutiara dapat siap dalam tempoh satu bulan. Para pengantin lain memang dah arif - kalau tak tempah tempat seawal setahun-dua mungkin belum tahu dapat dan baju tu kalau tak chope awal-awal, maknanya tak naik pelamin lah. Ini sudah magik! Agaknya patah riuk tangan penjahit, bersengkang mata para pereka baju dan entah berapa gelen kopi, Red Bull dan speed dah habis.

Bukan saja persiapan express, adat merisik, bertunang dan terus bernikah telah berlangsung dalam jangka masa 1 1/2 jam. Alhamdullilah..tak baik bertunang lama2. hehehehe... betul macam adegan pentas. Bukan saja gembar-gembur perkahwinan, tidak kurang juga kecoh penceraian Datuk K, ganjaran penceraian dan percutian bekas isteri Datuk K ke Australia dengan anak-anak dalam jangka masa yang sama.



Namun di tengah-tengah segala kekecohan ini, pengantin perempuan yang satu tetap tenang . Tak nampak stress atau cemas. Hanya ayu, jelita dan aman. Terserlah bagaimana teguhnya sikap professionalisme Siti yang tak nampak pun gementar. Tangan yang tersarung cincin pun tak terketar-ketar. Hanya airmata berair apabila mendakap ayahanda tercinta.

Sememangnya perkahwinan ini bagaikan satu fairy tale. Memang sudah masanya kita ada fairy tale princess tersendiri. Tak payah nak memuja-muja puteri kisah dongeng yang mata biru dan rambut perang. Tuan puteri kita tidak kurang ayunya dan tidak kurang anggunnya. Selamat pengantin baru Datin Siti dan Datuk K. Kami mendoakan agar bahagia yang berkekalan. Amin.

Upacara Lompat-Melompat Blog

Hari ini kita nak beriadah sekejap. Tak payah tukar baju sport atau warm up. Ini nak beriadah virtual je. Jom kita lompat-lompat blog.

Saya amat terharu membaca catitan2 Mak Andeh.Bukan senang nak jaga anak. Terutama sekali kalau lebih dari satu dan terpaksa bikin secara solo. Hai..saya jaga satu je dah pening apatah lagi kalau tiga. Tapi yang terserlah dalam catitan2 Mak Andeh adalah betapa dia menyayangi anak-anaknya, sifat positifnya dan cara kreatif dia mendidik anak seperti dalam catitan The Bird and The Child

Dari Mak Andeh, kita lompat ke Lily The Liverbird dengan catitannya sempena Hari Merdeka Jungjung Langit. Alahai.. nasib baik saya dah kahwin. kalaulah si Daud anak pak Beckham tu , isykhhhh...... tapi nampak gaya, dia suka yang perempuan yang kering-kering je, yang sekali ku tepis, bersepai tulang. Yang empuk macam tilam King Coil macam saya ni, kena mimpi saja lah.

Dari Lily The Liverbird, mari kita pegi Mamat Taiko ni. Perhentian terakhir buat hari ini. Lain kali kita lompat lagi, har....

Zaman Muda Zaman Remaja

Hai..tak disangka-sangka bukan saya seorang sahaja yang angau meninjau zaman remaja. Orang Jauh telah sudi mampir ke blog saya untuk menatap video lagu2 rock lama. Memang dah lama dia tidak mendengar lagu2 tersebut terutama lagu tangkap angau "Sketsa Sebuah Cinta" oleh May. Maklumlah kat sini ada BBC je, tak ada Radio Warna. Beliau juga membuat catitan tentang alam remaja - zaman tea dance dimana lagu2 begini begitu top

Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan sama sekolah, saya boleh dianggap "budak tak baik" iaitu budak markah tak bagus, tak habis homework dan tak pernah pass Add Maths (Oh tidak!! apa pasal tak dapat markah 1 macam Anita??) Setiap hari, baru nak Maghrib baru muncul kat rumah. Hari Sabtu dan cuti sekolah pun tak lekat kat rumah. Asyik kat sekolah ataupun bersantai kat Orchard Road. Nenek dan Atok asyik sebat je.

Tapi kalau nak banding dengan yang betul2 jahat tu, saya rasa saya budak baik lah. Tak masuk geng jahat, geng samseng atau geng kaki pukul. Makan dadah, minum arak jauh sekali. Tak balik sampai Maghrib kerana sehari suntuk di sekolah mengabdikan diri pada kegiatan2 Persatuan Bahasa Melayu (Perbayu). Ada saja lah - pertandingan dikir barat lah, tarian lah, taridra lah, bahas. Kira aktiviti sihat lah tu. Tak pergi tea dance - bukan kerana tak kesempatan tapi tak ada duit. Hehehe.
Itulah teori relativity saya hari ini.