Berpuasa di London

Catitan ni khas untuk Amalia yang suka membaca pengalaman saya di rantau orang :

Setelah tujuh tahun berada di U.K., inilah tahun pertama jangka masa berpuasa kami sama seperti Singapura iaitu kami akan berbuka waktu hampir pukul 7 mlm. Pertama kali kami berpuasa di sini adalah pada musim sejuk - matahari tenggelam pukul 4 ptg jadi memang pendek jangka masa puasa tu. Pulak tu sejuk lagi. Tak payah perit menahan dahaga pada waktu tengahari panas seperti di Malaysia atau Singapura.

Walaupun jangka masa agak pendek, cabaran berpuasa di sini berlainan. Terutama sekali apabila kami pendatang baru - tak kenal sesiapa. Bukan saja terasa sayu berbuka tanpa keluarga, bukan main susah nak menerangkan pada teman-teman sekerja yang bukan Muslim. "You mean you don't eat anything? How about drinks?" Juga saya tak dapat bayangkan bagaimana agaknya bila kami akan berpuasa di waktu musim panas (summer) kerana matahari tenggelam selewat 10 malam dan imsak mungkin dalam pukul 2 pagi!

Setelah mengenali lebih ramai masyarakat Melayu di London, bulan Ramadan menjadi lebih seronok. Puasa hari pertama, ada buka percuma di restoran Mawar. Terawih kat surau Malaysia Hall pun ada moreh. Dan pada hujung minggu, ada juga teman2 bergilir-gilir masak untuk buka bersama. Dimana saya tinggal sekarang, sangatlah berdekatan dengan Edgware Road yang memangnya pusat untuk kaum Arab dan Lebanese. Jadi meriah betul suasana Ramadan.

Hari ini saya menerima sampul dari Islamic Aid meminta derma sempena Ramadan. Sekarang betul dah canggih -dah boleh menerima derma online dengan menggunakan kad kredit. Yang saya suka sangat bukan saja laman web ini boleh terima derma sedekah untuk kecemasan di Afghanistan, Bangladesh atau Lebanon. Ia juga menerima bayaran untuk Aqiqah (£90 utk anak lelaki dan £45 untuk anak perempuan), Korban (£45) dan juga zakat fitrah. Tak payah tolak tarik beras. Dan untuk yang tak sempat "bayar" balik puasa tahun lepas, laman ini juga menerima bayaran Fidyah. :-)

4 comments:

Kak Teh said...

Semalam, semasa mengikut hidung membeli belah di China Town dan kemudian ke Soho terserempak dengan suami Melayu Di London. Kak Teh dok cari ikan sebab teringin nak masak macam tengok kat satu blog tu. Jumlah ikan, fresh dan murah drp Selfridges. Kak teh dah beli banyak mee kuning so kalau sesiapa yang teringin mee bandung cakap ajalah.

melayudilondon said...

Ahh.. KT, dia pun cerita terserempak dgn awak. hehehe

Nani said...

Terima Aceh...Saya memanglah seronok baca hal orang di rantauan sebab saya pun tinggal di rantau juga...rantau sendiri...tembok2 rumah saya nilah yg memisahkan saya dgn dunia luar. Nasib baik ada internet dan blog. Saya Sukaaaa.

Pergilah Sriperwira... cakaplah dgn Kak Teh pasal Mee Bandung...jgn malu2 nanti kempunan. Kalau kat S'pore ni, mana2 aje ada jual Mee Bandung, jgn cakap Mee Hoon ke Mee Kuning, Mee Teow Bandung pun ada...:)

yuRa said...

selama ini pernah tak awak berpuasa dalam musim panas? adooi. lama betul jangka masanya. ceritalah.