Bercakap Tentang Rock

Dalam melungsuri lelaman web, saya terserempak dengan artikel yang dibentangkan oleh Cik Shirlene Nordin berjudul The Mat Rokers. Artikelnya menghujahkan fenomena Mat Rockers yang merupakan salah satu subculture yang wujud di Singapura sejak tahun 70an. Artikelnya panjang sikit – maklumlah, ia merupakan kertas kerja sempena pembelajaran beliau dalam bidang Sosiologi di Universiti Nasional Singapura. Wah! Tak sangka Mat Rockers boleh jadi bahan kajian Sosiologi!

Saya amat tertarik bagaimana Cik Shirlene mengemukakan kebangkitan Mat Rock sebagai satu “pemberontakan” dua hala – pertama, terhadap ethiks Confucius/Chinese Capitalist yang memang dominan di Singapura dan kedua, terhadap etiks Melayu yang bersandarkan ciri-ciri keIslaman. Dengan penampilan rambut panjang, pakaian yang dikoyakkan, berlepak-lepak dengan guitar di bawah block, musik yang lantang and kedengaran bercelaru, "sex, drugs and rock and roll" memang imej rock begitu bertentang dengan kedua-dua ethiks ini.

Menurut Cik Shirlene, ramai mat melayu dulu menjadi mat rockers sebagai tindak balas terhadap masalah sosial dan ekonomi yang merundung masyarakat Melayu dahulu. Yang menariknya, apabila rock menjadi lebih komersial dan makin mendapat tempat dikalangan ramai sekaligus kenaikan prestasi masyarakat Melayu dalam tahun 90an , rock tidak lagi mejadi satu lambang ketidak-konformasi. Generasi muda baru mencari lain-lain genre musik untuk memberontak.

Setelah darah muda mula reda and setelah menjadi “mellow” ditelan usia, mat-mat rock yang dulu lepak di bawah kolong blok makin sedikit dan terus hilang. Di manakah perginya mereka? Ada yang muncul di ruangan siber di lagendarock.com dan guapunya.com dan ramai lagi akan muncul apabila ada konsert, filem atau drama berunsur rcok. Memang “Rock never dies!” hanya tidur sementara menunggu api semarak kembali.

MaafKan Kami, Cik Enon... Eh Cik Anon!


Wahai Cik adik jangan marah sangat
Sedangkan Nabi ampunkan umat
Kalau cik adik mukanya kelat
Ke lubang jendela kami nak lompat

Nandung nandung dayang sinandung
wahai saudari maafkan kami

Dua makcik boyan bertarung sengit!

Adegan lucu ini bermula dari catitan lepas saya dimana saya dengan tidak segan silunya menafikan saya ni minah rock. Terus terpacul komen dari Eksyen Tak Kenal "ngaku saja lah minah rock!" Apabila kawan saya yang satu lagi membaca komen "cemaran", bukan main berang lagi! Macam mak singa lindung anak. "Eh eh, mat roker mana dah sesat gi blog ni?" dan sepantas kilat dia menjawab komen tersebut dgn menggunakan nick Anon. Apa lagi? Eksyen pun bikin huru-hara, kasi nasi tambah suruh "rilek sua!"

Cue : Musik silat (teng teng teng teng trengtengteng teng teng x2)
Terbayang dua makcik boyan garang sedang singsing lengan macam nak tayang gelang mas baru.
Hah! Gaduh! Gaduh!

Kekekeke... rupanya ada pertarungan silat siber di dalam blog saya ni. wah, bukan main kontroversial! ni boleh membuatkan blog saya fofular! Yang kelakarnya Eksyen tak kenal tu memang kita kenal! Dan kedua-dua Anon dan Eksyen Tak Kenal ni adalah sahabat baik. Oleh kerana masing-masing pakai nick lain, maka memang tak kenal. Saya yang cam style tulisan mereka hanya dapat tergolek-golek ketawa. Nasib baik ni ruang siber jadi tak ada adegan pekik-memekik, tarik-menarik rambut dan P Ramlee di tengah-tengah "Sabar makcik sabar! makcik orang ada-ada!"

Kepada Anon, saya berterimakasih kerana bangkit membela kawan. Bukan senang nak berani bertemu musuh kerana kasih, walaupun kena ketawa tahap maksima. Dia dah cakap kalau betul ada mat rock tersesat beri komen tak elok, dia akan hunus pedang. Saya syorkan pakai rock kapak biar mat tu lentuk. Kepada Eksyen, ah lu pi rileks satu penjuru. nanti jap wa join pi cui tu marilyn mason punya video. Saab kita masuk youtube...

Lagi satu lagu rock



Hmmm.. dah lama benar tak tulis catitan yang bernas. minta maaf pasal terlalu sibuk melayari youtube, mencari zaman remaja saya *batuk kecil*. Ni lagu satu lagu rock kapak...

Akan ku bina istana untuk kita
dan menikmati gelombang cinta
di dada ku
dan di dada mu
degupan seiringan irama
ayuh! (heheheeh)

Kenapa sejak akhir-akhir ini saya suka sangat mencari lagu-lagu rock lama? adakah akibat pukulan filem "Rock"? Kalau lah ada orang yg tidak mengenali diri saya terserempak blog ni, mungkin dia ingat saya ni 100% minah rock atau minah karren. Tapi tak begitu ye? Citarasa lagu saya eklektik (ni betul ke eja?) Saya pun budak baik masa sekolah - kalau nampak dulu tak mungkin sangka saya suka lagu rock.

Wings, May & Lefthanded


Maaf jika klip rock saya membosankan! Ni pulak panjang sikit. nak dekat 10 minit! Tapi saya amat suka lagu Srikandi Cintaku yang hanya dimainkan di akhir klip ini. Apa nak buat?

Medley yang disampaikan oleh gergasi rock Awie, Mus and Nash merupakan lagu2 zaman persekolahan. Alahai.. manalah saya tak rasa sentimental?

Walaupun Abg Nash dah nampak mcm pakcik Nash and Awie mungkin tak sesegak dulu, tapi masih dapat membuat hadirin bersorak gembira. Tetapi bagi saya, saya tak sangka Mus makin mantap persembahan. Cara tarik nada and suara 100% rock habis.

Mengenangkan nasib diri di rantauan


Lagi satu 'hadiah' buat kawan-kawan tersayang. Sepi diri ini, aku sendiri lagi.

Sendiri (May)

Dulu saya ingat saya tak begitu gemar dengan lagu ini. Tetapi kebelakangan ini saya amat tertarik dgn suara Mus yang makin mantap dan begitu 'rock' untuk orang lama 'rock'. Saya juga terpikat dengan klip ini kerana ia menunjukkan para hadirin yang begitu asyik dan 'feeling' mendengar lagu.