Bercakap Tentang Rock

Dalam melungsuri lelaman web, saya terserempak dengan artikel yang dibentangkan oleh Cik Shirlene Nordin berjudul The Mat Rokers. Artikelnya menghujahkan fenomena Mat Rockers yang merupakan salah satu subculture yang wujud di Singapura sejak tahun 70an. Artikelnya panjang sikit – maklumlah, ia merupakan kertas kerja sempena pembelajaran beliau dalam bidang Sosiologi di Universiti Nasional Singapura. Wah! Tak sangka Mat Rockers boleh jadi bahan kajian Sosiologi!

Saya amat tertarik bagaimana Cik Shirlene mengemukakan kebangkitan Mat Rock sebagai satu “pemberontakan” dua hala – pertama, terhadap ethiks Confucius/Chinese Capitalist yang memang dominan di Singapura dan kedua, terhadap etiks Melayu yang bersandarkan ciri-ciri keIslaman. Dengan penampilan rambut panjang, pakaian yang dikoyakkan, berlepak-lepak dengan guitar di bawah block, musik yang lantang and kedengaran bercelaru, "sex, drugs and rock and roll" memang imej rock begitu bertentang dengan kedua-dua ethiks ini.

Menurut Cik Shirlene, ramai mat melayu dulu menjadi mat rockers sebagai tindak balas terhadap masalah sosial dan ekonomi yang merundung masyarakat Melayu dahulu. Yang menariknya, apabila rock menjadi lebih komersial dan makin mendapat tempat dikalangan ramai sekaligus kenaikan prestasi masyarakat Melayu dalam tahun 90an , rock tidak lagi mejadi satu lambang ketidak-konformasi. Generasi muda baru mencari lain-lain genre musik untuk memberontak.

Setelah darah muda mula reda and setelah menjadi “mellow” ditelan usia, mat-mat rock yang dulu lepak di bawah kolong blok makin sedikit dan terus hilang. Di manakah perginya mereka? Ada yang muncul di ruangan siber di lagendarock.com dan guapunya.com dan ramai lagi akan muncul apabila ada konsert, filem atau drama berunsur rcok. Memang “Rock never dies!” hanya tidur sementara menunggu api semarak kembali.

10 comments:

Anonymous said...

waah! lu sua salah beb!

kita orang tak cakap "rock never dies!"

kita cakap "ROCK NEVER DIE!!!". lu ingat kita rockers ada peduli sama grammar ka? ini pon satu pemberontakan!

kalau lu silap cakap lagi - pon kita orang mau berontak. \m/

Nani said...

Sidetrack sikit : Kalau tak silap, penulis artikel itu ialah kakak kepada seorang kenalan kita dari RI dulu.

melayudilondon said...

ah ye ke, cik amalia? sapa? kita tak tahu.

Nani said...

Dia ahli boria, bapaknya nama Noordin (obviously) dan namanya mula dengan huruf `S'. Dia selalu bersama-sama FR dan org yg Anita minat...dulu...tekalah.

yuRa said...

hanya gambaran seorang 'mamat' saja yang bermain di benak (benak sey!) saya. wahaha.

adakah dia pernah berkasih-kasihan dengan salah seorang dari 'sister in learning' kita?

Anonymous said...

oooiii.... gossip eh....

yuRa said...

kita sedang main teka teki, kan? :p

Kak Teh said...

kalau pasal rock susahlahkak teh nak komen. Kak teh ni masih terperangkap zaman zaman R Azmi.

melayudilondon said...

Alah Kak Teh, saya tahu awak tu suka sangat dgn Alleycats. Sampai Awang Goneng kena bikin "look into my eyes...look into my eyes.. not around my eyes...you will hate Alleycats. Kebetulan R Azmi, teringat saya "Dari kerana mata yang mempunyai kuasa..."

hah amalia saya masih blur

High Power Rocketry said...

: )