Musim Buah

Bukan kat kampung saja yang ada musim buah. Bulan Ogos/September memang kemuncak musim buah di U.K. Cuma buah berlainan lah - tak ada durian, langsat atau rambutan.

Seperti tahun yang lepas, kami berduyun-duyun pergi petik buah di Garsons minggu lepas. Bukan budak-budak saja yang teruja, yang mak budak pun tak sabar nak pergi. Untuk orang bandar Singapura macam saya ni, hai...memang satu pengalaman yang unik. Di Singapura manalah nak nampak segala macam pokok buah hasil cucuk tanam. Tanam serai belakang rumah pun tak ada.

Perjalanan dari London mengambil masa kurang dari satu jam. Satu kelebihan Garsons dari Pick-Your-Own (PYO) farm yang lain adalah kerana ia banyak kemudahan seperti restoran, kedai menjual segala pokok bunga dan buah, perkakas dan hiasan kebun. Kedai runcit menjual hasil tanaman ladang juga ada.



Ladang dimana kita petik buah dan sayuran tu besar juga - terpaksa memandu kereta sekeliling. Kalau tak, lenguhlah nak berjalan. Perhentian pertama adalah tempat memetik sayuran seperti broccoli, cauliflower, cabbage merah, french beans, sugar snaps dan peas. Huh! tak pernah budak-budak lihat rupa pokok peas! Mereka ingat peas datang dalam plastic kat freezer saja. Baru tahu kena kopek dari sarung.



Bukan main seronok lagi mereka mengaut kentang dari tanah. Kotor kena lumpur pun tak perasan. Hah, ingat french fries tu dari McDonalds ke? Mesti ada orang kena kutiplah.





Kebetulan bunga dahlia juga ada dijual. Tak payah suruh lagi - dah terpetik dua tiga kuntum. Ada juga sunflower tapi sayang tak sempat.





Dari sayuran kita beralih ke buah-buahan. Melopong budak-budak melihat pokok epal dan pokok plum penuh sarat dengan buah. Plum pulak tu manis-manis. Ranum sangat dan boleh terus dimakan.

Tapi yang paling saya gemari adalah memetik jagung. Fuh! manis betul jagung tu. Tak payah masak pun dah sedap. Pokok jagung tu tinggi juga. Memang kalau diri kat tengah-tengah, serupa dengan adegan filem The Signs dan sewaktu dengannya. Kalau seorang-seorang, memang seram. Nasib baik ada budak-budak bikin kecoh. Aduhai! seronok betul petik jagung. Bukan main "garing" lagi bunyi jagung dipetik.




Dah berjam lamanya memetik tanaman ni, memang penat. Nasib baik ada ladang pumpkin ni yang boleh dibuat tempat duduk Cik Z and bebudak seketika. Kalaulah pekerja ladang tahu, mesti kena marah. hehehe. sekejap je... nak hilang penat. Akhir sekali, dapatlah bebudak ni memetik strawberi, buah kegemaran mereka. Tapi masuk bakul satu, masuk mulut satu. Manalah tauke ladang nak kaya..........

4 comments:

yuRa said...

wah.. seronok!

Nani said...

Ada je aktiviti menarik yg boleh awak sekeluarga buat kat sana eh... Kita kat sini asyik2 Zoo...kalau tak shopping...

Tapi si Ayu tu boleh tahan jugak, pergi tengok racing kat M'sia.

yuRa said...

hahah .. si ayu tu memang macam gitu. :p

cik amalia, kita serupa. kalau tak zoo - playground. kalau tak playground - library. kalau tak library - swimming complex. kalau tak swimming complex - shopping mall! *bleagh*

Nani said...

Kita serupa....kita serupa....