Tunggu punya tunggu....

Beberapa hari dahulu, satu pek dari Fedex tiba di rumah. Bukan main gembira saya! Yang ditunggu telah tiba


Dah termasuk tahap bertahun saya mencari hikmat menjual VCD/DVD melayu yang sedia menghantar ke U.K. Alahai, payahnya! Akhirnya dapat bertemu dengan Cinemashops.com. Boleh tahan hikmatnya walaupun websitenya tak begitu canggih. Dari segi range dan stock, memang luas. Jadi dapatlah saya dan teman-teman disini menonton filem melayu tanpa menunggu belah ikhsan orang di Singapura/Malaysia.

Atas cadangan kawan, saya juga menempah dua filem Melayu baru - GGPP (Gila Gila Pengantin Popular) dan Baik Punya Cilok. GGPP boleh tahan juga. Satu filem yang berdasarkan fenomena realiti t.v. Sampai nak pilih calon suami disaat-saat akhir nak nikah pun kena undian sms! Saya memang gemar dengan arahan Aziz M Osman dan seperti Alfred Hitchcock, dia juga membuat cameo dalam filem ini.

Hee! rasa macam tak sabar nak menonton filem-filem P Ramlee ni. Di sini memanglah istimewa sikit pasal di saluran tv, tak ada banyak ulangtayang filem begini. Ramai jugak kawan di sini mengeluh rindu dengan filem P Ramlee. Tak pulak tahu mengapa. Mungkin kerana rasa nostalgia. Bagi saya, saya selalu teringat kalau waktu kecil, menonton filem-filam begini di saluran RTM selepas Isyak, siap dengan bantal dan tilam terbentang. tak lupa keropok dalam tupperware. Kadangkala ada karipap tiga segi panas.

Kali ini tak ada keropok ikanlah, mungkin setakat Walker's Cheese and Onion crisps. Tapi kalaulah terjadi projek ikan air tawar saya untuk melangsungkan tayangan perdana filem2 P Ramlee di rumah, mungkin ada peluang nak makan ramai2 dengan rakan di sini. Kita tunggukan lah nanti.


Postcript:

Semasa menangkap gambar tadi, sempat saya ambil gambar koleksi DVD saya. Ni baru satu rak. Ada lagi satu. Ceh! makin banyak khazanah aku simpan sejak menetap disini.

4 comments:

yuRa said...

bersih dan teratur sungguh rak dvd anda! selamat menonton. :)

Nani said...

Hmmm...Khidmat atau hikmat?

Koleksi DVD awak sungguhlah banyak..tersusun rapi lagi. Rajin orang London berkemas.

melayudilondon said...

Hahahahah khidmat.
Hikmah pulak

Ah kita tak selalu tengok wayang kat sini. Tiket mahal sangat. Seorang £10 ($28.00). tu belum termasuk air + popcorn & sewaktu dgnnya. Tu pun tak pasti yang si kecik tu duduk diam

Kalau masa sale, dvd baru je £6.99 ke, £3.99 jadi takyah lah gi tengok wayang. hehehehe

yuRa said...

waaah ... kat sini tiket wayang mahal tapi tak lah semahal london! SGD30! *pengsan* dvd pun mahal. tapi dvd haram, murah. heheh