Selamat Pengantin Baru!

Semenjak pengumuman tarikh perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K, bukan pengantin saja yang tunggu hari tersebut dengan berdebar-debar. Para media, peminat dan mak pak kepoh serata dunia termasuk di London ni pun macam tak sabar nak melihat betapa gahnya pernikahan dan persandingan pengantin popular ni.

Memang ada yang jemu betul dengan pelbagai liputan di sidang akhbar tentang perkahwinan Siti dan Datuk K - dari jumlah mas kahwin sampai ke kain yang dipakai untuk baju pengantin. Tiada butir yang terlalu kecil untuk dibuat khabar.

Terimakasih kepada Youtube, saya pun dapat menyaksikan pernikahan dan jamuan persandingan Cik Siti yang begitu gilang-gemilang. Mungkin lebih gemilang dari perkahwinan Yusry and Erra yang telah diabadikan dalam bentuk VCD. Ni belum termasuk majlis di Kuala Lipis, Pahang. Mungkin lagi gah terutama sekali ramai peminat Siti akan hadir.

Hebat! Memang hebat! Dari pengantin ke hiasan sampai ke nama-nama khas pelamin, menu dan hantaran sempena judul lagu-lagu Siti. Cukup hebat! Tapi yang amat menarik sekali adalah bagaimana semua persiapan dari pilihan tempat sampai ke baju pengantin bermanik 888 mutiara dapat siap dalam tempoh satu bulan. Para pengantin lain memang dah arif - kalau tak tempah tempat seawal setahun-dua mungkin belum tahu dapat dan baju tu kalau tak chope awal-awal, maknanya tak naik pelamin lah. Ini sudah magik! Agaknya patah riuk tangan penjahit, bersengkang mata para pereka baju dan entah berapa gelen kopi, Red Bull dan speed dah habis.

Bukan saja persiapan express, adat merisik, bertunang dan terus bernikah telah berlangsung dalam jangka masa 1 1/2 jam. Alhamdullilah..tak baik bertunang lama2. hehehehe... betul macam adegan pentas. Bukan saja gembar-gembur perkahwinan, tidak kurang juga kecoh penceraian Datuk K, ganjaran penceraian dan percutian bekas isteri Datuk K ke Australia dengan anak-anak dalam jangka masa yang sama.



Namun di tengah-tengah segala kekecohan ini, pengantin perempuan yang satu tetap tenang . Tak nampak stress atau cemas. Hanya ayu, jelita dan aman. Terserlah bagaimana teguhnya sikap professionalisme Siti yang tak nampak pun gementar. Tangan yang tersarung cincin pun tak terketar-ketar. Hanya airmata berair apabila mendakap ayahanda tercinta.

Sememangnya perkahwinan ini bagaikan satu fairy tale. Memang sudah masanya kita ada fairy tale princess tersendiri. Tak payah nak memuja-muja puteri kisah dongeng yang mata biru dan rambut perang. Tuan puteri kita tidak kurang ayunya dan tidak kurang anggunnya. Selamat pengantin baru Datin Siti dan Datuk K. Kami mendoakan agar bahagia yang berkekalan. Amin.

1 comment:

Nani said...

Peristiwa diantara Erra dan Yusry masih menyedihkan saya..Saya harap pernikahan Siti ni berkekalanlah hendaknya.