Zombi Kampung Pisang



Semenjak kebelakangan ni, suami kemaruk muat turun pelbagai wayang gambar dan siri dari Veoh Mula-mula muat turun cerita kartun aje, lepas tu terserempak siri drama Korea yang memang sangat fofular dgn kalangan masyarakat Melayu. (maaf ye? saya belum tersangkut dgn cerita Korea!)

Lepas tu, terjumpa pulak macam-macam cerita Melayu termasuk lah wayang gambar Zombi Kampung Pisang ni. Baru je ditayangkan di pawagam pada 19 April 2007 dan diarah oleh Mamat Khalid.

Nampak trailer seperti di atas memang seram sikit. Eeeee.. bila babak malam2 di kampung dgn kabus, memang ada ternaik sikit bulu roma. Saya kan jenis penakut. Tapi jangan bimbang. Ini cerita kelakar seram. Ada banyak dialog lucu dan juga adegan cliche seperti rantai basikal rosak dan wayar telefon terputus apabila hero nak dapatkan pertolongan di tengah malam.

Ceritanya berkisah kematian-kematian aneh di suatu kampung. Ntah kenapa tetiba satu-persatu para penduduk kampung terus kejang dan mati. Pulak tu mayat terus hilang! Rupanya mayat2 tersebut bangun jadi zombi lah. Ala-ala hantu di filem Pendekar Bujang Lapok yang nak makan sate.

Permulaannya memang kelakar tapi jalan cerita tak begitu kuat di tengah-tengah. Adakala rasa bosan dan terpaksa forward sedikit. Nasib baik tengok kat komputer, kalau tengok siaran di TV, tak kuasa sikit.

3 comments:

Mulan said...

oohh... cite seram bukan la my fav.. i was forced to watch jangan pandang belakang by ahmad idham, aaiiiyooo susah mau turun kitchen sorang2. my son ikut i, penakut but marsha ni very brutal sikit, berani.!! dah sakit2 ke..?? take care ok..

pB said...

Salam ....

Cerita melayu hantu yang last pB tengok ialah Jangan Pandang Belakang ...

Sampai sekarang still dok terfikir fikir apa yang scary sgt ttg cerita itu .....

Dah lah masa pengambaran ada sorang pelakon aksi lagak nyer yang meninggal sebab jatuh ...

HH said...

Saya baru tengok - best jugak! tapi bila dah nak habis, the excitement pun mulai kering.

Adat pembikin wayang Melayu - hujan tak sampai ke petang?