Yang ditunggu dah tiba...

Sehari selepas Hari Merdeka Malaysia, Karnival Malaysia telah berlansung di Brickendonbury. Huh! jauh gak tempat tu. Kena naik kereta ke sana. Seronok lah dapat berjumpa ramai rakan-rakan Malaysia sambil berpicnic.

Memang baik gerai menjual juadah dari nasi lemak ke aiskrim potong tapi maklumlah.. Melayu! mesti kena bawa juga tikar untuk dibentang bersama periuk belanga berisi mi, nasi goreng dan macam-macam lagi.

Yang saya suka amat ada gak gerai jual durian! Isi durian D24 yang sudah di vacuum-packed dalam kotak dan dibeku. Harga £3.50 tu kira tutup mata je lah. Saya beli dua kotak dan bila sampai rumah, terus bedal. Dah tak beku lagi lah - malah sejuk je macam baru keluar peti sejuk. Sedap!

Puas sungguh makan durian sampai menjilat jari tu.... Menurut ramalan patik, sebab makan durian tu lah, terus waterbag saya pecah malam tu jugak dan saya terberanak... hehehehe

5 comments:

yuRa said...

hahahah .. banyak juga tau cerita 'beranak selepas makan durian' ni. nampaknya awak pun tersampuk jugak! :) tahniah ye!

Mulan said...

dah beranak ke..??? hope both mum & baby sihat walafiat..!!!

melayudilondon said...

Tima kasih tima kasih
ye, cik mulan.. i dah terberanak dah. huuuh! lupa macam main sakit nak terberanak ni. ampun tak moh lagi

Anonymous said...

Dapat puteri baru? Tahniah dan syabas :-)

Anonymous said...

Tahniah atas kedatangan ahli keluarga yang terbaru :-)

Selamat tak tidur malam heheheh....