Besi ohhhh besi....

Ni saya terserempak catitan Orang Jauh pasal bahas terkini di Malaysia. Rupa-rupanya ada tokoh agama di Utusan yang menyarankan pemakaian cawat besi untuk mengelak kes-kes perogolan. Ah? Apa? Betul ke? *garuk kepala*

Laman di Utusan juga sediakan undian bagi membanci pandangan para pembaca terhadap cadangan ini. Lebih 44.4% mengundi hukuman lebih keras terhadap perogol tapi seramai 21.9% setuju dgn cadangan ini dan menyokong saranan supaya dikaji dengan lebih serius. Yang saya tergelak adalah salah satu pilihan yang boleh diundi adalah "Sedangkan peti besi boleh dibuka, inikan pula cawat besi..."

Alahai... bukan senang nak jadi wanita. Dah lah kena bertanggungjawab menjaga diri dan keluarga, beranak macam nyawa hujung pedang, didik anak, berkerja... ni kena pakai cawat besi lagi? Semena-mena untuk melindung diri dari nafsu serakah kaum lelaki.

Aiseymen! Tak kan tanggungjawab menahan nafsu ni bulat-bulat atas bahu wanita? Dan kalau lah memang dah "nak.." , bukan saja cawat besi, cawat konkrit pun belum tentu boleh menjadi penghalang.

Cuba kita fikirkan implikasi praktikal memakai cawat besi. Seperti dihujah cik OJ, siapa nak pegang kunci? Tak kan nak bawa dalam tas tangan. Dah tak logik lah kalau dah susah payah pakai cawat besi, lepas tu senang-senang kunci boleh didapati. Kalau nak suruh orang lain pegang kat rumah, apa jadi kalau nak terbuang air yang tidak boleh ditahan-tahan lagi?

Mungkin baik kalau duit nak pasang cawat besi tu kita gunakan untuk mengajar kaum wanita seni mempertahankan diri. Hmmm.. ataupun ide terbalik saya ni... Oleh kerana punca kes-kes perogolan adalah kerana nafsu kaum lelaki yang tak boleh dibedung, bagaimana jika kaum lelaki pulak yang pakai cawat besi? Bukan saja untuk mencegah mereka merogol tapi ada juga kes lelaki dirogol; jadi sekali jalan lah.

5 comments:

Mulan said...

memang!!! i sarankan cawat besi tu untuk orang lelaki!!! depa yg tak senonoh!!

Mulan said...

you've been tagged. pls see my blog!!

melayudilondon said...

aduhmak.. terkena jugak aku. hmmmmmm ni kena pikir ni

nidz said...

kah kah kah. i setuju dengan pendapat you. darah i pun naik dengar the nonsensical cadangan. just proves that we shouldn't let fanatical ulama (so-called) hijack our religion. seram betul bila i think what other ignorant proposals they may have and how some people bulat-bulat trust these women-haters.

melayudilondon said...

Tu ah... seram!! kalau yang mendengar "cadangan" ni orang yang boleh berfikir, takpe jugak. Kalau yang mendengar tu orang yang terima bulat2, macam mana?? Mungkin ramai yang cakap "oooo betul tu!" just because he is a noted religous figure.