Mari Makan Dhosai

Dosai... Dhosai... Tosei... Dosa...

Mana satu yang betul saya tak tahu. Saya tahu tosei je. Dah lama tak makan ni. Makanan India memang banyak terdapat di London. Sedap-sedap pulak tu. Tetapi selalumya dari daerah Utara. Kalau nak makan naan dan keema memang senang cari. Yang susah cari adalah makanan India dari Selatan seperti uthuppam, idly, tosei, rasam. Nasib baik juga terserempak Chennai Dosa




Wah.. bila masuk je, memang nampak tulin lagi asli. Dari cara susunan kerusi meja, gambar kat dinding, kaunter tempat pesan makan, semua nampak macam tempat makan India di Singapura atau Malaysia. Ramai juga orang Tamil datang makan.

Bila kita teliti menu, senang sangat hati pasal harganya berpatutan. Dhosai masala hanya £1.99; tak lah £7.50 seperti di Selfridges. Berjela-jela menu. Dhosainya saja nak dekat beberapa jenis. Yang paling menarik ada dhosai saiz keluarga (family size dhosai). Apa lagi? Kita pesan satu dan rupanya macam ni...



Katanya 6 kaki panjang. Sepanjang dua meja. Tiga orang pelayan terpaksa bawa sekaligus.



Dah ambil gambar, apa lagi? Kita bedal lah. Dhosainya ranggup, macam makan kuih kapit sampai penat kunyah. Sambarnya dan kentang masalanya sedap. Ada juga sampingan lain.

Kita juga pesan idli dengan kuah kari kambing yang pekat dan berperisa. Nasi tomatonya lain dari yang lain kerana ada daum kari dan cili kering ditumis sekali. Cuma briyaninya saja yang tak sedap dan tak ada teh tarik. Jadi sesiapa nak makan dhosai 6 kaki, silalah pergi ke Chennai Dosa.

9 comments:

Anonymous said...

Mak ai,pjngnya dhosai, sampai 6 kaki ye? saya lum pernah makan lagi.seronok tgk akak di bumi london :)

Mulan said...

wallaaaa.. panjang nya. tak pecah ke bila sampai ke meja? canggih lor london, sini pon tarak tosei.

melayudilondon said...

mulan - heheheh tu yang saya kagum sangat tengok. Yang saya terfikir betapa besar lah kuali.

raiyan - seronok jugak kat sini tapi masih rindu tanah air. isyhhhh sentimental pulak aku ni

Anonymous said...

Salam. First time melawat yr blog...interesting.
Sure datang lagi nanti:)

yuRa said...

waaah .. sampai juga ke sana ye? :)

amacam? ramai orang tak? kena tunggu lama sebelum order sampai?

agaknya sama tak rasanya seperti di komalavilas? hehe

melayudilondon said...

Hazia, selamat datang!

yura - sampai you! jangan tak sampai! ramai orang tapi nasib baik dapat tempat duduk utk 8 orang. ooooo tak sama macam komala villas. Komala villas ada banana leaf.

Anonymous said...

hey you...
Alamak ada tag ye...
Eh lupa. Saya dan husband pon sangat sukaaaa sangat chennai dosa! Tentunya sbb ianya hanya 30 minutes dari kent, dan ianya sangat murah! Dan yg penting, sangat sangat sedap!!! Paling saya suka onion rava masala dosa... mmg sedappppppppp sangat.
Aduh, bila nak ke singapore ye nak makan di komala's?????

melayudilondon said...

Mar! apalah nasib I! baru kenal you, you gi Msia pulak. kalau tak, boleh ada geng masak-masak.

Ada Chennai Dosa kat Kent? bestnye! kita kena pergi kat Wembley lah. Sedap betul. tapi briyani dia tak sedap lah.

Har, bila nak gi Spore? mesti yura tertunggu-tunggu. kita boleh recommend tempat makan kat spore.

Anonymous said...

shikin,
Bukan in kent, tapi in east ham lah you.... only 30 minutes jek from our home....
Haaa bila saya pegi, mesti cari yura punya!