Pemasak Hotdog Tak berlesen

Tengok apa saya jumpa di Selfridges...



Halal Jumbo Hotdogs! Isykhh.. dah lama teringin nak makan ni. Dulu banyak penjual hotdog haram di London. Bersepah! Bau bawang digoreng layu memang mengancam. Tapi rata-rata semua hotdog tu tak halal dan penjual semua tak berlesen. Tu lah yang saya katakan mereka ni penjual hotdog haram! Waahahahaha....

Saya pernah cuma menggunakan hotdog biasa tapi macam tak syok. Jadi gembira betullah dapat hotdog sebegini. Bertambah ceria apabila saya membaca senarai bahan2 tertera :





75% daging. Elok lah tu. Kalau jenama biasa selalunya 30-40% daging campuran, 10% lemak atau kulit ayam, lagi 30% -40% ayam mechanically retrieved (ie. segala mcm rangka ayam direbus dan dikisar), pelbagai bahan fillers dan E numbers berjela-jela.

Saya masak simple je. Rebus hotdog, goreng dgn barbecue sauce sekejap dan terus angkat untuk dikepit dgn roti. Bawang goreng layu tak dilupa dan terus dihias dgn mustard dan hotdog.

4 comments:

Mulan said...

boley habis ka? expired 14 dec 06 tu!!!! looks yummy tu... sini pun tak ada hotdog halal.. gotta angkut from msia..

Kak Teh said...

apa kata kita bertemasya dan bergumbira pada hujung minggu? Tolong beritau apa nak makan.

melayudilondon said...

Mee Bandung! Mee Bandung! nanti saya bikin Roti John ye?

Nani said...

Wah semenjak di rantauan ni,pandai awak memasak ye...