Roti Boyan Orang London Malas

Dah lama sangat tak makan roti boyan ni. Ikut bertahun jugak. Masih balik Singapura sewaktu Ramadan, begitu gembira nampak roti boyan begitu gah dijual di Bazaar Geylang. Sebenarnya saya lama tak masak kerana malas dan tak faham nak uli bahan untuk kulit tepung tu. Tengah belek-belek resepi, terlintas pulak ide untuk menggunakan roti canai segera. Inilah roti boyan orang London malas.....




Bahan-Bahan
Isi ayam diperap dgn lada putih & garam sedikit.
2 Kentang sederhana besar
1 bawang merah dihiris dadu kecil
daun sup dan bawang sedikit kalau suka
4 biji telur
kulit roti prata segara
garam dan lada putih


Cara membuat
Isi ayam digoreng dengan minyak sedikit dan ketepikan. Kentang dikupas kulit, dipotong dadu dan di rebus sampai masak. Tos dan lenyek kentang yang dah dimasak. Masukkan ayam, daun sup, daun bawang, bawang merah, pecahkan telur dan lenyek lagi. Tambah garam and lada putih secukup rasa.

Ambil kulit roti prata segera yang dah di nyah beku. Letak isi ditengah. Lapik lagi satu kulit di atas and kelim tepi seperti epok-epok. Goreng dgn minyak sedikit hingga kekuning-kuningan.



Sedap dicicah dgn sambal ikan bilis. Kalau tak ada tu, sila lah bikin sambal cili segera ni.

Sambal segara serbaguna
Cili merah hidup 5 batang, dikisar. Campur tomato sos dan sos cili bawang putih. Tambah gula secukup rasa dan sedikit air panas untuk mencairkan sambal. Sambal ni sedap juga kalau makan dgn roti john dan yong tau foo.

7 comments:

Kak Teh said...

wah orang london malas seorang lagi akan mencuba dengan sesungguhnya! sekarang memang musim malas dan resipi malas sebeini sangat-sangatlah dialu-alukan.

Mulan said...

wuuiii.. yumm yumm...
mdl, sori..!! i lupa pasal kena tag tu. punya la dok cari lagu2 yg paling nostalgic, sampai lupa keje2 kena tag tu.

u camna? mummy + baby sihat ke, bila due?? take care ya..

melayudilondon said...

Hallo mulan, lama tak nampak! i sihat je and due in september.

Anonymous said...

kak, sedapla nampak resepi ni. tgk gambar roti ni pun leh terliur la memalam gini. nak try la resepi ni!
akak pregnant ke? tahniah!!

melayudilondon said...

Hallo Raiyan
Sila lah cuba. tak susah dan sedap! hehehehe. lagi 3 bulan lagi ni...

jazrul said...

kalau lapar lagi sedap
malaysia seo

fauzi said...

nanti saya pun nak cuba

web design