Mencari Yong Tau Foo di Chinatown

Selepas membaca catitan Kak Teh tentang Soho, teringin pulak saya pergi ke sana. Lagipun tengah buntu - tak tahu apa kah patut disediakan untuk santapan berbuka. Mmm..kalau pengena Yong Tau Foo pun macam best.



Inilah gerbang menuju ke Chinatown. Alahai ramainya orang - dari yang nak membeli-belah seperti saya hingga ke para pelancung. Memang daerah ini amat fofular dengan pelancung kerana ianya berdekatan dengan Piccadilly Circus, Theatreland (untuk mereka yang gemar ke pertunjukan pentas seperti Les Miserables, Chicago, Cabaret) dan Leicester Square dimana banyak diadakan perdana filem antarabangsa. Kalau nak tengok bintang-bintang Hollywood jalan kat permaidani merah, di sinilah tempatnya.

Dan tak kurang juga yang tertarik untuk pergi ke tempat-tempat sebegini....





Bagai yang dikata Kak Teh, kalau waktu pagi tu taklah nampak teruk sangat. Tak pun ada orang memanggil-manggil menjual "barang". Soho pada waktu malam lebih bergemerlapan dengan lampu-lampu neon dan para pengunjung yang sedang berseronok.

Tapi tujuan saya kali ini adalah kedai-kedai runcit di Chinatown. Setakat serai dan kunyit hidup tu, tak susah nak cari. Apatah lagi London sedang berasmaradana dengan cara masakan Thai.



Inilah kedai kegemaran saya di antara banyak yang terdapat di Chinatown. Mungkin kerana ia banyak mengimpot makanan dari Malaysia, Singapura dan Thailand. Jadi senang betul nak dapat Linggam & Maggi Cili Sos, Kicap cap Kipas Udang atau Kicap ABC, Maggi, rempah Prima Deli, cili Nasi Ayam, rempah Adabi dan juga Sup Bunjut. Kedai lain banyak impot dari China. Kalau musim buah, terdapat manggis, rambutan dan mata kucing yang di impot dari Thailand.



Tak kurang juga kedai-kedai sebegini menjual kek dan bun. Di sini jual char kuay yang enak kalau dibuat rojak atau disumbat paste sotong. Char kuay tu satu 80p. Tak payah lah bandingkan harga di Msia atau Spore. Tak larat hisab. Tu masih boleh beli lagi. Satu yang saya belum berani beli di kedai ini adalah tauwei (beancurd). Kerana harganya £2.60 untuk satu mangkuk kecil.....

4 comments:

Nani said...

Sup bunjut? Rempah Adabi ada kat sana? Kicap kipas? Wah, ni macam dah kat Singapura! Inilah nikmatnya bila ada yang mengimpot -expot.

melayudilondon said...

ye, dah ada. tapi ada banyak lagi yang kurang. saya terpaksa "impot" kaya dari Singapura

yuRa said...

tauhui kat sini berapa harganya ye? saya pon tak tau sebab dah lama tak beli. rasanya, sedolar lebih saja lah. dah awak cerita ni, saya pon teringin juga lah.

kenapa lah saya baca entri awak ni pada pagi hari.. :p

Anonymous said...

Hari tu saya cuba masak rendang (jadi sikit aje, sebab walaupun ada bau dan rasa rendang, ianya terlalu basah) - sukanya hati saya bila saya jumpa lengkuas di pasaraya Waitrose!

Oh, dan terimakasih kerana meninggalkan pesanan tentang kumpulan tarian Melayu di London di laman web saya yang lama - saya sekarang ada laman web yang baru, silalah datang!