Raya masa kecik

Hari ini rakan saya panik – dia takut tak sempat nak siap menjahit baju raya. Siap tu boleh siap lah. Kalau nak pakai baju kurung tak ada kain dan lengan tu, memang dah siap. Dia lagi panik teringat nak anyam ketupat. Ahhh, kalau takat ini, memang best raya kat U.K – tak payah susah payah ingat nak anyam ketupat ke, jahit langsir ke, jahit baju ke. Tapi memanglah sambutan tak semeriah di Singapura atau Malaysia.

Pejam celik, dah hari-hari terakhir kita berpuasa. Teringat saya suasana puasa dan raya masa kecik dahulu. Saya tak ada kampung jadi tak pernah lah merasa riuh-rendah suasana kampung beraya dengan lampu colok dan meriam buluh berdentum-dentum. Yang saya tahu adalah beraya di rumah pangsa di Whampoa.

Dulu estet HDB tak ada quota Melayu-Cina-India seperti sekarang. Kebetulan ramai penghuni berbangsa Melayu di tingkat-tingkat atas blok tersebut. Lebih kurang 20 – 30 keluarga. Dah macam kampong betul. Kaki lima tempat makcik-makcik bersembang sambil bertanam bunga, juga tempat kita berlari and mengayuh basikal. Waktu malam, kita tebarkan tikar gulung untuk sembahyang terawih. Waktu berbuka seronok kerana banyak tukar-menukar lauk-pauk. Tak payah gi pasar Ramadan – dah satu meja penuh dgn pelbagai juadah.

Masa kecik-kecik manalah tahu bila hujung pangkal Ramadan. Indikasi pertama nak raya tu bila Atok belek katalog cat. Ahhh.. ni nak raya lah ni. Pulak tu nenek dah bising suruh kemas almari luar dalam. Segala macam loyang dan peralatan memasak kuih pun dah diturunkan dari gerobok atas dan makcik belek buku resepi kuih. Alahai, macam2 kuih lah kena bikin. Kuih layang-layang digoreng ranggup dan ditabur gula, kuih makmur diketip rapi, kuih tart nenas diletak bintang ditengah. Lepas tu bikin kek marble, kek kukus dan kek lapis – ni banyak spelling sikit terutama kek lapis.

Lepas tu datang apek bawak dalam 6 crate air botol F&N! Ingat tak crate kayu kuning dgn botol pelbagai perisa diatur rapi? Sarsi, Ice-Cream Soda, Strawberry, Orange… dulu tak ada tin, botol je. Tutup botol pun besi, kena pakai bottle opener; bukan main pulas dgn tangan je.

Ah ni janur dah datang bermakna ketupat akan dianyam. Satu raya tu saya dan adik saya berkejar-kejar dan mengacau orang dapur dgn janur tu. Sampai kena ikat kaki dan tangan dgn janur pasal tak boleh duduk diam. Daun pisang kena layukan buat lontong. Kawah tersedia untuk masak lontong. Apek datang lagi bawak gas botol besar.

Sehari sebelum raya, upacara masak-memasak dimulakan dari pagi lagi. Rendang, serunding, ayam masak merah, daging masak kurma dan yang paling leceh, sambal goreng semua dimasak. Kali terakhir buka tu makan lauk raya lah. Dah siap masak dan kemas dapur, barulah pasang langsir, cushion sofa, permaidani dan cadar istimewa hari raya.

Pada Hari Raya pertama2, awal-awal lagi kawan dah tunggu kat pintu ajak collection....eh ziarah hari raya. Jadi mula lah kita pusing keliling. Masuk rumah, makan kuih, minum air bergas. Balik ke rumah dengan poket dan perut yang kembung. Ni baru jiran sekeliling – belum lagi ziarah sanak-saudara yang terdekat. Cehh.. lumayan jugak! Tapi satu saja yang memang boring. Duit raya yang dikumpul tu selalunya kena quarantined dgn nenek untuk recycling. Ingat orang sekarang je pandai recycling ke?

7 comments:

Nani said...

Suasana raya masa kecik tu memang samalah dengan kita. Cuma pasal buat kek tu, jaranglah...mak lebih suka buat kueh ...kueh Sharifah Ainilah, Sarang Semutlah dan yang paling senang - suji...bulat2kan je..lepas tu bakar...keluar oven, masuk mulut dulu....kemudian baru tersedar, tengah puasa...kenyit mata kata...`dah rezeki'..:)

Handal nenek awak recycling segala.....

melayudilondon said...

wahahahah. tu saya tak pernah buat. I suka sangat kat suji tapi yang dijual penjaja india bawa dulang kat kepala.

Nani said...

Oh...suji tu besar sikit dan keras sikit, tapi rasanya power!!! Sekarang kat kedai runcit pun ada jual dalam botol besar...mintak je berapa keping kita nak :)

yuRa said...

mcm pernah nampak cerita org panik menjahit tu .. tapi di mana ya? wakakakakak

rumah saya kalau nak dekat hari raya macam nak kenduri. maklumlah, penghuni rumah saja 10 orang.

yang datang berkunjung pula ramai disebabkan keluarga ibu saya yang ramai. mak dan kakak2 saya berkerja macam nak rak. saya tolong sikit2 aja .. :)

yuRa said...

oooh .. rezeki juga tu ..

rezeki menjadi anak yang bongsu! :p

Anonymous said...

Dari dulu saya mengunjung dtg, tapi selalu segan untuk meninggalkan sebarang komen :)
Saya teman yuRa, tinggal di kent, namun kini balik ke tanah air untuk cuti yg panjang :)
Salam perkenalan dan selamat menyambut eid 1427H buat anda sekeluarga

melayudilondon said...

hallo marlinda! selamat datang!! ya, Yura ada beritakan cik marlinda kat Singapure. eeeeee...chemburu saya!!