Pakcik Drebar Teksi

"Awak ni dah kahwin ke belum?" tanya drebar teksi tu.

"Ooohh belum. Dah ada tunang ke?"

"Oohh dah ada calon..."

"Pakcik bukan apa. Kekadang tengok banyak perempuan dah berumur pun belum kahwin. Ada tu dah 30 tahun! Belajar tinggi-tinggi sampai universiti, gaji bagus, kata dia tak nak kahwin. "

"Pakcik bukan apa. Pakcik kesian.... tengok mereka belum kahwin"

"Betul.. betul mereka tak mintak Pakcik punya kesian"

"Tapi apa pasal nak belajar tinggi-tinggi? kerja kuat-kuat?"

"Perempuan kalau nak kahwin, sediakan body saja."

.... dah part ni, nasib baik duduk kat belakang. kalau kat depan, mesti pakcik dah kena tip penampar.

3 comments:

yuRa said...

wakakakk .. pakcik dah kena perli pun masih nak kemukakan pendapat.

pakcik kesian ni mesti tak pernah dengar pasal pakcik majik.

Nani said...

Hai Pakcik, tak sayang mulut ke...nasib kita takde kat situ, kalau tidak, habis mulut pakcik kita lada...

Hai Pakcik, kalau pakcik nak body aje...kat Pusara Abadi tu macam-macam body ada....pilihlah mana suka...

Okay, kalau pakcik nak body aje, hah, ambik ni yg mata kero, rambut afro, bibir bengot, otak senget...amacam...suka pakcik, ....:)(No offence to those who fit the above description..heh heh...)

melayudilondon said...

waahahahah celupar kan? inilah pakcik drebar teksi aku jumpa a number of years ago in singapore. Part dia cakap dia kesian tu boleh tunjuk muka kesian pulak.