Ulangtahun Cek Mek

Sekarang saya sedang terdampar kepenatan. Hari ini kami merai ulangtahun cek mek molek yang ke 5. Nak jemput tamu ke rumah, rumah terlalu kecil. Jadi terpaksalah kami tempah Restoran Mawar. Kami gembira betul! Ramai tamu datang; juga kawan tamu!

Nasib baik kat Mawar, kalau kat rumah tentu dah roboh.

Kami tempah makan beberapa macam je tapi memang dah rezeki budak tu, dapat makanan macam-macam seperti ini...


satay ayam dan lembu...



Rendang Daging



Mee goreng



Popiah Basah



dan diperkenalkan...... Sardine Roll Kak Teh!

Meriah sungguh! Cek Mek tu pun gembira sangat dapat jumpa kawan2 lama ~ apatah lagi dapat hadiah. Tapi yang kepoh nak buka hadiah tak lain tak bukan mak dan bapak dia juga.

5 comments:

yuRa said...

selamat ulang tahun yang ke 5 cek mek alia! semoga tahun berulang2 dengan banyaknya di masa hadapan. :)

tak ada hadiah dari sg cuma ada flying kiss saja. kalau dah sampai bagitau ye? jangan bagi mummy buka 'hadiah' yang ini tau! hehe

tak bagitau aunty ada jamuan di mawar. kalau tahu, tentu aunty dah terbang ke sana. hihihi

Mulan said...

wadusshhh.. popia basah pun ada? waaa dasyat la kat london tu? ha ha.. boley order kak teh punya sardine roll la lepas ni? frozen punya, special delivery..

Kak Teh said...

maka terbaring dan terlentanglah juga kak teh semalam selepas banyak bertemasya salama di mawar. ada sedikit sardine rolls yang teringgal kak teh pun makan dan pagi ni makan roti dengan rendang...

mulan...nak order? nantikak teh terbang ke saigon dan buat sendiri lah!

Anonymous said...

Seronoknya buat gathering utk Alia... Rupanya BD Alia sama dengan Evon dan Taufik Batisah, Singapore Idol Season 1 heh heh..

melayudilondon said...

Ye ke? alamak tak ucap selamat ulang tahun kat Evon pulak. Timakasih!