Makanan zaman kanak-kanak

Lihat apa saya jumpa kat laman web!


Gambar dari www.fairy.mahdzan.com


Coklat Ding Dang dan Tora Nostalgik sungguh. Manalah kanak-kanak tak tertarik? Ada illustrasi Popeye dan kucing Doraemon kat kotak. Ada coklat. Ada permainan. Dan mungkin terngiang-ngiang di telinga suara Mat Sentul dalam iklan kat TV suruh beli.

Suka betul saya ada orang berminat nak tulis pasal Ding Dang. Saya ke laman Cik Fairy. Wah! Bukan saja Ding Dang! Ada banyak lagi catitan tentang makanan-makanan zaman muda saya seperti Kiki Bubble Gum, coklat Kandos dan gula-gula White Rabbit. Ada juga Ramly Burger. Eee.. sejuk-sejuk macam ni, kalau bedal Ramly Burger special satu memang sedap.

Duit jajan dulu tak banyak tapi nasib baik ada juga makanan jajan yang murah-murah seperti Kaka (20 sen) atau Chikadees? Kalau ada duit lebih sikit, boleh upgrade beli Twisties atau Cheezels. Aduhai! Agaknya berapa gram MSG, garam dan pewarna dah kita telan ni? Kalu nak coklat, beli jenama Kandos ataupun Van Houten. Kalau tak cukup budget, ada juga coklat wafer berbalut kertas metallik merah.

Kalau dah balik sekolah, paling sedap beli air batu dalam plastik. Alahai, tak kan tak ingat air batu? Betul-betul entreprising pakcik makcik bikin air batu. Longsong plastik panjang di-isi dengan air pelbagai rasa, diikat dgn getah dan terus dibekukan. Saya paling gemar kalau ada airbatu assam pasal ada asam asin kat hujung. Bayangkan lah kalau tengah terik tengahari, terus hirup air batu. Nyaman!

9 comments:

yuRa said...

masa kecik2 saya beli air batu dari rumah abang mamat ikan duyung. :p

Nani said...

Chickadees, Twisties, gula2 White Rabbit (makan dengan plastiknya sekali)...oh makan mengadap. Boleh lesap dalam berapa saat aje.

Awak sebut je pasal air batu plastik, air liur kita dah terkumpul kat mulut. Terpaksa telan dulu.

Ely said...

time dulu2 pun kalau balik sekolah beli air batu malaysia. ketuk pintu rumah HDB jiran beli airbatu.

coklat kandos memang all time favorite.

melayudilondon said...

Hallo Ely! Terimakasih kerana sempat datang ke sini. Tahulah ada orang baru. mesti awak penat!

Anonymous said...

Mak datuk ... Ding Dang? Bila ternampak je perkataan tu, terus lagu iklan Ding Dang berkumandang dalam kepala saya :-)

Haa, sekarang ada satu lagi lagu iklan terngiang kat kepala, meh nyanyi sekali ...

Sumi jeli maniiiiiiss
Sumi jeli maniiiiiiss
Rasa sedap, agar-agar buahhhhh

:-)

melayudilondon said...

alamak! saya ingat saya seorang je yang hafal lagu sumi jelli tu. ingat tak lagu latar yang langsung tak sepadan dengan lirik? :-D

SimplyMas said...

White Rabbit, Ding Dang, Air batu asam dalam plastik... siapa boleh lupa makanan nostalgia budak-budak nih! Ingat lagi saya bila pulang dari sekolah, saya dan rakan-rakan akan ke rumah kakak ini untuk membeli ais asam dalam plastik. kekadang ada perasa strawberi, coklat... Sedaaaappp!! kakak ini jual murah, sebab tuh kita selalu serbu rumah dia!!! Puas bila makan sambil jalan ramai-ramai pulang ke rumah...

Anonymous said...

Kalau dah balik sekolah, paling sedap beli air batu dalam plastik. Alahai, tak kan tak ingat air batu? Betul-betul entreprising pakcik makcik bikin air batu. Longsong plastik panjang di-isi dengan air pelbagai rasa, diikat dgn getah dan terus dibekukan.----> NI YG ORG PANGGIL AIS KRIM MALAYSIA TU KE? hehe.saya teka aje,sebab saya suka sgt beli ais assam tu masa kecik2 dulu.

melayudilondon said...

Opp! betul tu cik raiyan. memang air batu malaysia tu..