Covent Garden

Sempena musim shopping Krismas ni, sepanjang jalan dari Marble Arch hingga ke Tottenham Cout Road teldah ditutup unutk kendaraan. Isyh! seronok juga berjalan kat tengah jalan ni. Kami tak berniat untuk shopping ~ hanya berlalu di Tottenham Court Road untuk sampai ke Covent Garden.



Suasana di Tottenham Court Road yang ditutup. Ramai orang pelik-pelik...



Sempat pulak ambil gambar pembuat mee ni... kedai baru. Memang depan muka kedai terdapat pakcik ini sedang menibar mee. Buat daya penarik pelanggan!




Akhirnya tiba juga ke Covent Garden yang penuh dengan pelancung. Pada yang minat pada Opera and Ballet, inilah pintu menghala ke Royal Opera House, panggung opera yang termahsyur. Saya pernah masuk dua kali saja ~ sekali untuk persembahan ballet Romeo and Juliet dan sekali lagi untik konsert heavy metal Motohead.



Carousel di tepi R.OH. jangan pandang takda mata... laju juga benda ni.



Sempena Krisma, banyak Santa's Grotto tumbuh bak cendewan. Ramai budak akan beratur untuk berjumpa dengan Santa. Maaf, mak bapak kena bayar ye? Tapi boleh tangkap gambar dan kalau bayar lebih sikit, boleh dapat hadiah. Santa's Grotto yang paling handal adalah di Harrods. Aduhmak! Berjela-jela anak-anak beratur. Kaut untung betul Mohd AlFayed tu...



Tak lupa juga pokok Krismas. Cuma yang ni agak tenat sikit...



Di sekitaran Covent Garden juga banyak panggung2 musical seperti ni



Sebuah gerai bunga di jalan dari Covent Garden menuju Soho. Cantik betul bunga!







Tapi ada juga gerai yang menual tong sampah pelbagai saiz seperti ini..

4 comments:

Mulan said...

banyak dah berubah.. been there in 2000. nak nya pi lagi. yang syoknya dapat stroll sepanjang jalan situ..

Nani said...

Ada King Kong angkat Peter Pan ke? Seronok nampaknya...

Anonymous said...

aahh.. how i miss london...

melayudilondon said...

selamat datang M T? Awat cek buat kat Qatar?