Kapal dah masuk....

Ketika cuti Krismas, teman dari Singapura datang ziarah. Kira kapal dah masuk lah... kerana ada buah tangan rempah khas dari Singapura seperti ini :



Segala macam rempah segara dari Adabi. Tak lupa juga kaya kuning kegemaran saya yang tak boleh didapati di sini. Dah cari dah tapi memang tak ada. Ada juga sambal kacang ikan bilis satu balang. Tapi yang paling saya teruja adalah kerana mendapati rempah di bawah ni....



Rempah Dessa! Mengikut putaran jam : rempah Mee Bandung, Rendang, Bonesteak (Tulang) dan Mee Hongkong.

Inilah rempah kegemaran saya. Teramatlah suka sehingga saya pernah tempah nak dekat 30-40 peket dari Singapura untuk disimpan dalam freezer. Ingat nak jadi supplier di U.K. tapi import restrictions untuk bahan makanan susah sikit. Lagipun rempah yang tak pakai bahan pengawet ni tak boleh tahan dipos jarak jauh kalau tak pakai khidmat 24jam DHL atau Fedex. Setiap peket memang cukup makan antara 4-6 orang, mengikut tahap selera lah.

Hari ini, saya masak Mee HongKong atau lebih dikenali dgn nama Mee Canton di Msia. Senang betul. Jerang air dalam kuali, masukkan rempah. Bila mendidih, masuk kan makanan laut seperti bebola ikan, sotong dan udang. Masak hingga mendidih. Masukkan mee kuning atau kway teow. Bila hampir masak, masukkan sayuran. Bancuh tepung jagung yang disediakan dengan air sejuk. Masukkan dan kacau. Sekejap dah pekat dan dah siap!



Tinggal tabur bawang goreng dan cili jeruk jika ada. Apa lagi? Bedal lah. Rempah Mee Hongkong ni, saya juga pernah gunakan sebagai rempah asas goreng sayur ataupun chap chye. Tak payah pakai satu peket; cukup sedikit sahaja. Dalam catitan akan datang, saya akan cuba rempah2 yang lain.

Kalau ada pembaca nak tempah, sila hubungi Dessa Products di telefon talian Singapura (65) 93833 947 atau 9388 4717, talian Msia 012 7172 947 atau e-mel siddaz17@hotmail.com. Pada mereka yang tak tinggal di Spura atau Msia, sila bikin muka kesian kalau ada sahabat-handai nak datang.

Nota : Ni posting tak ditaja oleh pihak Dessa ye? Saya memang betul suka sangatlah kat rempah ni.

8 comments:

Ely said...

adoi sedapnya! terimakasih di atas tip rempah Dessa nih. mak saya akan dtg ke SF bulan depan, boleh lah saya pula buat muka kesian!

Kak Teh said...

buat mee hong kong?? Dalam mee tu saya nampak sesuatu kepunyaan saya...sayur hijau tu! oleh kerana saya tak mau kalah juga, saya akan masak mee thai sing hari ini dan tak akan menjemput awak. saya akan tayangkan semangkuk mee thai sing dan awak tengok sajalah gambarnyaaa.

melayudilondon said...

Wahhhh KT, ni dah tahap seksa zahir batin ni. boleh report kat Geneva Convention.

Ely, beli banyak-banyak dan simpan. Rempah rendangnya sedap dan pedas!

Kak Teh said...

maaf, saya tarik balik kata-kata saya tadi. saya tak buat mee thai sing...sebab saya buat MEE BANDUNGGGG! yang teramat sedap rasanya.

Mulan said...

boleh bawak masuk london ke rempah ratusan tu? thot they'd be confiscated. sonang & sodap tu nampaknya.. sslllrrrppp...

melayudilondon said...

Hallo cik Mulan, tu kira dah seludup lah. masuk dlm beg baju. tapi usually lepas tak kena tahan and as long as dalam sealed packet, it should be OK. Jom mari London, saya belanja makan mee maggi.

SimplyMas said...

Terpaksalah saya mununggu 5 bulan sebelum mak dan ayah datang ke UK... Macam Ely jugak, saya harus, mesti buat muka dan suara kesian supaya mereka dapat bawak bersama rempah-ratus yang awak rekomen tuh! Terima kasih! :D

melayudilondon said...

Selamat datang Mami Jarum! kita kan memang pakar bikin muka kesian dan suara putus-putus kesedihan. heheheh.. Jangan lupa jemput bloggers makan kat rumah.