Keluar dari London
Hari ini terpaksa saya ke Five Lakes disebabkan tugas. Alahai...kat mana Five Lakes ni? Dah tujuh tahun di London tak pernah terdengar nama tempat ni. Keretapi bertolak dari Liverpool Street Station dan dalam sejam selepas itu, saya terdampar di stesyen Kelvedon
Alahai ni dah tempat jin bertendang. Stesyen sunyi sepi. Nasib baik tiba waktu siang, kalau waktu malam, seram....
Menurut peta, kalau nak ke Five Lakes, kena naik teksi. Tiba di perhentian teksi, tak ada teksi. Tunggu nak dekat 20 minit pun tak muncul-muncul. Macam mana ni? Hai..terpaksa pergi ke ticket hall, minta pertolongan dari stationmaster. Sampai di ticket hall, notis ini pulak terpampang....
Pintu tertutup rapi dan digari. Beginilah di U.K. Bukan semua stesyen ada quota pekerja yang cukup. Banyak stesyen tersadai di waktu malam dan sekaligus menjadi tempat jenayah seperti merompak dan sewaktu dengannya.
Nasib baik saya membawa nota berkenaan Five Lakes Resort. Terus saya hubungi receptionist dan meminta perkhidmatan teksi. Receptionistnya ramah dan terus menyambung panggilan ke kompeni teksi yang berdekatan.
Setelah mengigil kesejukkan selama 15 minit, barulah muncul teksi. Dalam perjalanan ke Five Lakes, kami rancak berbual. Oh memang kat sini kena pakai kereta, kata cik drebar tu. Bas berjalan hanya tiga kali sehari (alahai....kampung betul lah tempat ni). Cik drebar tu sempat menunjukkan beberapa tempat khas seperti muzium jem. Bukan traffic jem tapi jem yang sedap dimakan dengan roti. Hmm.. apa agaknya yang dipamerkan ye? Rupanya muzium ini adalah Tiptree Jam Museum yang berdekatan dgn kilang jem jenama Tiptree.
4 comments:
patutlah semasa saya cari awak 'online', awak pun sunyi sepi saja ... :)
sehari saja di Five Lakes? sempat tak pergi ke kilang jem?
Lain kali kalau saya tersesat atau tersadai kat Ghost Town, saya mesti cuba cool macam awak.
Nasib baik lepas penat2 tu, bilik awak best dan pemandangannya power.
Tak sempat pergi kilang jem. Dah penat. hehehehe. ooo..katil tu empuk betul, bantal sampai 6 keping. Tapi sayang tak dapat berehat lama - kena kerja dah....
ish kak teh yang 26 tahun di sini pun tak pernah tau di mana Five Lakes. tapi cantik nampak pemandangannya. Nyaman...boleh lari ke sana sehari dua untuk menenteramkan jiwa.
Post a Comment