Berita dari Singapura

Sembang Siber...

kawan(dgn nada boring): darling!! ... kak S kahwin u tak bilang i pun? ?!

saya : hah? Kak S mana? Aku pun tak tahu.

kawan: Kak S___ lah .. siapa lagi ... betul ke you tak tau?

saya: hahahaha.. mana aku tahu? Dah lama tak get in touch

kawan: i thought you guys are in touch? aik? nope? what about bentayan? Bentayan didn't tell you?

saya: hahahahaha. tak…

kawan : I got the news today from SS. She said Bentayan should know and he should have told you!

saya(dengan nada blur): tak. tak email apa-apa pun. email pasal lain adalah

kawan: SS said bentayan should know because ....... pls end my sentence

saya: because of what? Because he's her "adik angkat”? because they were in U.K. together?

kawan: guess again lah ... please

saya: because he's her best man?
Tukang kendarat
tukang bikin air sirap?
tukang kipas?
tukang silat pengantin?

kawan: wakakkakakakakakak .. girl kau ni buat kelakar lah!! Isk!! It’s because she is married to him!

Maaf tak dapat sambung lagi transkripsi sembang siber ni kerana pada tahap ini, saya dah tergolek ketawa. Dah memang tak boleh masuk pertandingan lah. Semua tekaan tak betul. Yang paling dekat Tukang Silat Pengantin. Tak sangka yang jawaban yang betul adalah Pengantin!

Sepanjang hari in, saya senyum gembira. Kisah percintaan mereka berdua ni begitu romantis – bermakan dekad dan berhijrah antara dua benua. Dari sekolah menengah mereka berkenalan. Kak S adalah senior saya sewaktu sekolah dan Bentayan dari sekolah affiliate berdekatan.

Pada ketika itu, mereka hanya kawan biasa; menjadi adik dan kakak angkat. Kak S memang sayang pada Bentayan. Mereka pergi ke maktab rendah yang sama. Terkenang saya betapa pilu rasa Kak S apabila Bentayan hampir-hampir terpaksa berpindah ke maktab rendah yang lain. Berbisik syahdu pada diri sendiri “Adik, don’t leave! Please stay here”

Seperti filem “When Harry met Sally”, mereka mempunyai rakanita dan rakanwira yang lain. Tapi mereka tetap rapat. Kak S berpindah ke Malaysia untuk mengejar ijazah perubatan dan setelah beberapa tahun menjadi guru, Bentayan meneruskan pelajaran ke Loughborough U.K.. Kali akhir saya dapat tahu Kak S berada di U.K, juga untuk meneruskan pelajaran beliau

Memang kalau jodoh tak kemana.. Setelah selama 20 tahun berkenalan, menempuh segala ranjau dan duri, bertukar pasangan, berhijrah beribu batu, akhirnya mereka bersatu. Saya pernah berkata dengan Bentayan bahawa S adalah wanita yang paling setia padanya. Jadi sempena hari baik bulan baik ini, walaupun saya tak dapat berita langsung, jauh sekali terima kad undangan :) , saya dedikasikan catitan ini untuk Bentayan dan Kak S…..

8 comments:

yuRa said...

you are so bloody sweet!

oops. maaf. anda ni terlalu manis berdarah lah...

kisah percintaan sang kekasih pun boleh tahan manisnya.. :)

tahniah kepada mereka!

yuRa said...

wakakakakak . baru nampak the vid! lepak ah .. sempat awak cari video yang paling sesuaaaiiiiii

melayudilondon said...

hahaha youtube senang. type "Pengantin" je. Sebenarnya saya mencari lagu lain tapi ini pun boleh lah.

melayudilondon said...

Manis berdarah??? muahhhahahaha

Anonymous said...

Adakah kau terfikir apa yg ku fikir?....Tapi, mengenangkan Khadijah dan Nabi...takpelah... Asalkan mereka bahagia dunia ahkirat. Tapi kenapa senyap aje...Kita tak layak tahu ke? Alah...biarlah...hak dia nak bilang ke, nak jemput ke...ye tak?

melayudilondon said...

Hmmm.. betul. cuma SS pernah bertanya dgn Kak S adakah Bentayan dah beritahu semua temanita lamanya, dia cakap "Dahhh...."

Tak kisahlah - Walaupun bukan dari "mulut kuda" (apa punya frasa ni?)asalkan dapat berita akhirnya. Network kuat, beb!

Anonymous said...

Neigh.... Ni kuda kepang ke kuda perang? Hah Hah... yalah...tak kisahlah... kalau kita tahu bukan kerana kita nak kepo2 tapi kita sesama kenalan bolehlah saling doa-mendoakan...

melayudilondon said...

Amin...
bentayan & kak S, kita bukan gossip ye? saja tukar khabar. Hehehehe :-D