Teknologi Oh Teknologi!

Tak boleh dibayangkan lagi bagaimanakah dunia ini tanpa internet dan email. Sememangnya kedua-dua innovasi ini sudah menunggang terbalikkan cara kita berkomunikasi di abad ini. Tak payah lah tulis surat, cari setem, pergi pos ofis. Taip and tekan “Hantar” sahaja. Nak kongsi gambar cuti, kasi kawan cemburu? Letak sahaja dekat Shutterfly. Nak membeli belah tetapi malas nak tukar baju tidur? Buka computer dan pasang internet. Nak tolong anak dengan kerja sekolah tapi satu soalan pun tak faham? Pergi Google sahaja, tak susah.

Dunia memang sering berubah tetapi saya amat bersyukur adanya orang bijak pandai yang membiakkan internet ini. Oleh kerana innovasi inilah, saya dapat berbual dengan kawan yang sedang lipat kain kat rumah di Singapura, dapat tengok gambar anak saudara saya yang dilahirkan di China dan dapat mendengar luahan perasaan teman in Jepun.

Internet telah membuat dunia ini lebih kecil, lebih “kampung” and sekaligus menyatukan orang melayu sedunia. Kalau ada melayu merantau di negeri orang, mesti mereka tahu rantauan.com, satu laman web yang dulu diterajui oleh Penghulu, senior saya di sekolah menengah. Lihat sahaja di laman itu dan memang tak boleh dinafikan yang orang melayu sekarang sudah berani menjelajah dunia tetapi masih memegang pada keakraban and persaudaraan yang sememangnya simbol ketara adat kita.

Sayang, Penghulu terpaksa menarik diri kerana mengejar ijazah tetapi teraju rantauan.com telah pun diberi kepada Kak Teh. Kalau ada saudara yang suka baca blog, mungkin pernah mampir ke Kak Teh Choc-a-Blog. Kerana Kak Teh lah, saya dapat berkenalan dengah lebih ramai lagi masyarakat melayu di London. (Terimakasih Kak Teh! Mai rumah makan sambal ketam?) Seperti mana Kak Teh mengenalkan saya pada ramai teman di London, dari blog dia lah saya mampu melihat blog melayu sedunia. Klik di Seentraal Station di tepi dan lihatlah... Takkan Melayu hilang di Dunia!

3 comments:

Anonymous said...

yang sedang lipat baju itu siapa ya? hahahah

melayudilondon said...

ah sila teka. kalau betul, dapat tiket kapalterbang. hahahaha

Nani said...

Ciptaan Internet memang menghasilkan fenomena yang sangat luarbiasa. Ianya sangat banyak faedahnya - menghubungkan dan mengeratkan tali silaturrahim (bukan tali pusat eh), menghiburkan, memberitahu, mendidik dan banyak lagi.

Tapi, walau ada internet, rindu tetap rindu pada orang kat London tu. Namun, terubat jugalah rindu dengan adanya blog macamni...boleh kita tahu isi hati dan fikiran kawan-kawan kita.