Kacang? What is Kacang?


Itulah yang disebut oleh anak saya bila ditanya "Alia nak kacang?". Saya yang dulu memang berulit dgn bahas melayu di sekolah menengah dan JC, mengukir sajak dan pantun dan ber-renang dalam dunia taridra, dikir barat dan tarian melayu. Tetapi anak saya tak tahu cakap melayu! Oh malunya tak terkira!

Memang sejak bermastautin di London selama 7 tahun, jarang benar kami dapat membaca tulisan melayu. Kalau ada kekawan pramugari yang datang ke London, yang pertama kami minta adalah suratkhabar Berita Harian. Kalau nak tengok program melayu, bermakna kena "import" VCD atau DVD filem melayu. Dalam perbualan seharian, kami lebih selesa memakai Bahasa Melayu bercampur aduk English.

Alia dilahirkan disini 4 tahun dahulu. Dari bayi lagi, dia terdedah dengan Bahasa English. Memang niat nak ajar dari kecil tetapi meningatkan yang Alia akan memerlukan Bahasa English di tadika dari umur 3 tahun, terpaksa juga kita berbual English. Sampai sekarang Alia lebih fasih dengan "Mary had a little lamb" dari Enjit Enjit Semut. Bukan itu sahaja, yang emak dia pun berkial-kial nak fikirkan lagu kanak-kanak melayu selain dari "Air Pasang Pagi". Tolong!!!

2 comments:

Nani said...

Hai Shikin... Samalah kita kat sini. Dulu bila orang tanya Abdullah `Dah makan?', dia ternganga. Eh budak ni,`Makan' pun tak faham ke?

Ada orang cadangkan, `one-parent-one-language', tapi tak menjadi sebab abah dia balik lambat, jadi kurang peluang cakap bahasa Melayu.

Jadi sekarang, saya cuba cakap Melayu dengan dia sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, jadi dia ada pendedahan. Itupun susah jugak.

Nak cari lagu Melayu kanak-kanak pun susah. Saya suka lagu Indra Shahrir, anak Mak Nona Asiah, tapi dah tak dijual lagi. Jadi bila kita pergi JB, kita belilah lagu-lagu kanak -kanak kat sana.

Kelmarin, awak ada tulis dalam blog Inggeris awak tentang lagu-lagu dari Hassnytu kan? Ah, koleksi lagu kanak-kanak dia pun boleh tahan. Tapi tak boleh download kalau tak silap. Saya sendiri sedang mencari bahan-bahan yang menarik untuk mendedahkan Bahasa Melayu kepada Abdullah... Kalau sesiapa ada terjumpa website Melayu dan bahan-bahan yang bagus, tolong kongsi eh..

yuRa said...

a'ah betul tau shikin.

anak si nani tu, pernah sekali saya tanyakan dia, "where's your abah?". dia jawab, "abah's gone to work". slang habis!

saya ada terfikir, "eh budak ni anak mat saleh ke?" hahahahaha

tapi.. tapi.. anak awak slang british maut lah agaknya! hahah