Pameran Misteri dan Hantu di Shah Alam
















Atmosfera ngeri dalam pameran. Siap dgn kereta tersadai di jalanraya tepi perkuburan. Gambar dari The Star online


Baru-baru ini, suatu pameran seram telah baru dibuka di Shah Alam. Pameran ini, atau nama penuhnya, Pameran Misteri, Jin, Hantu Keranda dan… adalah lain dari yang lain. Penganjurnya telah menyatakan bahawa segala mahluk halus yang dipamerkan adalah betul lagi asli. Tulin bang! Ada langsuir, jenglot and pocong. Siap dengan bilik rawatan oleh bomoh jika ada pengunjung yang tersampuk. Dahsyat!

Bukan sahaja mahluk halus ada juga cindai atau kain yang tak lut api dan juga ikan duyung. Tapi maaf je, ikan duyungnya tak ‘bergetah’ macam ikan duyung yang kita ketahui. Tak pakai kulit seashell macam Ariel, tidak juga mempunyai bentuk badan yang menawan. Artifak-artifak pameran tersebut adalah dari koleksi peribadi Encik Safuan Abu Bakar Pameran itu telah dibiaya oleh Lembaga Muzium Selangor dan juga mendapat kelulusan Mufit Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.

Saya begitu terperanjat! Pada mulanya macam tak percaya. Betul ke? Betul ke segala artifak yang dipamerkan tulin lagi benar? Dan betul kah ada yang suka mengumpul benda-benda begini?

Dalam melungsuri Internet, terdapat banyak ulasan terhadap pameran ini. Ada berlainan pendapat terhadap keaslian artifak dan juga lain-lain pengalaman semasa mengunjungi pameran ini. Ada yang kata seram, ada yang kata bedek dan macam-macam lagi. Tetapi pengunjung tak putus-putus. Biasa lah…. Kalau benda-benda aneh ni, memang ramai nak tengok. Lagipun harga tiket hanya RM5. Tapi bagi saya, yang penakut besar ni, tak payah lah… sedangkan nak tengok filem Pontianak Harum Sundal Malam pun tak berani….

Ulasan dari Bernama, Harakah Daily dan MStar (Perhatian: Yg lemah semangat, mungkin tidak perlu ketik kaitan ke MStar. Pasal ada gambar Pocong. tapi pocong dalam gambar dan exhibit tersebut bukanlah yang betul. Cuma patung. Menurut lapuran, pocong yang betul ada dalam satu kotak kaca di tepi exhibit tersebut dan yang hanya akan menjelma pada masa tertentu. Ada yang boleh nampak dan ada yang tidak. Hmmmm...)

7 comments:

yuRa said...

anjat gegerl nengok pocong! hik!

Nani said...

Semenjak saya hamil anak pertama, kalau ada `trailer' cerita seram di tv pun, saya tukar saluran. Tapi kebelakangan ni dah terpaksa berani baliklah pasal kalau anak takut, takkan maknya pun nak takut jugak.

Btw, apa pandangan awak tentang orang minyak. Kelmarin ada cerita tentang Orang Minyak dalam True Stories di TV. Bayangkan seorang lelaki merendamkan dirinya dalam minyak sampai hitam seluruh badan, kemudian cari mangsa perempuan untuk dikerjakan...
Ubatnya? Siapkan api kalau dia datang dekat.

melayudilondon said...

ah cik amalia, tahniah kerana mendapat tempat ke-3!! heheeh... bagus kamera??

kalau pasal Orang Minyak tu, teringat filem hitam putih dgn judul yang sama. Ya! api sungguh berkesan! ataupun sabun detergent Fab. heh.

yuRa said...

haha amalia, awak sembunyikan kedudukan awak ya? hahah

kenapa mangsa-mangsa org minyak tu semua tak pandai macam awak ya? haha

melayudilondon said...

ah tak teringat pulak! lagipun kalau cerita lama kan mereka berjalan bawa sumbu api. hehehe

Nani said...

Terimakasih. Ingatkan dapat kamera, rupanya macam MP3 Player jugak, tapi yang ada skrin kecil, boleh tengok video. Saya yang dapat, suami yang suka. Maklumlah, benda2 teknologi ni, dia memang suka.

Shikin, siapa yang nak datang Singapore, ambilkan hadiah awak? Bungkusannya besar jugak tau. Mereka bungkus dengan plastik dan ada semacam rambu2 di atas.

yuRa said...

amalia, awak punya mp4 agaknya.

bagi saya tengok!