Hari ini Dalam Sejarah

Saya berasa amat berbesar hati! Blog saya yang tak seberapa ini telah dipilih sebagai satu salah daripada 10 untuk mendapat hadiah. Dapat saguhati pun jadi lah. Tak kisah.

Oleh kerana saya tidak bersayap untuk terbang ambil hadiah, insanadia telah pun menjadi wakil (terima kasih!). Ni pun kerana cik amalia gementar nak naik dua kali, takut tersungkur jatuh. hehehe... Yang paling saya sukai, rakan seperjuangan Qasrina telah pun mengaut tempat ketiga. Saya turut ikut sorak and terlompat-lompat gembira di London. Johan adalah tidak lain dan tak bukan, Bustan Minda dengan blog kreatif yang dihias dengan lukisan kartunnya sendiri.

Syabas kepada semua pemenang! Yah, mari kita blogging sampai pagi!!!

Bercakap tentang blogging, ada juga lain-lain pertandingan blogging yang tidak rasmi seperti yang dianjurkan oleh Juring II, di mana 12 peserta dipilih antara 30 yang bertanding. Peserta-peserta tersebut diberikan satu cabaran demi cabaran untuk diselesaikan dalam tempoh masa yang diberikan. Catitan mereka akan dinilai oleh panel juri dan diberi markah. Siapa yang dapat markah terendah kena tendang. Ganas tak? Dalam menempoh cabaran-cabaran tersebut, attoch telah muncul sebagai juara and memikul gelaran Blogger Terhebat

Tapi bukan semua blogging hanya untuk memenuhkan masa! Ada yang untuk beramal. Saya amat menyesal kerana terlalu lambat untuk menyertai Blogathon Amal 2006 - Aman Palestin dimana peserta-peserta dikehendaki muat naik posting dalam jangka masa setiap 30 minit. Bacalah pengalaman lolliesplace yang menyertia blogathon amal ini. Para peserta telah berjaya mengumpul derma sebanyak USD 1427. Sedekah masih diterima.

Syabas Blogathon Amal!

3 comments:

Kak Teh said...

wah banyak betul pertandingan blogging ni, ya? Baguslah...banyaklah lagi masa yang terluang menenggek di depan PC..anak laki kucing semua kelaparan..hehehe! anyway, kak teh pun tak sempat nak join blogathone aman palestin tu. Tapi sempat bertenggek di blog orang lain..buat syarat. Syabas kepada mereka yang bertungkus lumus!

melayudilondon said...

Hahahaa.. skrg ni saya dan Man berebut-rebut pakai computer.

yuRa said...

oooh .. masanya dah tiba untuk beli laptop baru! \m/ hehe