Amboi Amboi Puteri Melayu




Berikutan catitan saya tentang lagu Gadis Melayu, saya muat turun satu lagu lama yang dinyanyikan oleh allahyarhama biduanita Saloma.

Selain dari lirik lagu, saya juga terpikat dengan translasi English yang diberi. Tak sangka bahawa perkataan 'Amboi' sudah diterjemah sebagai 'Oh you' dan perkataan 'Manja' diterjemah menjadi 'romantic'! Sampai sekarang saya belum dapat terjemahan yang kukuh untuk perkataan 'manja'. Perkataan 'spoilt' lebih sesuai kalau anak tu terlalu manja tetapi kalau manja yang memikat jiwa tu, apakah terjemahannya?

Teringat saya kepada kartun-kartun Lat dimana dia menceritakan bagaimana beberapa translasi dialogue filem lama tidak begitu betul; seperti satu adegan yang menunjukkan seorang pemuda menatap wajah gadisnya dan berkata dengan begitu puitis "Your eyes are like marbles..." Namun translasinya tidak romantis langsung...."Mata kamu macam guli."

Adegan selanjutnya adalah seorang banduan menghadapi pasukan tembakan. Entah tidak ketahui jika banduan itu seorang penjahat atau penjuang kemerdekaan. Betul-betul "tension". Pegawai dengan cengihnya melaung "Fire!" sebagai isyarat untuk menembak. Translasinya bukan "tembak" tetapi "Api!". Kalau saya sedang melihat filem tersebut, mesti ketawa terbahak-bahak.

6 comments:

yuRa said...

haha.. kebetulan sekali. semalam anak saya tonton cerita 'cars' di dvd. ada terjemahannya dalam bahasa melayu. sewaktu 'lightning mcqueen' mengisytiharkan, 'i'm lightning!', zidny sedar terjemahannya silap.

dia bertanyakan saya, 'ma, what's ligtning in malay?' 'petir', jawab saya.

kemudian dia nyatakan, terjemahan di video salah sambil memberitahu saya, 'saya lampu!!'. lucu tak terhingga!

melayudilondon said...

Lampu mcqueen?? hahahah

yuRa said...

sebenarnya saya tak perasan yang pertanyaannya itu ada kena mengena dengan cerita kartun tu. kalau tidak, terjemahan yang lebih tepat ialah... hmm... kilat mungkin?

Kilat McQueen! waaah so kilat! hahaha

lucu sangat. semalam zid masih lagi isytiharkan, 'saya lampu!' wahahahha

Kak Teh said...

bercakap mengenai sari kata yang kini menjadi lebih lucu drp cerita, kak teh baru2 ni ternampak, "mum's the word!" Hmmm...apa lagi - Mak perkataannya lah!

Aduh! sakit jiwa kalau macam ni!

Danpernah dengar tak satu sarikata yang kak teh rasa tersangatlah lucu.
"I've had enough.period." - Saya dah cuku. Menstruasi!"

yuRa said...

hahhahah.. menstruasi!! (??) dari cerita apa agaknya.

melayudilondon said...

Wahh kak teh! jgn cakap. sakit perut tahan ketawa! heheheeh