Karyanet - Penjana Gedung Ilmiah Digital Bahasa Melayu


Sudah bertahun-tahun lamanya, saya tidak menulis dalam bahasa melayu. Waktu di sekolah menengah dan di maktab rendah, selalu jugak saya menulis cerpen atau sajak. Tetapi sejak mempunyai perkerjaan tetap, sudah lama saya ketepikan pena dan kertas apatah lagi semenjak bermastautin di London. Sememangnya makin berkarat penggunaan bahasa Melayu saya.

Apabila teman-teman saya, Qasrina dan melayura, menyarankan menulis blog dalam Bahasa Melayu, saya tidak tunggu lama. Bukan main ghairah lagi. Sekurang-kurangnya dapat mencabar minda and “menyenamkan” otak. Tetapi aduhai! Ternyata betul-betul karat dan tumpulnya pena saya. Nak tulis satu posting yang mungkin mengambil 10 minit dalam Bahasa English, mengambil masa dalam setengah jam! . Otak beku mencari terjemahan kata. Alamak… kalau lah Cikgu Rohaya nampak apa yang saya tulis, mungkin dah “dibelasah” didepan kawan-kawan lain dan mungkin Cikgu Jenab akan terpekik “Top 3%!!”

Dalam mencari terjemahan kata-kata and peribahasa, saya terjumpa laman web Dewan Pustaka dan Budaya di www.karyanet.com.my . Bukan sahaja ia merupakan sumber terulung untuk kamus melayu dan peribahasa, ia juga menengahkan sastera dan budaya melayu. Ada juga laman khas untuk kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti seperti permainan, kelab dan e-komik hikayat yang sungguh hebat.

Yang menarik bagi saya, laman ini juga menjual buku-buku melayu dan juga mengalu-alukan sumbangan penulisan untuk diterbitkan dalam corak e-buku. Silalah mampir ke laman menarik ini
**Kredit Gambar : Hikayat Hang Tuah dari karyanet.com.my

3 comments:

yuRa said...

sempat hantar post ye?? hahha

saya pun suka Karyanet!

Nani said...

Terima kasih! Terima kasih! Kelmarin, bila sistem komputer di rumah rosak, lelaman kegemaran kami semuanya hilang. Saya ingat laman kanak-kanak dewan bahawa dan pustaka pernah Abdullah lungsuri. Semenjak alamat lelaman itu hilang, dia asyik kunjungi Disney.com.

Sekarang, dia boleh bertandang semula ke lelaman itu. :)

Nani said...

Saya suka ungkapan `menyenamkan otak'.

Sekarang saya nak pergi ke `gymnasium' minda...heh heh apa yang saya nak buat? Rahsia?