Idola bermacam Idola

Malaysia Idol Commercial


Dah memang ketinggalan zaman. Almaklumlah di negeri orang. Mungkin dah basi untuk saya menengahkan fenomena Malaysia dan Singapore Idol ini. Di U.K., bukan saja ada Pop Idol, ada bermacam-macam lagi program tv yang sekaum dengannya; dari Xfactor yang mempunyai kategori kumpulan dan “25 tahun keatas”, ke Model Behaviour, pertandingan pragawati yang semuanya muda-muda belaka tapi tak kurang perkelahiannya sampai ke Strictly Come Dancing dimana perserta menari satu jenis tarian setiap minggu sebelum diundi siapa yang kena tendang. Sayang sekali tiada tarian zapin atau inang. Agaknya sakit juga pinggang mat salleh-mat salleh ni bila melenggang.

Berbalik kepada Malaysia Idol, saya dapat menatap iklan yang sungguh unik ini di YouTube.com. Nak pecah perut ketawa walaupun dimainkan beberapa kali. Ada lagi banyak video Malaysia dan Singapore Idol di YouTube termasuk Ah Beng terkenal “Nong Nong Ago”, “Lipgloss boy” dan lain-lain perserta yang terang-terang seharusnya diwajibkan untuk tengok diri di cermin sebelum hadir ke ujibakat.

Saya amat tertarik melihat perserta yang siap berpakaian kot labuh yang sanggup dibeli dari negara luar dengan harga $5000! Alamak, tak panas ke, dik? Bukan main suka cik adik tu bila Dick Lee cakap dia lebih berpotensi menjadi model sampai tak dengar pun yang Dick Lee bercakap dengan nada sinis. Mari kita tunggukan apa idea baru yang akan mereka ketengahkan? Mungkin Idola Dondang Sayang? Strictly Come Ronggeng? Mari kita nantikan!

4 comments:

Anonymous said...

sebenarnya, ini juga merupakan kali pertama saya menonton iklan Malaysian Idol ini. Haha.. sememangnya pendekatan iklan itu amat menarik. =)

yuRa said...

hahhah. ya Allah. saya yg berada si sg ni pon tak tau menahu segala apa yg awak post kan!

masih lagi tak berkesempatan untuk menonton semua tu.

eh, tapi kelmarin saya dapat saksikan rock star supernova! pasti saya akan cuba tonton setiap siri! suka betul! rock terus rock! hehe

Nani said...

Ah Beng 'Nong Nong Ago' tu memang terkenal di kalangan mereka yang mengikuti Singapore Idol musim terbaru. Saya sangat minat dengan dia. Tahu kenapa tak? Bukan mudah nak buat orang lain ketawa, tapi dia boleh buat saya pecah perut!

Dia nampak sungguh ikhlas. Macam William Hung...
Orang-orang macam mereka mewakili sekumpulan mereka yang kurang bakat tapi mahu mencuba. Aspek hiburan yang mereka tawarkan pun agak tinggi.. (sebab mereka benar-benar kelakar) Ini agaknya antara sebab, `rating' Singapore Idol tinggi.

Rock Star Supernova tu apa eh?

yuRa said...

pertandingan untuk mencari penyanyi utama sebuah kumpulan rok.

supernova yang baru ditubuhkan dibarisi para pemuzik rok unggul Motley Crue, Metallica dan Guns n Roses. :)

sila baca kisah ini di blog saya. :p