2 Mat Singapura di Piala Dunia 2006















2 mamat Singapura di Piala Dunia 2006. Tu yang dekat sebelah kiri gambar.
Kredit Gambar : bbc.co.uk


“Man, kita dapat tiket World Cup! Spain vs Tunisia”
Bertempik gembira SS (suami saya lah..bukan syok sendiri). Saya terkejut. Baru dapat tiket pusingan pertama dah begini. Kalau dapat, tiket pusingan terakhir, macam mana agaknya?

Buat pertama kalinya, SS dan rakan karibnya, Jenol, dapat menyaksikan pertandingan bola terunggul ini secara langsung. Siap berbekal dengan dua bendera Singapura, mereka tiba di Stuttgart pada 19 June. Walaupun tempat duduk terletak betul-betul belakang gawang gol, tak kira lah. Asal kan dapat tengok bola. Mereka berada di tengah-tengah penyokong Spain yang sungguh hairan melihat bendera Singapura. Bendera Singapura dipasang megah di belakang gawang gol. Ramai yang ingat bahawa mereka penyokong Tunisia kerana bendera Tunisia juga berwarna merah berserta dengan bulan sabit dan bintang.

Pasukan Tunisia yang pada mulanya sedang mendahului dengan 1 gol akhirnya tewas 3-1, mengalah kepada serangan Spain yang bertubi-tubi. Gegak gempita stadium kerana sorakan penyokong Tunisia dan Spain.

Selama lima hari, mereka berada di Germany. Dari Stuttgart, mereka terus ke Frankfurt dan selepas itu, ke Berlin. Tiket bola amatlah sukar untuk didapati tetapi untuk mereka yang tiada tiket, ada bermacam-macam aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur. Setiap Bandar hos akan menganjurkan Pesta Peminat (Fanfest) dimana setiap perlawanan akan ditayangkan di skrin gergasi.

Untuk lawatan lima hari ini, persiapannya bermakan berbulan-bulan. Kita cuba untuk mendapatkan tempat tidur yang murah tetapi rata-rata bilik hotel atau hostel murah sudah habis disewa. Yang tinggal hanyalan hotel 5 bintang yang harganya juga “berbintang-bintang” mahalnya. Nasib baik setiap Bandar ada menyediakan Khemah Peminat (Fan Camp). Tidur di dalam khemah besar beralas lantai kayu tetapi tak apalah. Memang murah harganya – hanya €12 satu malam termasuk sarapan roti dan teh. Di Khemah Peminat ini, memang senang untuk berjumpa dengan ramai peminat bola sedunia.

Malangnya di Frankfurt, Khemah Peminat sudah penuh. Nasib baik dapat menyewa bilik seorang peminat bola yang kita jumpa melalui internet. Dari e-surat Helga yang Inggerisnya tidak begitu betul, akhirnya sampai juga mereka ke rumahnya. Helga seorang yang peramah dan rumahnya agak selesa tetapi bila mereka masuk ke bilik tidur, alamak... di tepi bilik, ada tengorak sedang duduk dalam kerusi sambil memakai rambut palsu berwarna perang! Nasib baik tidur satu malam saja.

Suasana Piala Dunia di London tidak kurang hebatnya; terutama bila pasukan England masuk ke peringkat suku akhir. Tak habis-habis kedengaran sorakan peminat yang sedang melihat perlawanan di pub-pub yang berdekatan. Dengan muka bercoret salib St. George, dengan bendera dan jersi khas, memang meriah. Saya ternampak seorang peminat memakai costume Strawberry, lengkap dengan topi. Sayangnya England tidak masuk ke peringkat separuh akhir setelah tewas di tangan Portugal. Kalaulah England menang Piala Dunia, mesti heboh satu London dan mungkin cuti awam satu negeri!

Hari ini adalah kemuncak pesta bola ini dengan dua pasukan hebat, Perancis dan Italy bertarung untuk menjulang Piala Dunia. SS menyokong Italy kerana kebetulan dia membeli topi khas dengan logo “World Champions2006 Italy”. Walaupun dengan masa tambahan, masih satu seri. Akhirnya, dengan tendangan penalty, Italy menang. Riuh-rendah peminat Italy di depan tingkap rumah. Legalah saya kerana Piala Dunia dah habis. Tak payah lah tidur bolan, makan bola, minum coca-cola. tapi tak lama lah… sekejap lagi Liga Perdana akan bermula. Apalah nasib….

3 comments:

Nani said...

Hai Shikin...Saya tabik keberanian awak tinggal rumah orang yang awak tak kenal. Ada tengkorak tepi tingkap lagi (Nasib baik bukan Jerangkong Dalam Almari - judul lagu rock Wings). Nasib baik takde apa-apa.

Piala Dunia berakhir sudah,
Dengan Italy menjadi juara,
Terbang sudah si burung hantu,
Jadual tidur balik macam dulu...heh heh

Nani said...

Syabas! Yeah.. sahut cabaran!

Shikin, saya ingat, kalau awak ada masa, rakamkan sajak-sajak awak yang dulu awak tulis dalam blog ini. Buat seperti koleksi gitu. Saya teringat sajak awak pasal `Seruling rindu..(tak ingat judulnya )dalam majalah Bingkisan. Sungguh seronok saya baca. Saya percaya, orang lain pun boleh mengamati sajak awak tu.

Ayu pun boleh buat...kalau tak salah, dulu Ayu pernah tulis sajak pasal Deli agaknya.

Saya pun rancang nak buat...sedang cari masa. heh..

melayudilondon said...

Eh ada dah.. baru saja tersedar ada banyak kesilapan typo. harap maaf! hehehe... ah, sajak lama dah lupa dah, mari kita cuba tulis sajak baru.