Hebatbya Kata dan Bahasa
Dah sah dah… saya ni minah rock. Dah berapa jam saya melungsuri YouTube mencari lagu-lagu rock yang dinyanyikan oleh Amy Search, Jamal Abdillah dan Awie Wings. Juga lagu-lagu yang ditulis oleh M Nasir yang pada saya merupakan karya-karya yang begitu indah. Bukan senang nak menulis lagu, apatah lagi menulis lirik yang boleh membuat yang mendengar tersenyum, menangis ataupun tertawa.
Mungkin apa yang saya rasakan adalah nostalgia kerana lagu-lagu inilah yang mewarna hari-hari remaja saya. Suka duka zaman persekolahan, segala ranjau dan duri cinta pertama, luka berdarah putus cinta. Hanya mendengar beberapa patah lirik sesuatu lagu sudah cukup untuk membawa saya ke tempat dan masa yang lain, jauh dari kesibukan kota London.
Pernah sekali saya sedang duduk di tingkat atas bas 414 yang sedang meluncur ke arah South Kensington. Bas melepasi Marble Arch, Hyde Park Corner, Harrods dan Victoria & Albert Museum. Matahari memancar galak dan salju meliputi tanah. Saya mengigil kesejukan.
Lagu Isabella berkumandang dari Ipod dan dalam sejenak itu, saya hanyut dalam kenangan manis sekolah menengah. Tergambar pakaian sekolah pinafore biru yang tali pinggangnya selalu kita jadikan headband dikir barat, kepanasan tengahari apabila sedang berlatih tarian, hilai ketawa teman berjenaka, menjamu makan roti john dan air durian belanda di Taman Serasi selepas latihan dikir barat. Betapa hebatnya lingkaran kata dan bahasa. Apakah kenangan anda apabila mendengar lagu ini?
5 comments:
Kalau tak silap, lagu ini diedarkan pada tahun 1988/1989, ketika kita menghabiskan sisa-sisa masa di sekolah menengah dan sedang sibuk mencari tempat untuk tiga bulan pertama di maktab rendah.
Memang pada saya, lagu membawa kita semula ke alam lagu itu sedang `popular'. Pada masa itu, saya sedang menyesuaikan diri di sekolah baru, kawan-kawan baru dan masih lagi cuba mengubat luka-luka di hati berpisah dengan kawan-kawan sekolah menengah. Hiba gitu...
Ya betul tu.. Beringat betapa susahnya hendak berpisah dengan teman-teman yang sangat disayangi.
Yang lagi satu saya ingat adalah artikel yang digantung di Masjid Yishun - penulis artikel itu mengingatkan bahawa jgn memuja-muja sangat nama Isabella kerana Isabella adalah nama Ratu Katholik Spanish yang menjelajah Al-Andalus dan yang menindas umat Islam di Spain.
Cis bedebah (bedebah...bukan side-bar)kau Isabella! Sanggup kau menindas saudara-saudaraku!
Istana Menanti (Rahim Maarof - lirik M Nasirlah siapa lagi?) mengingatkan saya sewaktu hampir kepada peperiksaan 'A' Level. Ia adalah sebagai motivasi untuk saya melakukan yang terbaik kerana 'istana' saya yakni menara gading sedang menantikan saya. (tapi tak kesampaian juga) hahaha.
nampaknya lagu itu tak memainkan peranannya bagi saya. sebabnya kurang 'power' untuk mendorong saya mendapatkan markah yang baik untuk masuk u. hahahah
cakap pasal Isabella pula, memang ada kenangan bagi saya. anak saudara saya yang keitka itu baru saja berusia setahun lebih akan bergaya lemah longlai dengan matanya dikuyukan ala-ala sabariah ketika mendengarkan alunan muzik kasim selamat di corong radio! lucu sekali.
anak saudara saya itu sekarang sudah pun berhijrah ke malaysia untuk melanjutkan pelajarannya di universiti di sana. hai! cepatnya waktu berlalu!
Post a Comment