Dari Singapura sampai ke London

Mungkin ada yang nak tahu bagaimana saya berada di London. Saya bukan seorang ekspatriat. Tidak juga kahwin dengan mat salleh dan terus berpindah ke London. Hanya seorang insan biasa yang mempunyai impian untuk mengembara ke negeri orang. Setelah bertahun berkerja, saya rase terlalu penat. Terlintas juga di fikiran – dulu bertungkus-lumus belajar, sekarang bertungkus-lumus berkerja, apakah semua ini akan berakhir sebelum saya sempat membuat impian saya menjadi nyata?

Selepas membuat penyelidikan terperinci, saya terjumpa skim “Working Holiday Visa” untuk United Kingdom. Warganegara rakyat Commonwealth yang umurnya kurang dari 28 tahun, dibenarkan bertetap dan berkerja selama dua tahun di U.K. Skim ini tidak begitu diketahui ramai dan terdapat juga skim-skim yang sama untuk negera Australia dan New Zealand. Sila rujuk ke persuruhanjaya negara tersebut jika ingin mengetahui skim ini lebih lanjut.

Bagi saya, mendapat tahu tentang skim ini adalah bagai durian runtuh! Bukan saja saya akan dapat melawat U.K, dengan skim ini, saya dapat berkerja untuk membiaya perlancungan di negara-negara Eropah. Sebelum mendapat gading bertuah, banyak juga syarat-syarat yang patut dipenuhi. Borang mesti diisi dengan betul, mesti menulis karangan pendek mengapa kamu ingin melawat negara tersebut, mesti menjalani temuduga di persuruhanjaya dan juga mesti menunjukkan bukti pada pesuruhanjaya tersebut bahawa ada simpanan sejumlah £2000 ($6000) untuk membiaya ongkos kehidupan tatkala di U.K.

Apabila saya dan SS menyatakan hasrat di hati untuk menjelajah ke London, sambutan dari kawan-kawan bercampur-baur. Ada yang menggalakkan, ada yang berkata mungkin selepas sebulan dua, kita akan pulang dan ada juga yang cuba memujuk supaya jangan pergi. Kata mereka “dah ada kerja baik, gaji baik, apa pasal nak pergi?”

Kami bertekad jugak kerana kebahagian bukan terletak hanya pada mempunyai gaji yang mewah. Jika kita melepaskan peluang ini, adakah kalau bertahun-tahun selepas ini, kita akan tertanya-tanya “Bagaimanakah..” (What if?) dan berasa sesal tidak meragut peluang selagi stok masih ada?

Setelah membuat persiapan berbulan-bulan lamanya, saya dan suami saya bersedia untuk berneroka alam yang baru. Rasa teruja berselang-seli dengan perasaan takut dan juga sedih kerana meninggalkan keluarga dan sahabat-handai di Singapura. Memang untuk mencapai impian memerlukan pengorbanan.

Penerbangan dari Singapura ke London mengambil masa selama 17 jam. Kami tiba di Heathrow di satu petang yang mendung. Lapangan terbang Heathrow tidak sebersih Lapangan terbang Changi. Lantai keretapi tube diperbuat dari papan, lif dari stesyen macam lif kargo era 60an dan bilik hotel tidak mewah. Berlintas jugak di benak fikiran “Alamak, apa yang aku buat kat sini?” .

Tapi keesokkan harinya kami tersentak bangun, tidak menyangka kami berada di London. Rasa ceria dan teruja bersilang seli. Dari jendela, kami dapat melihat berbagai bunga aneka warna mekar tatkala musim bunga. Kami bergegas melawat tempat-tempat yang selama ini hanya dapat kami baca dari majalah atau akhbar atau hanya dapat kami lihat di kaca televisyen. Buckingham Palace, Westminster Palace, Trafalgar Square, Hyde Park... Dan pada saat itulah, kami tahu inilah impian kami. Inilah impian kami yang menjadi nyata.

7 comments:

yuRa said...

saya kagum dengan keputusan awak. ya lah, bukan mudah kita nak tinggalkan 'zon selesa' kita untuk mengejar sesuatu yang tak pasti.

tabik! :)

saya pun tak ingat masa di antara terakhir kita bertemu sehingga awak berlepas. kalau tak agaknya saya pun nak ikut! :p

Nani said...

`No venture, no gain' `Tiada pecubaan, tiada hasil' (Betul tak?) Tapi yang penting, awak berani!

melayudilondon said...

Risikonya tinggi tapi risiko yang ternilai (calculated risk!) Man dan saya dah bernekad - kalau tak tercapai tinggal di London, boleh pulang ke Singapura. bukannya singapura tu teruk sangat.... hehehehe

yuRa said...

sekarang awak kata tak teruk lah. tapi semasa nak tinggalkan singapura dulu, ditambah pula dengan tekanan di tempat kerja - segalanya macam nak campak ke belakang, kan? *dah campak pun* heheh.

melayudilondon said...

dah campuk dah.. hahaha! maksud saya bukanlah singapura tu macam Ghana kah, Tibet kah, Afghanistan kah yang dilanda perang dan malapetaka. cewahh!

yuRa said...

*campuk* tu apa?

oooohhh.. itu maksud awak. :)

lagipun singapura tak lah teruk sangat sebab ada saya! hehehe

melayudilondon said...

Hallo Anak pak jamal! selamat datang. ah kalau nak datang atau nak menetap, boleh saja. Hanya kena kerja keras dan tahan rindu. :)