Melayu Oh Melayu

Saya teringat kelas anthropologi semasa universiti. Tutor kursus saya telah menyuruh kami melawat rumah kawan yang berlainan kaum dan melapurkan kepada kelas apakah yang kita perhati atau apakah yang kita rasa lain. Seorang pelajar Cina telah berkata bapa kawan Melayunya ada di rumah; tidak kerja - yang padanya agak ganjil. Saya telah berkata bahawa rumah kawan Cina saya amat sempit rasanya, tiada ruang-ruang lapang untuk keluarga.

Terperanjat kami apabila tutor tersebut menyuruh kami menyingkap kembali permerhatian kami kerana komen-komen kami akan mencerminkan nilai-nilai kehidupan kami. Untuk pelajar Cina itu, amat ganjil seseorang itu tidak berkerja mencari wang. Untuk saya, ruang lapang itu penting untuk kenduri dan untuk keluarga duduk bersantai bersama. Adakah ideologi kita terlalu berlainan?

Dari pelbagai artikel dan blog yang saya baca, ada yang mengemukakan bahawa Melayu tidak berjaya – tidak ada kereta atau rumah mewah; ketinggalan dalam segi pelajaran. Yang perit lagi apabila ada ibu-bapa Melayu yang berkata “kalau nak pandai, kawan dgn orang Cina.” Adakah Melayu kurang berjaya atau adakah adat pernilaian kita berbeza?

Mungkin dulu kaum Melayu selalunya lebih pentingkan kekayaan rohaniah daripada kejayaan materialistik. Ada yang berpendapat susah untuk Melayu mencapai kejayaan kerana kita terpaksa mengatasi pelbagai pra-anggapan atau pra-konsepsi yang Melayu itu malas atau bodoh.

Namun dengan pembangunan negara dan ekonomi yang pesat dan pendedahan gejala luar, sistem pernilaian kaum Melayu sedikit sebanyak telah pun bertukar. Yang membanggakan pelajar kaum Melayu sudah boleh bersaing dalam segi pendidikan. Dan yang kurang membanggakan ramai orang Melayu sekarang bersaing mengejar rumah mewah, kereta mewah, beg berjenama mewah dan juga hutang yang mewah…………

5 comments:

yuRa said...

hi hi hi. tapi kalau tak kejar rumah mewah, kereta mewah, beg berjenama mewah, akan dikata melayu bodoh dan malas!

kalau ia pun janganlah besar suap daripada mulut, berhutang keliling pinggang. bukan begitu cik sriperwira? :D

melayudilondon said...

betul! betul! heheheh.. ah, saya terdengar ada satu gejala baru. orang beri hantaran kad kredit atas dulang. betul kah?

yuRa said...

eh ye ke? awak ni lebih tahu-menahu hal di sini daripada saya!

saya kurang periksa pula adanya tren yang begitu. ada ada saja ...

Nani said...

Baru-baru ni, ada artikel di BH yang menyebut tentang masalah satu masjid tu mendapatkan yuran madrasah daripada murid-murid. Ramai yang berbulan-bulan belum melangsaikan hutang yuran.

Saya memang prihatin dengan fenomena masyarakat kita yang kadang-kadang kurang memberi keutamaan kepada perkara yang sepatutnya dipentingkan seperti pelajaran anak-anak. Tapi yang sedihnya, ramai yang sanggup berhutang untuk ubahelok rumah, beli kereta kedua,ketiga dan sebagainya.

Kalau mereka mampu, tak kisahlah, sebab ada yang kata `Aku punya sukalah apa aku nak buat dengan duit aku. Aku dah derma merata-rata pun...' Tapi yang menambahkan masalah ialah kebanyakan yang berhutang adalah orang-orang yang sebenarnya tak mampu.

Masyarakat kita perlu satu `paradigm shift' atau `anjakan paradigma'... pemimpin, pertubuhan dan masyarakat perlu bekerjasama untuk menghasilkan masyarakat Melayu yang berwawasan cemerlang.

melayudilondon said...

Pasal kad kredit atas dulang tu dah cerita lama. agaknya sekarang hantaran IOUs berdulang-dulang.

betulkah agak susah untuk mendapat yuran sekolah anak2? Isyh isyh isyh! *geleng kepala* saya tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang ibu atau ayah boleh pentingkan kabinet dapur dari pelajaran anak-anak!