Lelaki Melayu Bermasalah?

Baru-baru ni, ada ahli Rantauan pos artikel dari Utusan

Topik hangat! Penulis artikel tersebut adalah seorang wanita Malaysia yang belajar di NZ selama dua tahun dan artikelnya menyingkap pendapat beliau berapa teruk dan buruknya lelaki melayu kalau dibandingkan dengan lelaki mat salleh.

Contohnya, dia dan teman dia selalu diusik dikacau budak-budak melayu walhal bila dia berjalan malam ataupun ke pesta temasya di NZ, dia tak pernah dikacau. Lelaki melayu, pada perhatian beliau, tidak bertata-tertib, tidak bermoral dan tidak tahu menampilkan diri dengan baik.

Wahhhh! Bukan main marah cik adik ni! Aduh mak, bukan main kena kecam si lelaki melayu. Tak tahu kenapa editor suratkhabar itu memasukkan artikel yang begitu berat sebelah. Mungkin untuk merangsang satu diskusi antara pembaca?

Memang saya akur bahawa banyak sifat-sifat para orang lelaki Melayu memang patut diubah. Sudah banyak kali saya terjumpa lelaki melayu "tradisional" yang chauvinist, yang merendahkan kaum Hawa, yang mengharap mak atau isteri masak, kemas dan menjaga anak. Tak kurang juga yang curang, yang memukul isteri dan terus tak bertanggung-jawab. Dan ada juga yang hanya mahu temanita/isteri yang jambu dan bergetah walhal diri tak seberapa.

Tetapi untuk hanya menunjuk jari kepada lelaki melayu je memang tak adil; kerana banyak juga orang lelaki bangsa lain yang begitu juga.

1 comment:

Anonymous said...

perempuan tu.. haha.. nak menunjuk ke hapa.. nak orang tau dia mengaji kat obesi ke... kena timbulkan soal lepas balik dua bulan, adakah selama belasan tahun dulu dia tak pernah diganggu oleh lelaki melayu? adakah kerana dua tiga kerat orang putih yang ditemui, maka orang putih sudah buleh dikatakan baik macam malaikat... atau kerna tiga pat kerat lelaki melayu yang kurang cerdik nak mengorat dia, maka semua lelaki melayu ni bodoh.. bapak dia orang putih ke? abang dia mat saleh... biskut punya budak...