Nasi Ambeng

Minggu ni pulak terasa sangat nak makan nasi ambeng. Nasi ambeng ni memang tersangatlah fofular di kalangan masyarakat Melayu di Singapura, terutama mereka yang berketurunan Jawa dan Bawean. Kalau ada kenduri, apa lagi? Mesti ada nasi ambeng.

Nasi putih panas dilonggok atas dulang besar beralas daun pisang, dikeliling bermacam lauk-pauk. Hmmm.. sedap betul makan beramai-ramai. Selalunya 4-5 orang bedal satu dulang. Tak payah nak sibuk-sibuk makan pakai sudu garfu, nak hidang lauk pakai pinggan. Terkam saja. Pandai kamu lah nak cekau bahagian masing-masing.

Cari punya cari resepi di internet tapi tak ada yang rasa macam nasi ambeng. Rupa-rupanya nasi ambeng ni pun ada kelainan ikut daerah. Kalau di Malaysia, mesti ada ikan asin bulu ayam, mee hoon goreng, kerabu dan ayam masak kicap. Tapi yang saya ingat dan ketagih lain sikit ~ Kalau ikut macam yang dijual di gerai Joo Chiat Complex, ada sambal goreng kacang panjang, ada paru, ada sotong masak hitam. Tapi tak kira Malaysia ke, Singapura ke, memang nasi ambeng pakai nasi putih, ada berapa macam lauk dan mesti ada serunding!

Jadi inilah Nasi Ambeng versi London :



Kebetulan ada empat buah keluarga member yang nak tengok Man Utd - Liverpool hari ni jadi dapat lah kerahkan tenaga masak beberapa banyak lauk. Siap dengan dulang beralas daun pisang, nasi putih dikeliling serunding, ketam sambal, ayam lemak, timun dan kacang botol dengan sambal belacan dan tak lupa bergedil. Mmmmmmm sedap....

Postscript :
Ketam tu saya masak. Pakai rempah pekdet dahhh... Serunding kelapa tu pun saya masak. Dari asal tu, bukan dari peket. Nak bikin serunding tu betul kena konsentrasi. Kerisik tu manja sikit. Tengah tahap kritikal kawan pulak telefon. Nasib baik serunding tak hangus!

7 comments:

Mulan said...

caya lu.. masak serunding sendiri!! kasi resipi boley? me, bab2 meng-kerisik memang fail. beli siap je la. sodap tu..

melayudilondon said...

ooooo mulan, kalau ada siap punya, gerenti saya beli. ni takde siap punya lah kena bikin. boo hoo hoo... harunya aku. resepi tu boleh... kasi email kat imshikin@gmail.com

Kak Teh said...

ish ish ish ,melayu di london, sepas tu makan di mawar pulak??? ish ish ish. sorry semalam tak dapat bersosial padatahap biasa sebab terlalu keletihan. dan terima kasih kerana mengurut belakang saya -s angatlah dihargai. makan sambil diurut - mana nak dapat layanan macam tu!

yuRa said...

kino.. kalau you balik sg, kita tak yah pegi joo chiat/geylang/kg jawa. nani & i pegi rumah you, you masak ye? terima kasih! heheh

melayudilondon said...

KT, tu makan tengahari. Kat Mawar teman orang je. Lain kali boleh bikin nasi ambeng buat KT ye? kita makan rumah Kak Midah.

Yura ~ nak masak kat Spore? Tak yah lab beb; kita gi Joo Chiat je. Serunding tu je dah berjam nak bikin. pukul berapa nak makan? hehehe

Nani said...

Malunya hamba. Yang pening lalat boleh masak serunding, masak nasi ambeng lagi. Yang sehat wal'afiat kat sini entah apa hamba bikin.... balik-balik kari ayam, sup ayam, ayam kicap dan yang sewaktu dengannya.....

You really practise - `when there's a will, there's a way'. Kau memberiku semangat, Shiks. Cewah....

melayudilondon said...

wahahahh tak sangka masak nasi ambeng boleh beri semangat. Necessity is the mother of invention. Ni pasal nak rasa sangatlah terpaksa bikin.