Filem Bollywood
Catitan ni khas untuk Kak Teh.....
Saya terserempak klip di atas ni di youtube. Memang filem-filem Hindustani dari Bollywood mendapat tempat di hati orang Melayu, tak kira di Singapura ataupun Malaysia. Manakan tidak? Hero-heronya hensem-hensem, heroin cun lagi bergetah dan lagu-lagunya mendayu-dayu.
Bukan main melodramatik lagi cerita-ceritanya. Sampai kadang-kadang tak sangka begitu buruk nasib si hero atau heroin tu. Mesti juga ada adegan kekasih mula bercinta, salah faham dan putus harapan, kekasih dipaksa kahwin lain, cinta tiga segi, mak mertua yang begitu bengis menganiaya menantu perempuan, ahli politik yang corrupt, orang jahat dan seperti filem2 bahasa lain, polis hanya akan datang selepas penjahat dah habis dilanyak oleh hero. Semuanya ini diselang-seli dengan lagu dan tarian berwarna-warni.
Saya tak lah begitu minat dengan filem Hindustan ni. Bukan benci tapi tak larat…. Satu kali tengok tiga jam! Dari Zuhur sampai ke Asar pun belum tentu habis. Adegan-adegan nyanyi-menyanyi bukan saja banyak tukar baju, tapi tukar lokasi sekaligus. Dari India, sampai ke London ataupun Switzerland ~ lengkap dengan salji putih melepak. Tapi hero heroin maintain.. tak pakai baju tebal ataupun mengigil kesejukkan.
Nak tahu sapa hero atau penjahat senang saja. Tengok sapa ada misai melenting ataupun siapa yang terlihat garang atau cengih. Dari lirik mata dah tahu siapa baik siapa jahat. Kalau bergaduh bertumbuk, amboi.... dari atas gunung sampai ke lembah terus tergolek ke laut. Berentap habis-habisan!
Mungkin juga pada waktu kecil, saya selalu dipaksa menonton filem-filem begini. Nak tahu kenapa? Tak lain dan tak bukan kerana saya dipaksa mentranslasi subtitle English kepada melayu supaya atok dan nenek faham apa yang berlaku. Hehehehe…. Alahai, dah tak faham bahasa pun tak terlepas nak tengok filem Hindustan. Lagi satu kawan saya tu, bila tengok filem Hindustan bukan main tinggi volume tv dipasang. Eh! Tinggi macam mana pun volume tu kalau tak faham, tak faham jugak.
Seperti lagu di atas ni dari filem Kahbie Kahbie… dulu tak faham apa maksudnya tapi sekarang terdapat pulak terjemahannya di internet. Romantis sungguh! Dan alamak..hensemmya Shashi Kapoor tu…
Sometimes the thought crosses my mind
that you've been made just for me
Before this, you were dwelling somewhere in the stars;
you were summoned to earth just for me...
Sometimes the thought crosses my mind
that this body and these eyes are kept in trust for me...
that the dark shadows of your hair are for my sake alone
that these lips and these arms are charged to my care...
Sometimes the thought crosses my mind
just as the shehnaii sounds on the roads..
that it is my wedding night, and I am lifting your veil...
You're shrinking for shame, blushing in my arms...
Sometimes the thought crosses my mind
that you'll love me like this our whole lives through,
that you'll always lift a loving gaze to me like this.
I know you're a stranger, but even so,
sometimes the thought crosses my mind,
Filem dan lagu Bollywood sungguh popular sehingga banyak lagu Bollywood telah pun diubah lirik menjadi lagu Melayu. Saya ingat lagu Kahbie Kahbie ni memang telah ditukar menjadi lagu melayu tapi tak ingat pulak judul atau penyanyinya ~ cuma teringat satu baris "Kau bagai dewi dari kayangan menjelma..." (Ah Kak Teh! tolong beritahu lagu apa ni...)
Walaupun segagah manapun industri Bollywood, mereka masih juga berubah-suai mengikut rentak masa. Kalau dulu koreografi tarian berunsur tradisional, sekarang lebih banyak gerak hip-hop. Juga nada-nada lagu berlainan. Filem-filem Hindustan sekarang bukan saja dibuat di Bollywood. Contohnya cerita Bollywood/Hollywood yang diterbitkan di Canada 2002. Ceritanya OK saja, tak melodramatic bagai filem Bollywood yang asal; walaupun banyak pakai lagu popular Bollywood seperti di bawah…
Saya rasa filem yang paling sukses dalam mengaduk genre Hollywood dan Bollywood adalah filem kelakar “The Guru”. Filem ini juga dibintangi oleh pelakun wanita terkenal Heather Graham dan Marisa Tomei. Transasi tarian dan lagu tradisional kepada lagu Grease kelakar jugak…
Cuma kalau sekarang nak terjemahkan cerita The Guru pada atok dan nenek mungkin susah sikit. Macam mana nak terangkan pada Tok dan Nek yang watak Heather Graham tu adalah pelakon ponografi dan kedua ahli bomba dalam cerita ni merupakan pasangan homoseksual?
8 comments:
wahaha.. fikiran atok dan nenek pun mesti berkembang suai mengikut peredaran zaman. :p
hahaha! kalau hindustan dedicate kat kak teh, eh? Thanks!! Dah lama tak lepak depan tv nonton hindustan. Kita tengah dok syok dengar www.reciva.com. Rasa macam di malaya saja!
ish, dah tengok video clip yang atas tu berkali2 dah! Must keep coming back.
amboi amboi!!! bukan main lagi kita ya?
Hehehehe... Cik Nazrah tak suka filem Hindustan ke?
mdl,
Baru kesempatan meninggalkan komen! Aduhai, silalah link, tidak menjadi masalah. Sungguh saya berbesar hati. Dan itu lah Eid pertama saya di SG, dua kali beraya masa di kent dulu :)
eh tadi yg komen itu saya :D
mar terlalu ghairah ye? hahah anonymous? :)
Post a Comment