Upacara Lompat-Melompat Blog

Hari ini kita nak beriadah sekejap. Tak payah tukar baju sport atau warm up. Ini nak beriadah virtual je. Jom kita lompat-lompat blog.

Saya amat terharu membaca catitan2 Mak Andeh.Bukan senang nak jaga anak. Terutama sekali kalau lebih dari satu dan terpaksa bikin secara solo. Hai..saya jaga satu je dah pening apatah lagi kalau tiga. Tapi yang terserlah dalam catitan2 Mak Andeh adalah betapa dia menyayangi anak-anaknya, sifat positifnya dan cara kreatif dia mendidik anak seperti dalam catitan The Bird and The Child

Dari Mak Andeh, kita lompat ke Lily The Liverbird dengan catitannya sempena Hari Merdeka Jungjung Langit. Alahai.. nasib baik saya dah kahwin. kalaulah si Daud anak pak Beckham tu , isykhhhh...... tapi nampak gaya, dia suka yang perempuan yang kering-kering je, yang sekali ku tepis, bersepai tulang. Yang empuk macam tilam King Coil macam saya ni, kena mimpi saja lah.

Dari Lily The Liverbird, mari kita pegi Mamat Taiko ni. Perhentian terakhir buat hari ini. Lain kali kita lompat lagi, har....

6 comments:

Kak Teh said...

begitu giatnya melompat bloghingga tak datang ke hari karnival malaysia. Kita pergilah untuk bertemasya dan bersuka ria dan banyak sunggug permainan, sampai serak hilang suara. Silalah hubungi bila dah penat melompat blog sebab bolehlah kita bertemasya dan makan-makan sikit sebelum bulan puasa.

melayudilondon said...

Hallo KT! alahai..i tolong kawan pindah randah rumah lah. nak patah pinggang. heheheh. I miss the food and meeting up with everyone.

yuRa said...

dan juara acara ialah...

MA said...

Salam, alahai...malunya saya baca catitan awak. But a mother has to do what a mother has to do -- and dengan anak-anak yang bijak dan kreatif, I have to be one step ahead of them la kan...hehehe. I enjoyed being a mother (to them), that's all.

Happy hopping :-)

melayudilondon said...

Eh selamat datang MA! suka betul saya awak datang sini lah. :¬D

Nani said...

Ternyata blog2 yang awak recommennd memang menarik. Saya pun memang suka lompat macam si katak...heh heh